Thursday, October 16, 2008

kecamukan

sempena dengan pemergian aku dalam kurang dari dua minggu lagi, dan berkesempatan dengan kebaikan hati wani ardy untuk memberi ruang aku menjerit atas pentasnya, aku dengan penuh rasa rendah diri, ingin mengajak kamu2 untuk hadir ke persembahan puisi terakhir buat ketika ini.


tiketnya sangat terhad. anda kamu sudi, marilah. bila lagi mau ketemu, kan? akhirnya, bisa kita jabat jemari dan melampias rasa kasih. kerana kau dan aku tahu, meski tidak pernah bertemu, kita semua terasa nilai sahabat kita.

*diam*

sahabat.
pergh.

*diam*

lama betul tak ucap perkataan itu.

*diam*

sebak betul. masa kawan2 datang rumah terbuka tempoh hari, macam2 rasa yang ada. haru, hanyut, layan, kasih. semua ada.

kalaulah ikut perancangan, aku dan tri tak mahu pulang ke sini dalam masa terdekat. mungkin dua tahun. mungkin lima. mungkin sampai bila2. mungkin habis nyawa di situ.

tapi kalau tuhan sudah tulis aku pulang semula dalam sehari dua, atau seminggu dua, atau setahun dua, okay saja.

kalaulah jadi apa yang dirancang, entah bila lagi yang aku akan jumpa mereka2 semua.

tri kata dia takut aku yang tidak tahan hidup di sana.
sebenarnya, aku pun rasa macam tu.

hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri.

the grass is always greener on the other side.

sampailah kau jejak je rumput itu.
faktanya, mana rumput pun, memang hijau itu juga.
pi mai pi mai tang tu.

lari mulut harimau, masuk nganga buaya.

ada hikmah kandungan aku turun dan menjejak bumi. manalah tau kalau2 di tempat orang aku terlalu ditekan rasa sunyi. lebih aniaya. benar, ada suami, tapi mana sama berjauhan dengan ayah bonda.

makan mereka, apa terjaga?
tidur selesa, semua bagaimana?

kalau tidak ada aral, aku mau sambung master aku yang lama terbengkalai di negeri orang itu. mahu ambil perkara yang lama aku idam2. di tempat orang. tanpa skeptikal kaum sendiri.

kerana, dipulau kabilah lain (kalau pun ada), boleh juga aku salahkan perkauman.
dihentam prejudisan bangsa sendiri, hati bagai dirobek2, ditekan2, dimamah tanpa segan.

entri kali ini langsung tidak ada kaitan isi pentingnya. karangan terpesong, kalau ikutkan rangka skema pemarkahan.

sepesong hati dan jiwa aku yang tidak linear dan berkecamuk.

separuh kaki sudah di sana.
separuh hati sudah aku kebumikan di sini.

silap2, kami pergi berbulan madu, dan pulang begitu2 sahaja.

ah, hati, kenapa engkau begini.

seperti mana2 anak yang lari merantau, di sayup takbir, ke pangkuan ayah bunda juga dia mahu pergi.

*diam*

doakanlah yang terbaik. apa juga keputusan nanti, aku tahu, tuhan sudah ada ceritanya untuk aku dan tri.

*diam lagi*

entah2, di sana, tidak ada internet.
mati.

33 comments:

  1. ah..
    kak fyn,kalo di sane xde tenet,sy pn mati.
    mati kempunan cuz xley bace entry2 kak fyn.
    semuge semuenye okayh d sane ye.
    (:

    ReplyDelete
  2. ah fynn. sedih nya aku. xdpt pergi hari terakhir kamu menjerit berpuisi. kenapa perlu waktu aku tiada di negara jugak tarikh itu. uh. ntah bila dapat dgr suara kamu. serius sedih. hmm

    :(

    semoga berjaya fynn. dimana saja. negeri sendiri, negara orang, semoga semua baik-baik.

    ReplyDelete
  3. awin mesti pergi nanti. lama sangat dah tak jumpa ni. pastu nak lari pulak dia. grrr rindu.

    ReplyDelete
  4. all the best fynn.
    am planning to attend the recitals.
    liited tickets,macamana nak dapat?
    datang cepat?

    ReplyDelete
  5. hehehe rasa kelakar pulak bila fynn kata tak de internet disana.
    wishing both of u all the best

    ReplyDelete
  6. pasti. Dia ada cerita lebih indah untuk anda. tidak di sini, mungkin di sana.

    sayang sekali. tak dapat kita bersua muka, berjabat tangan. aral melintang pada tanggal 25 itu. hanya salam dari jauh saya sampaikan

    ReplyDelete
  7. jangan, jangan mati internet.

    ku tak mahu luput kamu.

    ReplyDelete
  8. saya pernah duduk australia 2 bulan....stres sebab bosan gila...mak saya duduk auckland new zealand pun tak tahan...bosan gila...mula2 excied sebab masih jakun tgk negara orang...last2 dapat kesimpulan that mat saleh pon sama je ngan kita...ada yang pandang rendah kat asean,islam,malaysia...
    nothing big about being abroad...
    sama je...dorang pon kutuk sesama kaum...dorang pon ada mat2 rempit,dorang pon minah2 saleh yang mcm remaja kita lepak kat times square..dorang pon ada jenis jiran2 mengata(mcm desperate housewives tu)...tapi versi matsaleh..sama je ngan kita.
    i hope u can manage to jaga diri.

    ReplyDelete
  9. ah merepek ar xde internet kat sana

    if no... oh dear.. part of my soul is gone with u

    ahaha

    thanks fynn.. for all those wonderful words

    ReplyDelete
  10. fynn,
    sabar saja.
    Tuhan itu punya perancangan Maha Hebat.

    kadang kala kita tewas dengan emosi,
    kerna kita manusia lemah cuma.
    kadang kala kita beralah dengan situasi,
    jua kerna kita manusia hina.

    kembalilah kepada Tuhan.
    kerna DIAlah segala untuk kehidupan kita.

    *senyum kelat.

    ReplyDelete
  11. insyaAllah ada internet, fynn. kalau tak ada pun insyaAllah tri akan usahakan untuk kamu. :)

    ReplyDelete
  12. wahhh..agak sdih bce entri akak kali nie..x tau nape??
    :(

    ReplyDelete
  13. kak fynn, malam tadi saya jumpa kamu. dgn sahabat kamu, sue anna.
    haih. tak dapat jumpa betul2, dalam mimpi pun jadilah. take care.

    ReplyDelete
  14. betul tu,aku juga kalo di sane takde internet..aku baru saja ingin 'layan' entri2 kau...huhu

    ReplyDelete
  15. kak fynn..
    teringin jugak tgk k fynn...tapi saya di jb..

    k fynn..
    pergi la..
    jasad di sana pun,hati di sini kan??
    jgn lupakan kami..

    doakan yang baik2 untuk k fynn..

    *hugs

    ReplyDelete
  16. dimana saja kamu, jangan lupa Dia.

    kamu pasti bahagia dan semua selamat hendak nya :)

    ReplyDelete
  17. woi woi. nak pegi, laki bini meh datang jumpe aku dulu.fynnnn..

    rindu la kau .meh la datang kerteh,
    ade berger king dah

    ReplyDelete
  18. woi woi. nak pegi, laki bini meh datang jumpe aku dulu.fynnnn..

    rindu la kau .meh la datang kerteh,
    ade berger king dah

    ReplyDelete
  19. jumpa di bintang jatuh.
    kak fynn datang kul bape?

    ReplyDelete
  20. teringin ingin dengar alunan puisi fynnjamal..
    tapi...
    org sgt jauh..
    huhu..

    ReplyDelete
  21. doa kan yang terbaik utk kak fyn

    amin...

    ReplyDelete
  22. wuaaaa..mau lihat akak menjerit..tp d amuk kesibukan kehendak fardhu ain..huahua..nk g gak!x kira..cmna nk dpt tiket??limited lak tu..huhu..nk2.

    ReplyDelete
  23. k.fyn..
    sedih sgt..
    xtau nk ckp apa..
    kite sedih..
    take care of urself ye..
    da fhm mksud anda..
    cuma nk tmbh sikit..
    kotak emas berlian berada d kaki pelangi d seberang sana..

    ReplyDelete
  24. kak. saja nak wish u all the best dtg new zealand nanti. i hope kak fynn jgn worry sgt sbb kat sini ok je. kalau kak fynn nak kawan baru ramai, kalau nak fall back on the malaysian community pon kat sini rapat and welcoming. kalau nk honeymoon aje pon org tak kacau =) (saya nk blk cuti plak before kak datang - tp next year feb sy dtg balik and if i could be of any help, cakap aje ye.)

    semoga semua berjalan lancar =)
    tenangkan hati ya. Allah tak uji kita apa kita tak mampu

    ReplyDelete
  25. ala..nk pegi sgt..
    huhu..
    tp daku ngak punya tmpt tuk bermalam..huhu..
    da nk final..
    nk jgk..
    mcm mana dptkan ia?
    akak..mb pepatah hujan emas d negeri org n hujan batu d negeri sendiri..bisa bertukar erti tnpa perlu menukar frasanya..
    mcm sy:takut kerna benar..

    ReplyDelete
  26. fynn, selamat datang ke kiwi country!hehe. any, i think u will enjoy living there, as much as i do in Adelaide. any, hopely sempat lar jumper u before i balik malaysia for good!!! :)
    lots lurve.
    ~zayna

    ReplyDelete
  27. alaa kfynn..
    tmpt terhad ke?
    dem!
    baru ingt nk redah je.
    sbb xtau jd pergi or x..

    sure nz ade internet.
    myfriend kt sne,tiap2 hari boleh on9.
    no worries ;)

    ReplyDelete
  28. kakak...gewd luck ye.. ena will me your writing! ;)

    ReplyDelete
  29. KakFynn.Rasa mau menjerit2 namamu agar dpt dgr sana yg saya panggil ini.Aduhh,sebak buatnyaa membaca entri kali ini.Seriously,kalau kakFynn tak perasan,every single perfomasi kamu,saya hadirkan diri.Selalunya duduk dibahagian dpn sekali.Jadi,gi mana mau lepaskan kamu ke New Zealand itu.Menghadiri setiap satu performasi kamu,buat saya rasa itu wajib.Dan selepas ini,akan tiada.Aku akan cuba hadirkan diri sabtu ini,walaupun poket kosong.Aduhh,sudah ujung2 mcm ni,sayang pulak kat kakFynn.KakFynn, dgr tak jeritan batin saya ini?hmmmm.akan merindukan kamu...

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.