Saturday, January 31, 2009

kasihan kekasih

malam tadi.
tri petik gitar yang aku beli untuk dia.

lama sangat dia tak usik arjuna, gitar belang kuning itu. dan bila aku hendak main sama seni, guitarlele yang dia beri aku, dia akan buat tidak tahu.

macam musik sudah mula pudar dari dia.

aku sedih.
runtun.
rasa haus.
gumam.

melihat tri tanpa musiknya, seperti membiar ikan berenang cetek.
atau lebih tepat, semacam sekadar merenung helang diikat kaki.
bukan niat hendak mengejam, tapi keterbatasan memijak tekak dari bersuara.

maka bagaimana hendak aku bisikkan pada dia yang aku rindu sama bunyi2nya, yang aku laparkan gemersik suara dia menderai malam2 seperti dulu2, aku sesungguhnya tidak tahu.

dunia sudah minum dia sampai kering.
yang aku ini terpaksa berebut2 untuk meneguk dia.
kasihan benar, wahai kekasih beta.
keji benar sekalian maya dan raga.

dan ketika tadi malamnya yang dia terbangkan jari2nya membuih perca frekuensi yang bersatu menjadi satu bunyi yang terpilu, aku sebak.

lama benar dia berjauh dari dirinya sendiri.
semenjak beberapa tempoh, dia pulang dan terus tumbang.
sedar2 pagi, aku dijamah di dahi dan terus ditinggal pergi.

begitu setiap bermula hari.

subuh perit disapa.
kemudian aku dikucup di kepala.
kembali, aku ke kamar.
dia keluar seperti camar.
di terang siang dia pulang.
menyelinap di celah ruang.
menyondol gesel mencari selesa.
dikejut semula, balik mengerja.

aduhai.
sama2, di setiap pagi jam 2, kami patah ke asal mula.

kasihan sekali sama tri.
:(

tentakel tangannya langsung tidak diperhati. mata hitamnya cuma lekat pada mata aku. bibir kami tidak ada kudrat untuk menyampai apa2.

kalaulah aku bisa menyedut penat dia.
tapi aku cuma mampu memandang mengusap sahaja.
aku rasa tewas.
aku rasa tidak ada daya.

aku semata memandang dengan sejuta rasa.

dia sedang memujuk.
seperti terpukau, aku angguk.

airmata yang meleleh aku biarkan dengan cuai. tangan aku lumpuhkan, maka tubuhnya yang aku topangkan dagu ini menerima dengan redha setiap titisnya.

mungkin, cuma mungkin,
kerana itu dia sudi membuka lagunya.

"
kenapa kau menangis.
kenapa kau bersedih.
kesatkan air mata.
aku masih yang sama.

kenapa kau menangis.
kenapa kau bersedih.
janganlah kau sayu.
aku tetap yang dulu.
"

*diam*

malam tadi tidur aku semacam nyenyaknya.
ikan itu seperti sudah lepas ke laut cina.
helang itu seperti sudah tinggi ke awan sana.

maka begitu juga jiwa saya.

*senyum*

pagi dikejutkan suami yang baru pulang dari pasar.
rutin dia sehari2.
ada dibeli sekali makanan debot.

aku gegas ke dapur untuk kebiasaan telur separuh masak madunya.
terpandang tri yang sedang baring melihat debot sedang membaham bintil2 perasa tuna itu.
aku senyum melihat mereka.

"science plan mmg bagus tau yang. dia jadi pandai."

secepat kilat, tri mencantas aku.
"ye ke?"
memandang debot:
"ni brape?"
(menunjukkan jari dua pada debot)

lihat bagaimana musik memberi nyawa pada dia.
:)


mati aku kalau tri tahu aku upload gambar ini.
dia benci sebab dia nampak begitu gay.

rugi kalau kau tak pernah lihat gelak dia.
ramai ckp dia punya gelak jujur.
(meski pun aku rasa mereka berkias nak ckp dia ketawa tak cover)

oh by the way,
redang. tunggu kami sekali lagi.

ini kali,
dua geng aa.

geng samseng cheras

geng pailang kota

aku harap tri kembali elektris.
sebab dia memang ikan di laut lepas.
dermaga, air dan ombak besar adalah jiwa dia.

dunia,
jgn ratah lagi suami aku.
kasihan dia.

ya?

42 comments:

  1. first time tgk muka abg tri serius.
    handsome plak meyh..
    hehehe

    family kak fynn rock ar,brutal abis..
    i miss my family moments...

    ReplyDelete
  2. Ala, comelnya adik yang dok posing kat gmbar atas ni.
    Ahha!

    :D

    ReplyDelete
  3. redang best ye fynn? kenapa tidak cuba ke perhentian pula? saya dan suami terasa ingin ke sana tapi entah la..tiada masa lagi cumanya.

    ReplyDelete
  4. salam. hi fynn.
    geng ke-524 :)
    suke baca semua n3 kamu.
    lepas bebas. teruskan ya~

    ReplyDelete
  5. mrs mochx:

    sudah ke perhentian ketika sama hoppers dulu. seeloknya keluarga2 tak pergi situ.

    berlambakan buah dada gadis.

    lagi pula, di redang ada taman laut malaysia. khas dan terjaga terumbu2 lautnya.

    di perhentian, kalau mahu berpesta seronoklah.

    :)

    ReplyDelete
  6. puitis...
    syahdu amat...
    betapa k.fynn syg akan suami ny...
    moga bahagia slalu;]

    ReplyDelete
  7. Rasa mau ke Redang pula. Sabarnyaa kakFynn, ada hikmah semuanyaa.

    =]

    ReplyDelete
  8. tioman pun best,kak.

    harap2 tri tetiba tergerak hati nak update blog dia n baca blog kakak.hahahah

    ;))

    ReplyDelete
  9. adus..
    encem la abg tri kak fynn ni..
    hehehehe..
    hanya memuji..
    sweet hubby n wife,..
    smoga bahagia..

    ReplyDelete
  10. kak fynn..lama xmenulis?
    ke mana mhilang?
    sekali lagi...penulisan kak fynn yg reflect diri sangat menginspirasi kan... =)


    cinta sejati..bila kita tidak minta lebih dari hanya kebahagiaan dan senyuman yg tersayang...kak fynn dan tri masing2 beruntung...syukur...

    ReplyDelete
  11. ive just started reading your blog and i gotta say, i love kak fynn punya blog.u make me feel there's so much to live for kat dunia ni.

    :)


    farah,
    peminat baru kak fynn

    ReplyDelete
  12. mcm menulis.
    kita cinta sama tulisan.
    kita mahu lemas dlm tulisan.
    tp kgkdang ada lagi yg lebih penting butuh kita.
    tp cinta kita.
    takkan mati.

    :)

    sama juga tri dan halwa telinga nya.

    yg hidup tetap mati.

    ReplyDelete
  13. redang mmg bes. lagi mabeles kalau pergi dgn family. hehe.

    aduh... masih tunggu jodoh kita dekat. last nite sy dilanda demam dan batuk kokol bagai mau terkeluar paru2 limpa dan kawasan kejiranannya.. lalu terpaksa membatal niat ke akar.

    masih sgt rindu kamu. dan masih menghitung waktu bakal kita ketemu lagi. hihi.~*

    ReplyDelete
  14. kak fynn. another good entry. jauh sampai ke lubuk hati setiap ayat dan kata. sayu pun ada, syahdu pun jua.

    semuanya tulus... rasa hiba seketika.

    semoga kak fynn bahagia, seperti selamanya jua.

    p/s: saya x pasti saya bisa bahasakan 'kak', tapi saya bantai saja.huhuh

    ReplyDelete
  15. semakin byk kak Fynn tulis,semakin dalam cinta saya pada tulisan kakFynn..
    terima kasih sbb hasilkan tulisan yg cukup indah
    :)

    **mintak izin link kan blog kakFynn ya..

    ReplyDelete
  16. kali pertama saya ke sini,mlm td.membaca satu demi satu entry kak fynn.saya seronok.jiwa tenang dgn puisi yg dilagukan.dan saya menangis bila ada yang menyentuh hati.keep it up sista!we all love to read ur writing :)

    love,anis :)

    ReplyDelete
  17. sedih baca entri ni
    mcm nk nangis plak
    tp im glad
    kak fynn dpt happy semula.=D

    ReplyDelete
  18. hi fynn,

    dah lama tak tengok awak perform. sekali-sekala saya datang sini lepaskan rindu, cari inspirasi. menyorok.

    saya yakin, selagi awak dapat memujuk hati dia dengan kata-kata rindu jujur, berat dunia akan hilang bila gitar itu mula berbunyi. muzik ada satu power yang lain macam sket saya percaya.

    tolong jangan berhenti menulis! ;)

    ReplyDelete
  19. tulisan kakak selalu buat saya impress dan berfikir

    cheers !

    ReplyDelete
  20. kakfynn, camana nk access n jadi memeber blog wives and mothers tu yea?

    ReplyDelete
  21. bercuti lagi???

    haih.
    jelesnyer aku nih.

    ReplyDelete
  22. bahagia dapat bini camni. klu jd hubby, mmg senyum je la memanjng bace pene istri. keep it up (semngat nak cari bini cam akak)hehe

    ReplyDelete
  23. Email saya nurhartini@gmail.com

    Tengkiu kakfynn ;)

    ReplyDelete
  24. touching!

    * bahagianya Tri ada isteri spt Fyn di sisi..

    wlp x terdaya menyedut lelah si Tri..namun bait-bait kata Fyn ini..sudah lebih dari itu!

    * ku juga ingin spt ini...ngee.

    ReplyDelete
  25. eh..kedai makan kat nilai nih celah mana?

    ReplyDelete
  26. Allah, takde mana gaynya kalau dah jadi laki kamu. :p

    dunia ratah kita semua, kan fynn? letih. *keluh*

    saya nak sangat-sangat ke kedai kamu. insyaAllah satu hari nanti saya bawa askar-askar saya. :)

    jaga diri, sayang. *peluk*

    ReplyDelete
  27. salam kak fynn. entry ini kiut tho :P hey..persembahanmu di layar tanchap was awesome! saya sura..ada beli buku merah n hugs2 kak fynn juga. hehe. ingat? x ingat xpe. ramai masa tu. haa..lama da ikot blog ni. 1st time komen. hehe! keep it up kak fynn. saya kagumi kamu : )

    ReplyDelete
  28. Fynn,

    Carpe diem! :)

    Melodi memang magis.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih kak Fynn singgah di blog saya. :))))))

    Selagi kak Fynn ada, mana2 event pun saya pergi. Saya paksa makcik saya pergi. ;)

    ReplyDelete
  30. oh ya. Makcik saya, Kak Amal, kirim salam. ;)

    ReplyDelete
  31. ish..
    seder ar...
    aku tak tau kenapa aku berfeeling begini...
    your words just rip my heart away in a good way...

    ReplyDelete
  32. tgk kak fynn pakai tudung tringat zaman u dulu. senior fynn yg tomell n sentiasa cardass!

    ReplyDelete
  33. Fynn, aku ke Redang jugak awal bulan 4. Tak sabar mahu lari dari realiti.

    ReplyDelete
  34. tri, kite da lm xjengah ur page..
    but u have gud words..
    very puitis..
    i like..
    hanya orang berseni saja yang mampu ngerti words kamu tu..

    nway, cute la buahati tri..

    i know u deeply love him..
    kite doakan hidup kamu terus bersinar sama tri..

    AMIN!

    ReplyDelete
  35. ok fynn
    i got it.
    saya bukan mahukan pesta
    cuma mahukan masa privasi berdua menikmati oanaroma alam yg kamu bilang itu.
    jadi, mungkin redang akan menjadi destinasinya suatu hari nanti.
    thanks ok.

    futnot: cukup buah dada saya untuk dilambakkan pada suami! wuhuhuhu.wooppss..

    ReplyDelete
  36. tgk pic je pun da feelg, lum lg baca entri. smoga bbahagia ke akhir hayat. amiinnn

    ReplyDelete
  37. dia berhempas pulas, bersakit-sakit, untuk kamu juga fynn..

    ReplyDelete
  38. pergh~
    santai giler penulisan ko,fynn~

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.