Monday, August 24, 2009

dua lelaki yang aku cinta

jumaat.
balik kampung seorang.
suami suruh.
dia jaga kedai.
aku gaduh.
aku akan bersepai.
tanpa dia.

dia bising.
perlu jumpa abah.
mesti cium abah.
sayang abah lebih.
rindu boleh pulih.

"sayang tetap milik dia, tahu?"

aku akur.
balik jumpa abah.
balik cium abah.
balik sayang abah.
tapi aku pelik.
kenapa aku lemah.

bersahur aku nangis.
bersolat aku nangis.
berbuka aku nangis.
tidur aku nangis.
mimpi aku nangis.
bangun aku nangis.
senyap aku menung.
peduli lalat hurung.

along bebel.
achik cegil.
aku sedih.
ibu sengih.
abah ketawa:

"dia rindu kawan dia. biar le"

lepas sahur kedua,
abah teman aku kejar bas.
dia pulangkan aku dengan airmata.
dia kata:

"tempat isteri memang sebelah suami dia"

untung sekali aku,
ada dua lelaki yang aku cinta,
dan kembali cinta aku.

39 comments:

  1. untungnya semua memahami..
    macam anak kecil la kak fynn ni rindu tri pon nanges2..len kali bawa die ke mana2 eh..;p

    ReplyDelete
  2. :)
    indah nya dunia kak fynn.
    syukur

    ReplyDelete
  3. *emm..terharu..*

    yupp.. kamu bertuah.. sangat bertuah.. (-,-)

    ReplyDelete
  4. Sangat sweeet untuk ada orang yang mencintai dan menyanyangi sebegini.

    ReplyDelete
  5. owhlalalala~
    best dicinta
    huhu~
    sentiasa happy ye..
    slamat menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete
  6. Haishh.Untung mereka dua ya Kak Fynn.Ada anak dan isteri yang cinta kan mereka.Haishh.

    ReplyDelete
  7. kak fynn happy nampak comel
    hehe
    kak fynn..kak fynn..
    seronok kan jd kak fynn?
    :)

    ReplyDelete
  8. selamat menjalani ibadah puasa...

    ReplyDelete
  9. baru tau kamo jenis otai
    mgkin sblom ni xbape nak sesuai
    hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.
    What a beautiful entry.

    Salaam Ramadhan Mubarak buat Fynn dan suami.

    Matt, Anis & Faris

    ReplyDelete
  11. tri gedik tri gedik tri gedik.





    selamat berpuasa ibu. jom buka ramai ramai sama harulfadli, sama harulfitri, sama amrul kareem, sama semualah. jommmmm

    ReplyDelete
  12. chumel...
    see..Allah juga sayang sama akak
    =)

    ReplyDelete
  13. sedey bley x.. sy rindu ayh sy gak. tap da xble jumpe. camne?

    ReplyDelete
  14. comelnya kak fynn dan abg tri.
    nak juga.

    ReplyDelete
  15. it's such a sweet feeling,
    having ur beloved ones dekat hati.

    =)

    ReplyDelete
  16. hi fynn, slalu g mkn kedai fynn, slalu gak jd silent reader blog fynn.
    tp entri kali ni sayu plak bace.
    sy baru ade 1 lelaki yg dicintai, ntah bile nak dpt yg kedua tu.
    life is unpredictable!

    ReplyDelete
  17. rindu! entri ni.manes amat gayak kamu :D. wehe.
    slmt brbuka japg.
    and iloveyou kak :))

    ReplyDelete
  18. wewit!
    bes ye k.fyn
    mau juga
    hee

    ReplyDelete
  19. nur afina yanti jamaludin ni memang ratu air mata...akak i miss you so so much.raya ni balik la kg lama sikit..leh aniz bertandang ke rumah...plz plz plzz....

    ReplyDelete
  20. hepi besday sis,
    sama hari lain waktu dengan adik sy.
    =)
    semoga cerita dari Dia untuk akak yang bagus2 aja.

    ReplyDelete
  21. untung kak fynn ade 2 lelaki yg kamu cintaii

    ReplyDelete
  22. saya cemburu dengan kak fynn...
    semoga saya jumpa orang-orang yang menyayangi seperti itu

    ReplyDelete

ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan.