Tuesday, June 9, 2009

rindu blog, bentan, dan mati atas pentas.

orang kampung panggil:
bentan.
orang hospital kata:
padan.

lama hilang.
sepatutnya lebih awal sudah boleh bangkit.

tapi itulah.
pusat badan memang di bahagian perut.
ibu penyakit aku pula main sembunyi2 di celah2nya.

siapa orang pentas, baik orang lakon atau orang nyanyi, juga orang puisi, orang-yang-guna-anak-tekak punya seniman/wati akan tahu dan maklum:
suara yang ada jiwa perlu datang dari angin dalam perut.
bukan anak tekak.
apa lagi rongga hidung.

bahana bentan (atau pembengkakkan post-surgeri) ada banyak.
untuk aku:
pendarahan bawah kulit.

oo...

*buat muka okay-apa-kena-mengena-dengan-aku: sebab bagi aku, dari dulu aku memang agak superhero dan gagah*

tapi aku baru tahu.
aku BARU tahu apa maknanya arahan "jangan renyah2 selepas pembedahan, nanti bentan" KETIKA di dalam bilik pakar itu.
di beberapa hari selepas 3 venus itu.

selama yang aku tahu, aku fikir bentan itu untuk menakut2kan adik2 darjah enam yang baru selesai dicantas punainya dari bergasak dan berteromba.

tak takott. tak takott.
ne ne ne ne neeeeeyh.
dude, aku mana ada punai untuk bentan.

ambik sepam.

maka aku baru tahu ketika itu.
malangnya, bukan di ketika yang doktor itu kata "okay baring kejap, kita tengok".
tapi ketika dia berkata separa menjerit, "pegang, nurse! pegang!", serentak dengan jururawat terus memaku aku terbaring tak mambu bangkit.

dan jahitan ditebuk balik.
sakit ya amat.
makin aku jerit, makin cik kak berseragam putih itu tekan darah hitam yang terkumpul itu supaya lekas keluar.
aku faham perasaannya. aku pun suka picit jerawat. aku reti rasa uja itu.

tapi ini bukan jerawat, dol.

aku hilang idea.
aku cengkam lengan dia yang telanjang.
bukan genggam secelet.
kalau tulang dia kertas, sudah keronyok seribu.

aku longgarkan apabila dia berlembut hati dan berkata:
"ok dik. kita buat sikit2"

aku bersyukur aku tidak potong kuku minggu itu.
lalalalalala.
*muka toya*

namun aku rasa aku patut gunakan kuku aku 10 minit selepas dialog itu, untuk aku cakar muka dia; spesifiknya ketika dia jawab: "oh lupa" pada soalan sang doktor yang mengajukan soalan berikut: "tadi ada bagi dia painkiller tak?"

rupanya2 dia main tebuk.

*ketap gigi dan sepet sedikit mata, sambil berkata: "kelakarnya..."*

---

esoknya, aku hendak cerita pada wani, tapi dia hendak jalan jauh minggu lepas. malas hendak kacau moodnya. jadi aku kisahkan pada syafiq, kerana dia berada dalam carta di bawah nama wani dalam kategori "paling rapat dalam dunia aku" buat masa ini.

aku:
aku bentan. kena tebuk balik. sakit macam babi.

syafiq:
aku dah cakap. kau lasak sgt masa 3venus. ko degil.

aku:
bukan aa. dah nak jadi.

tapi,
kalau betul la aku mati masa berpuisi, pergh.
agung.

syafiq:
bodoh.
tapi betul.

---

hahaha.
kalau aku buat lawak tu kat wani, komfem kena ketuk.
kikikiki.
aku suka dikeliling orang yang faham maksud aku.
:)


ps:
sebelum dikritik, baik aku cakap ni--
ye. aku lagi suka mati atas sejadah. ok.
move on.

chill la.

ps (lagi):
siapa rindu saya, senyum sorang2 sekarang.
ngee.
ecececece.

minggu depan jumpa lagi.
hari ni nasib je dapat internet.

89 comments:

  1. miss u :)

    btw , 3 venus tu ana x dpt pegi sbb ade kat klntn ;(

    ReplyDelete
  2. kak fynnn!
    i do miss u!
    get well soon.
    :)

    ReplyDelete
  3. rindu kamooo
    hehe

    yg bedah tu kisah apa?
    sakit pe?

    ReplyDelete
  4. kakak. rindu.
    ngeri nya cerita kakak nie. aish.sy ngiluu.

    jaga kesihatannnnn
    iloveyu so much kakk :)

    ReplyDelete
  5. cepat2 sembuh k.fynn..
    kesian gak tgk masa 3venus hr tu..lepas ckp sikit pegang perut..haisshhh...nmpk sgt tgh tahan sakit..
    tp pape pun.harap2 sakit x lama..take care :)~~

    ReplyDelete
  6. kakak nakal!
    jaga diri baik-baik ya!
    C:

    ReplyDelete
  7. oo..
    that's why la lama x update..

    hope u ok now..

    ReplyDelete
  8. mati masa berpuisi?
    huhhu..memang agak agung..
    ^_^

    ReplyDelete
  9. haha,
    bentan ye?
    kesian..

    hurm,
    aku rindu kot,
    SENYUM BANYAK,
    BLEY?
    =)

    ReplyDelete
  10. kak fynn,
    semoga cepat sembuh..=)

    ReplyDelete
  11. Haha sentiasa senyum baca blog kak Fynn. Btw, jaga diri tuu!

    ReplyDelete
  12. wah kak fynn i miss ya

    semoga cepat sembuh ya kak fynn

    ReplyDelete
  13. hey hey
    rindu kamu, miss u at akar
    tak dpt kejar kamu di 3v kerna semput tak dpt kejar tiket.

    anyway, harap2 kamu cepat sembuh. jaga kesihatan dan kewarasan. hehe.

    ReplyDelete
  14. rinduuuuuuuuuuuuuuuu....
    get well soon :)

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. salam. akak.... sgt rindu na bce posting baru akak.... finally. ader citer. hopefully cepat sembuh =)

    ReplyDelete
  17. salam kak fynn.rindu laa nak bce
    c0retan di sini.ternanti2 p0st baru.phew.seb baek ade this p0st taw.heee.sukasuki sje lupe bg painkiller =p

    ReplyDelete
  18. Cite ni sama mcm cite my lecturer, Sir Farid Nazman waktu dia wat operation kat tangan dia.
    Doktor tu bleh wat gempak plak kat situ sebab nak t'bedah tangan yg lain. Nasib baik, Sir saya tu tak disuntik ubat pengsan lagi. Kalau tak, confirm....
    Ingat lagi siapa Farid Nazman yg akak kenal tu.?
    Hehehe!

    ReplyDelete
  19. ngee.sy senyum dan sy rindu.
    alhamdulilah akak dh sehat sket :)

    ReplyDelete
  20. yeay kak fynn dah balik.
    lama xdgr kak fynn cter kak fynn.
    2minggu ohw. lama 2h.
    bosan jap dunia.

    welcome kak fynn =)

    ReplyDelete
  21. tibe2 ngeri..ngilu lak bace..
    btw kenapa kamu kak fyn?

    ReplyDelete
  22. patut la lama ilang.
    langgar pantang rupanye.
    alhamdulillah sume nye baik2 saje. take a gud care of urs ok!

    miss yu sista.

    p/s : adam western food tutup siang hari ke? 2 kali pegi tutup :-(

    ReplyDelete
  23. ye..saya dah senyum kak fynn..
    ngeee.. :D

    ReplyDelete
  24. sy rndu kmu
    dn snyum sorg2.
    tp, adk sy ckp pulk, "gle, snyum sorg2"
    nsib baik dye adik.

    ReplyDelete
  25. hahaha....

    lupe kasi pain killer!!! malang sungguh!!!
    hahaha....

    btw, miss u soo much!!!

    ReplyDelete
  26. semoga cepatlah sembuh nya.

    aminn..

    ReplyDelete
  27. patut la tunggu kak fynn lame tak update blog...
    sebab tak dapat pegi 3venus ni la tak taw cite..
    takpe2..sabar ye..
    sakit tu semua dugaan je..
    kak fynn kan kuat..
    semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  28. semoga cepat sembuh...!!

    ReplyDelete
  29. ouch....dapat bayangkan rasa sakit tu macam mana.

    sengal nurse tu!

    get well soon sis =)

    ReplyDelete
  30. kak

    get well soon


    ops. bukan kenal pun.
    but,make friends kan?

    ReplyDelete
  31. hahahaha.. baru laaa dengaq bunyi...

    ReplyDelete
  32. hati2 lain kali. dengar kata doc.

    ReplyDelete
  33. kak fyyn.
    rindu kamu sgt!!
    :)
    welcome back.
    cpt sihat k.

    ReplyDelete
  34. Mati berpuisi? Agak ah, sampai bila-bila orang zaman puisi ni akan ingat dekat kak Fynn. Fu yoh! Tapi jangan la mati duluuuuu!

    ReplyDelete
  35. dah senyum sorang2 dah.
    (hee.rindu k fynn loh)


    get well soon

    ReplyDelete
  36. kak fynn,
    smoga segera sembuh..
    rindu mahu baca tulisan kamu...

    p/s: mahu link kamu, boleh?

    ReplyDelete
  37. terima kasih kakak
    bg saye senyuman hari ni

    ReplyDelete
  38. entry ini - a mixture of menakutkan, lucu dan comel..huhu..

    kak fynn...take good care of urself!

    -nora-

    ReplyDelete
  39. sumpah rindu.
    siap mimpikan lagi semalam.
    orang dekat pantai.
    ngaaaa, jgn jeles nooo!

    ReplyDelete
  40. fynn..1st time comment..im ur silent reader..im so in luv wif ur writings..get well soon! aa..1 more thing..need ur permission 2 link ur blog =)

    ReplyDelete
  41. salam...fynn,semoga kamu cepat sembuh ya dan sentiasa beroleh kesejahteraan.

    ReplyDelete
  42. senyum sorang2!
    kak fynn..kak fynn.. (geleng)
    saya agak terkejut kak fynn ikut 3 venus tu.
    i was thinking,"bukan dia baru lepas surgery ke? kak fynn..kuat semangat betul!"
    hari-hari saya tunggu akak bagi berita. rindu, takut, semua ada.
    tapi alhamdulillah. nampak gambar akak kat 3 venus. i know you are okay. buutttt... kan dah tak okay sekarang? huhu..berhati-hati. jangan main-main lagi.

    ReplyDelete
  43. sis :)
    sy rindu kamu.
    itu lah, org tua2 ckp bentan tu mmg kena jaga elok2. :)
    take care ok.

    ReplyDelete
  44. kak fynn dah kembali...

    ReplyDelete
  45. gile ahhh.
    "lupa kasi painkiller".

    watapak.

    ReplyDelete
  46. kakakk! seriusly mcm saket gilaaaa. sorry to hear that tho.
    kakak sabar okea ?

    *pegi cakar muka nurse bengap tu*


    hehe,tau2 je tengah senyum sorang2. ngee~ rindu kakak! :)

    ReplyDelete
  47. uhh akhirnyaa.. =)
    mish you like crazy sampai antar mesej kat kak fynn walaupun saya tahu kak fynn xkenal pun saya huahuahuahua.. :D

    anyway, saya faham perasaan n ayat akak yang anggap mati atas pentas tu agung. hee..kalau saya, masa agung untuk mati mungkin lepas buku tulisan saya diterbitkan hahaha wallaweii berangaannn..:D

    ReplyDelete
  48. kak, cinta disampahkan itu terlalu dekat dengan sarah. sarah sedang merasa perasaan itu. :(. rindukan akak. cepat2 sembuh ya. :)

    ReplyDelete
  49. kelakarlah kak fynn ni. =D

    semoga cepat sembuh betul betul sembuh. =)

    ReplyDelete
  50. nanti, pantang bersalin... jgn renyah² juga ye fynn..

    nanti bawah tu, dijahit semula hidup hidup.. amacam?.. ada berani?

    ahaha...

    ReplyDelete
  51. owhh.. salam kenal..
    semoga cepat sembuh yer..

    (-.-)

    p/s : dalam sakit-sakit pun masih "sangat" fynn jamal ye kamu nih.. hehehe..

    ReplyDelete
  52. kak fynn.........!!!!!!!!!
    rinduuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!
    (^_^)

    ReplyDelete
  53. rindu gila!hari-hari meninjau kalau-kalau sudah kembali.Hampir menelefon namun bimbang mengganggu rehat kamu..doa semuga sempat sembuh ya!

    ReplyDelete
  54. saya sedang senyum, kak fynn.
    *rindu*

    ReplyDelete
  55. at last
    u r here
    take a good care of urself sis
    :)

    ReplyDelete
  56. mmg rindu kak fynn. kalu ada dpn mata ni, dah peluk.

    farah yg bac ni pun rasa nk kek je nurse tu. ada ke lupa.
    masa farah buat endoskop dua bln lps dia boleh salah bius.

    ReplyDelete
  57. Maaf kerana hanya tiba-tiba comment tanpa pengenalan.

    Jumpa blog ini semasa blog-hopping.

    Huhu... kadang-kadang memang badan sendiri konon rasa kuat selepas pembedahan, tetapi kesan selepasnya tak dapat dilihat.

    Kerana saya sendiri sudah 2 kali dibedah dalam sebulan.

    Namun Alhamdulillah, tidak bentan setakat ini kerana makanan & pergerakan agak dipantau oleh ibu.

    Harap cepat sembuh! :)

    ReplyDelete
  58. harap sengih ini
    merubat bentan sys fynn.

    ReplyDelete
  59. pergh.. ngeri ok.
    rase mcm kena kat perut sendiri
    -__-"

    jgn lasak2 la kak fynn
    :)

    ReplyDelete
  60. apa yang sebenarnya?

    ReplyDelete
  61. aduh sakitnya...!
    ngilu kejap. tp syukur alhamdulillah kerana Tuhan masih beri kamu waktu untuk merasa degup nyawa kami2 yg terlalu rindukan kamu di sini...
    jgn nakal2 ok...
    org2 tua berpesan, kalau mahu cepat pulih luka makan sup belut atau apa2 yang berkaitan ng belut... tak pun cari gamat sapu kt situ. kalau boleh yang masih hidup... tu kena gi langkawi lah agaknya... jaga diri ok...

    p/s: mcm mana aku nnt bila naufal akan bersunat...
    haish! kanak2 ribena...

    - aku dan che'gu fairuz amat merindui kamu, hari tu pulang dr kenduri di melaka ingat mahu dipujuk abah untuk singgah di nilai. berdoa dapat ketemu kamu, namun melihat masing2 terdampar letih selepas kenduri, terpaksa batalkan niat untuk menghala ke sana. lg satu, jalan terlalu sesak hr tu. sehingga kami marahkan mereka yang menggunakan laluan kecemasan hanya untuk melepaskan diri sendiri... mujur tidak berlaku kemalangan berat...

    fynn, doakan kita agar bersua kelak ok?

    ReplyDelete
  62. yup..saya rindu
    lama tunggu kak fynn update blog ni

    hmm get well soon
    jangan lasak2 tau

    ReplyDelete
  63. rindu sangat dengan kakak
    moga cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  64. mmg pn Fynn, org len sume risau tgk awak jerit2 masa 3 Venus aritu (sbb awak tgh feel abes ;p )

    nway.. do take care of urself well k? ;*

    ReplyDelete
  65. heiii anak pak din ni.. DEGIL!
    dari dulu sampai sekarang tak ubah2 KEDEGILANNYA tu..
    tengok sape yg sakit sekarang? haa tu lah tak nak dengar cakap lagi..

    **nggggeeeeeeee hhhhhheeeeeeee**

    saje je nak berleter kat awak..

    hahahahahhahahahahahahahahahhaha!!!

    ReplyDelete
  66. ye sy rindu kak fynn!!
    semoga cepat sembuh!!
    jangan lasak2 lg ye..

    ReplyDelete
  67. of course RINDU!
    rindu yang teramat lah kak
    :D

    dr blog kak wani,kak fynn dah bisa berjalan.glad that you're okay.
    :D

    jaga diri kak.quya sayang kamu. :)

    ReplyDelete
  68. get well soon, kakak. smpi hari ni, 3 venus tak lupa kat urat akal ni.

    ReplyDelete
  69. semoga cepat sembuh. i miss you.

    ReplyDelete
  70. fynn.. jaga diri bebaik.. harap cepat sembuh..

    ReplyDelete
  71. m0ge cpt smbuh..miss ur cte kt bl0g ni..seni yg b'beza..

    ReplyDelete
  72. kq fynn. ape jadi?
    dah lame takk dgr ctee.
    ;(

    ReplyDelete
  73. kak fynn!! orang senyum sorang2 skrg!

    ReplyDelete
  74. fynn..mia sini..i added u in ms ari tu..lalala..
    sungguh kasihan..sabar darl..
    hey..c'mon..on the bright side,
    at least u get to squeeze tgn nurse lampi tu,haruslaa comel muke toya kamu kan? hahaha!! if ade bekas kuku,even better. [muke evil]

    get well soon,toksah nak ikea sgt!

    [p/s:tak perlu mati dulu utk jadi agung,kamu kan contohnya. :) ]

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.