Thursday, September 4, 2008

malam yang belum pertama.

lain, tau.

terbuka mata, terpandang suami.
terregang bibir, merekah senyum sendiri.
hendak bergolek, terikat di jari.
hendak bangkit, ditarik kembali.

ah...
andailah aku tahu bahagianya ditautkan nikah.
sudah lama aku sujud di kaki ayahanda minta disatukan.

kerana tiada yang lebih menenangkan selain merasa ada dan diperlukan.

pagi dinikahkan.
malamnya terus bersahur puasa.

ada teman mengusik2.
ramai makcik2 memberi amaran.

"jangan terlajak, pengantin.
awak tu baru disatukan."

pasti, dan tidak ada lain, merujuk malam pertama bersebelahan.

aku senyum.
"ah. apa takut. elok2 datang bulan"

ditambah lagi:
"ah... kasihan pengantin jantan. gigit jarilah seminggu menahan"

suami melihat, senyum dan melihat diri aku dengan mata yang dikecilkan.
jemarinya kemas memegang bersilang2 jari2 aku.

aku pandang mereka, aku bilang begini.

"kita ada seumur hidup tidur bersama.
apalah salah didedikasikan bulan yang satu ini untuk Dia?
lagi pula, Dia juga yang temukan kita berdua.

kan?"

suami aku melihat semua,
memandang aku ke anak mata.

"ni mesti dah senggugut ni"

haha.

33 comments:

  1. i am happy for you fynn.reli i am.

    teringat kembali saat pertama kenal.berbaju kuning tak pakai tut. terkinja kinja kejar baling telur.sampai terlondeh2 sluar.

    lepas tue diselang seli, dengan suka duka, susah senang, makan sepinggan tidur sebantal,

    tup-tup, dah kawin.

    saat tue sume terimbas.saat airmata kamu jatuh.sy tumpang sedih.nk nangis, tak bleh, jadi OP of the day lak.

    wut ever it, i hope u enjor ur new life, n as a friend, i will pray for ur happiness.

    semoga KAWAN SAMPAI MATI akan kekal.

    ARM

    ReplyDelete
  2. Ooooh the anticipation! Nanti dah habis seminggu nieh, akan malatop. Ahahahaha.

    Haih, bahagianya. Tak puas rasa kahwin ni.

    And yeah, bahagia yang teramat-amat sangat. Tak terkata...

    I'm so happy that you're happy. We're all happy!!! Weeeee.

    ReplyDelete
  3. manis.

    sepanjang coretan aku tersenyum.

    =)

    ReplyDelete
  4. alamak.terlalu romantis untuk belasan thn membaca.rawr rawr !!
    ahaa

    ReplyDelete
  5. "apalah salah didedikasikan bulan yang satu ini untuk Dia?"

    setuju dgn kakak. (:

    ReplyDelete
  6. seronok.
    gembira.
    bahagia.

    saya pun mahu kawin juga,boleh?
    :D

    ReplyDelete
  7. nikmat suatu pwekahwinan hehehe selamat berbahagia fynn...jangan tinggal kitaoorg kat puisitepijalan ni eyhhhh

    ReplyDelete
  8. kan dah ckp. nikah itus sedap :-P

    -dinGin-

    ReplyDelete
  9. ni yang buat rasa nak kawen cepat2 ni. Tahniah lagi sekali

    ReplyDelete
  10. haha tergelak pulak aku dibuatnye.
    waduh bahgia amat aku rsa.
    bila pulak giliran aku ya.

    ReplyDelete
  11. cepat dapat anak ni... :)

    ziarah ke rumah kamu.

    ReplyDelete
  12. ahh, kedengaran sgt bahagia. moga sentiasa dilingkari bahagia dan kasih-Nya.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. chisss jeles nye kau dah kahwin!!
    nak kahwinn jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
    cari kan satu utk aku fynn!

    heheheh

    ReplyDelete
  15. chisss jeles nye kau dah kahwin!!
    nak kahwinn jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
    cari kan satu utk aku fynn!

    heheheh

    ReplyDelete
  16. tak sabar rasanya mahu disatukan.XD

    ReplyDelete
  17. huhuhuhuhuh...........


    chumel la kamu ni kak fynn


    *senyum mengenang manisnya saat itu.
    tp entah bila pula akn tiba
    giliran ku.

    haih.

    ReplyDelete
  18. sweet nyee~! (-_^)
    smgo ramadhan mmbawa keberkatan kpd hubungan korg...

    psss~ nk mntk izin link kn blog ni boley kn?? (^_^)

    ReplyDelete
  19. semoga bahagia.

    aku peminat diam fynn.

    ReplyDelete
  20. hie.. nice blog.. keep up blogging dear :)

    ReplyDelete
  21. entry sudah mula bunga²
    tanda bahagia..
    selamat meneruskan ibadah puasa kak fynn!
    dan selamat terus bahagia begini..

    ReplyDelete
  22. KAK FYNN!!!

    JELESnyeeeeee.. nk ikut nk ikut.

    ok g carik dlu. tata.

    CONGRATULATIONS!!!

    ReplyDelete
  23. aku terasa seperti ingin sujud di kaki ayahnda minta utk dinikahi... tetapi dengan siapa?

    ReplyDelete
  24. kakak!..

    ini adalah post yg tersangat indah n meaningful sgt2!..

    baca sekali sudah mampu buat saya tersenyum sendiri dan berfikir tak perlu jauh,krn terus tertanam di hati dan kepale..

    love this post!..

    nak kawennn!!!...hahaha

    ReplyDelete
  25. indahnya...
    nak juga mengikat ikatan hingga tersimpul rapi dan tujuannya menyucikan segalanya kerana Dia...

    ReplyDelete
  26. woit. kisah dalam kelambu. 18SX. censored. hahaha.

    memang yang halal itu sentiasa indah bukan?

    ReplyDelete
  27. Benar Fynn. Hidup sbg suami isteri indah sungguh.

    Tahniah Pengantin baru.

    Anis.

    ReplyDelete
  28. so sweet

    :)) menghadapi situasi yang sama selepas nikah dulu

    semoga kekal bahagia fynn

    ReplyDelete
  29. kak fynn,

    catatan kamu kali ini memang mendalam.

    satu entri saja sudah cukup membuat air mata bergenang kerana gembira. walaupun tak kenal rapat, saya bahagia kerana kamu membenarkan kami semua menumpang rasa kebahagiaan kamu.

    pada saya yang dirundung malang ini, ianya satu anugerah yang tidak ternilai. terima kasih kerana kak fynn membuat saya tersenyum.

    selamat pengantin baru.

    -izza

    ReplyDelete
  30. bahagia bahagia n bahagia.
    kesian tri gigit jari aje.
    hehehe..
    ;P

    ReplyDelete
  31. sdeyh~

    never thought of a wedding cud be dis nice and sweet and touching.

    (T_T)

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.