Wednesday, September 30, 2009

selamat 25, kekasih.

aku:
"awak, perasan tak... masa awak form 3, saya dah form 5?"

tri:
"hahaha. ha ah, la. gila saya terrer dapat kakak senior"

aku:
*diam*
"EWWWWWWW!!!"



terima kasih, tuhan.
untuk hari ini 25 tahun dahulu.

dijadikan seorang lelaki untuk meneman aku, semoga sampai tua.
betapa tuhan itu maha bijaksana dalam rancangnya.
dironyokkan aku sekoyak2nya,
untuk dibagi pada kamu,
untuk dilicinkan semula.

sayang...

apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita..
dipertemu dan diperikat
dalam sederhana
yang cukup2 membahagia.

selamat hari lahir, wahai kekasih.
arjuna raga.
kesatria jiwa.

aku tulus mencintamu,
insyaallah,
sampai aku hilang mampu;

bukan fynn jamal itu.
bukan nur affina yanti itu.

tapi aku;
tulang rusuk kamu yang bengkok dan tersompek bentuk:

seorang isteri yang megahnya hanya wujud di belakang bahumu.
seorang pecinta yang nafasnya dipuncakan dari tulang belakang itu.

seorang aku.

dari istana ke rumah sempit ke tepi lorong ke dalam hutan.
mana pun kita dirempatkan,
yang penting bersama,
cukup semua.

kan..?

kita kapel dah setahun empat bulan.
kita kahwin dah setahun sebulan.

tapi;
saya tak tahu kenapa,
saya masih ada rasa malu2 dan karen2 bila awak kacau2 saya.

ye saye gedik.

*senyum*

indah teramat, rupanya, bercinta lepas dihalalkan.
terima kasih, tuhan,
kau sesungguhnya paling baik.

paling.

50 comments:

  1. nak kawen cepat2 gak laa camneh..

    waahh!!

    cakap hepi besday buat abg tri ye kak fynn..

    :)

    ReplyDelete
  2. kisah kamu sangat cantik.
    cela sini sana.
    tetap cantik.
    bagi aku,
    semacam sempurna.
    walau tiada apa yang sempurna selainNya.

    selamat hari jadi untuk kekasihmu kak fynn.
    =)

    insyaAllah.
    kekal cinta itu.

    ReplyDelete
  3. sayang...

    apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita..
    dipertemu dan diperikat
    dalam sederhana
    yang cukup2 membahagia.

    dan aku harap 2 manusia itu aku dan dia..;)

    kakak,cemburu aku buat aku menangis,moga kau bahagia sebahagianya ya?

    selamat hari lahir buat kekasihmu..;)

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Rasanya haku dan suamiku juga semujur kamu. Walaupun haku tak mampu melakar puisi utk hari jadi suamiku (malah haku lupa utk mengucapkan Selamat Hari Jadi pun - huh?) Hah hah haaa ... ketawa pilu - maaf kerana kenyanyukkan haku, Raja ku!

    ReplyDelete
  5. selamat hari lagir pada Tri~

    selamat panjang usia dan sentiasa ceria dengan Fynn yang mesra dan gembira~

    doa aku buat kalian berdua~

    ReplyDelete
  6. selamat 25, laki fynn!

    ape lagi, kene kumpul sme orang makan kat adam western lagi ah!

    *juih juih bibir kat Wani soh organise haha*

    ReplyDelete
  7. bestnyeeeee. tak sabar nak kawen. haha

    ReplyDelete
  8. kak fyn... entry ini sangat comel,okeyh!

    selamat ulang tahun kelahiran buat abg tri.

    "apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita..
    dipertemu dan diperikat
    dalam sederhana
    yang cukup2 membahagia."

    in harap...in antara yg beruntung cam akak dan abg. dipertemu dan diperikat biar sederhana tapi cukup membahagiakan.

    in doakan akak dan abg yg terbaik. suka tgk kalian berdua. ^_^

    happy always ya!

    ReplyDelete
  9. selamat ulang tahun kelahiran buat abg tri.
    :)

    ReplyDelete
  10. kak fynn...so sweet. klu kak fynn tulis psl tri kn, asek rs nk mnitis air mata. cinta sorg isteri...

    ReplyDelete
  11. =D sangat telus dari hati yang sentiasa falling cinta pada suami.

    semoga kalian kekal bahagia !

    ReplyDelete
  12. Sweet~ Semoga kebahagiaan rumah tangga korang sentiasa berpanjangan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  13. mmg tahap lori gula terbalik la kak fynn!

    happy birthday bro tri :)

    semoga kalian berdua terus dilimpahkan dengan kebahagiaan.

    amin. :)

    ReplyDelete
  14. pertahankanlah cinta termulia kalian.. smoga Allah m'berkati sgalanya..
    selamat hari lahir bt kekasih kak fynn..
    semoga dipermudah semuanya..

    ReplyDelete
  15. ur love story is simply the best...

    ReplyDelete
  16. Eh.Sama lah.

    'Fynn Jamal' PETAK pun,masa PETAK form 3,beliau form 5.:))

    Tri,dah ada geng.:DD

    ReplyDelete
  17. lu secantik kisah.
    yg cantik terjadi
    terlewat..

    ReplyDelete
  18. wahh hepinya kak fynn.indah juga percintaan lps kahwin ni kn?

    ReplyDelete
  19. tak bernafas baca ayat kak fyn..
    indah...

    ReplyDelete
  20. hai fynn jamal...korg berdua mmg pasangan bahagia,semoga Allah memberkati anda berdua.

    ReplyDelete
  21. indahkan cinta??segalanya indah jika tak dikhianati

    ReplyDelete
  22. semoga berbahagia. nice blog btw...

    ReplyDelete
  23. terharu
    ade juga kata yg dpt menzahirkan perasaan sebenar.

    tQ!

    ReplyDelete
  24. fynn:
    "apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita.."


    saya:
    *senyum sebahagia-bahagianya*, ADA..


    sep skett! ;)

    ReplyDelete
  25. fynn:
    "apakah ada 2 manusia lain yang seuntung kita.."


    saya:
    *senyum sebahagia-bahagianya*, ADA..


    sep skett! ;)

    ReplyDelete
  26. nukilan yang amat cukup untuk menyampaikan niat suci seorang isteri.

    ReplyDelete
  27. eh b-day dia 30 sept ke? auwwww.

    sama dengan i.


    you both are such a cute couple!

    semoga berbahagia sehingga ke nafas yang terakhir. =D


    ok this is funny tapi word verification kat bawah spells word "benci". weirdddd.

    ReplyDelete
  28. entry ini membuatkan saya ingin kawen selaju2nya..hahaha

    nice blog dude!!!

    http://aizulmarcello.blogspot.com

    -aizul marcello -

    ReplyDelete
  29. ohh..jeles nye..hehehe..

    selamat hari lahir abg tri..
    semoga pnjang umur, murah rezeki.. :)

    ReplyDelete
  30. OMG, we always have this kind of conversations as well! But mine would be something like "when you were 9 doing your spelling test, I was 18, a rookie in BH".

    Euww.

    ReplyDelete
  31. dironyokkan aku sekoyak2nya,
    untuk dibagi pada kamu,
    untuk dilicinkan semula.

    (YYY)

    ReplyDelete
  32. http://illynne.wordpress.com/2009/09/30/show-off-kah/

    ReplyDelete
  33. happy ending.

    kak fynn,sy kawen akak mesti dtg tau :)

    ReplyDelete
  34. wahh sgt hot lahh relation korg :D
    mcm everyday msti ade rainbow yg akn muncul , dan tak kan berlakunya musim mendung mahupun hujan di hari - hari korg !!
    really liked it ..

    ReplyDelete
  35. sweettnyer kak fynn!
    sungguh!
    i adore u!

    ReplyDelete
  36. smoga terus bhagia selamatnya kak fynn.. :)

    ReplyDelete
  37. bnd paling sweet penah aku tgk and baca, you're my role model, boleh kn? :)

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.