Saturday, April 25, 2009

muzik tour

malam ini akan jadi panjang.
wani ardy dan syafiq datang. aku dan tri sudah macam orang sakai.
memang ada rencana untuk tidur, tapi sudah jam 4 pagi, tipis sangat kebarangkaliannya;
apa barang tidur, weh.

ye, kami menggelabah sebab kami sangat jatuh cinta dengan diri sendiri.
ye, kami menggelabah sebab kami rasa lantak lah orang tak peduli.
ye, kami menggelabah sebab kami sudah lama cari muzik yang memuas hati.
ye, kami menggelabah sebab kami orang kosong yang menembung jiwa kami.

hujung minggu ini akan jadi seperti tour.
aku, tri, syafiq dan wani.

subuh esok, selepas beli barang di pasar (yang mana wani teruja untuk ikutserta), kami berempat akan meluncur ke ipoh, untuk performasi di jam 1230 tengahari. selesai, kami akan patah pulang ke hartamas untuk sesi poetry slam.

ahadnya di waktu pagi, selepas kesibukan pasar, kami akan bersantai2 dan berehat2. manakala malamnya kami akan ke petaling jaya, untuk berkongsi pentas sama pak samad.

ya.
a samad said.

oh apalah kebaikan yang aku sudah buat dua tiga hari ini, yang tuhan balaskan rasa orgasmik ini.
tuhan, terima kasih.

akulah yang terpaling terjulang, meski pun tidak ada upaya aku memetik instrumen, aku diberi tuhan sang tri dan sang wani untuk menggoncang damai gitar, bersama sang syafiq untuk meremang cellonya.

wani, terima kasih kerana sanggup merendah darjat bermain sama saya.
syafiq, terima kasih kerana bakat kau, yang sentiasa untuk aku kau menyempurna.
tri, terima kasih kerana semua ini kamu yang bawa.

ini hujung minggu paling tidak mungkin aku lupakan.
tidak mungkin.

20 comments:

  1. oh nak ikot !
    :(

    kak wani teruja nak ikot pegi pasar.
    haha
    :P

    ReplyDelete
  2. sedihnya tak dapat turut serta.=(

    moga selamat perjalanan kamu kakak.
    kangen bangat sama kamu.

    harap ada yang merekod dan pamer untuk dikongsi bersama.
    lagi2 di pentas di pj tu,
    yang lain pun sama.
    harap-harap ada sesuatu untuk mereka yang kejauhan/kesibukan seperti aku.

    ReplyDelete
  3. doakan yg terbaik sepanjang perfomasi kak fynn nanti. :)

    ReplyDelete
  4. huh,asal tak ckp datang ipoh?
    haha..
    eheh,
    bila mana jumpa sama itu pak samad,
    kim salam ya,
    anak buah sorang tua di kaki gunung ledang..

    ReplyDelete
  5. harap sangat dapa turut serta tapi hujung minggu sudah penuh dengan agenda.
    sedih mungkin lain hari.
    yang pasti 3 Venus!

    ReplyDelete
  6. selamat menikmati hujung minggu yang indah kak fynn~! kim salam syapiq n tri.

    ReplyDelete
  7. argh.
    arini ade kelas !
    ta bleh pg ipoh !
    hm.

    ReplyDelete
  8. my sister ade kat wuhuu.
    zna xg pun.
    jumpe hujung mei insyaALLAH :)

    ReplyDelete
  9. jmpa kk fynn kt pj esok..
    mlm nie xdpt lpk hartamas!rugi...

    ReplyDelete
  10. woaw.. bz nyet sekarang.. hahha good luck performance ngan a samad said!

    ReplyDelete
  11. ini pun ujung minggu yg xkan ku lupaa
    ohhh indahnya

    ReplyDelete
  12. fynn..tiket 3venus..nak booking awal tau. hehe..

    ReplyDelete
  13. Fynn,

    Thanks yeah.

    Jumpa lagi, lain kali.

    ReplyDelete
  14. salut! suaranya Fyn, "tidak gentar halilintar!"

    ReplyDelete
  15. wah...ku ingat kan..lagu rap melayu ala2 acoustic..rupenye puisi tau sajak.. lebih kurang lah,mane lah tahu buta sastera kan....tapi sgt berpuas ati ngan performance kat aic....walaupun dah sampai 2rd lagu.....suare beliau dah kehabisan...sb pitchin lari dan tak constant.....tak pe blh cube lagi.....so kalau masuk 1 in a million kami di sinin akan menyokong kamu siap bagi sms undi afundi byk..kasi kamu menang..wokey

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.