Sunday, March 11, 2012

anak



pembaca dan pemantau di malaysia terbahagi dua ketika menonton klip ini.
satu: yang marah pada kekejaman anaknya.
dua: yang marah pada mereka2 yang marah pada kekejaman anaknya.

tiba2, ada wirawan2 internet yang berkata anaknya sebenarnya mati kemalangan-- maka terbiarlah nenda tersebut sendirian di hotel yang haram tak diketahui mana duduknya. puas aku hujahkan ketidaklogikan kemungkinan itu berdasarkan pengalaman memiliki ahli keluarga yang mati dalam keadaan terkejut.

kalau sungguh meninggal, kita2 yang ditinggal ini biasanya akan mengambil tanggungjawab membiarkan telefon bimbit sentiasa hidup untuk dibagi perkhabaran meninggalnya.

ok.
ketepikan yang itu.

selepas dicari-- kita jumpa anaknya.
alasan dibagi: dia orang susah.

anak makcik tua itu berkata:
"takkanlah tak sayang mak, bang.
saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa."

tinggalkan hotel dan hilangkan diri.
oh.
itu rupanya selesa.

*hentak dinding de tepi kanan bahu aku*

secara jujurnya, memang INILAH antara alasan2 BODOH orang setiap hari. PALING KLISE kita dengar dari bibir2 manusia jagatraya yang super defensif demi menyelamatkan punggung sendiri.

pembaca dijemput membayangkan jawapan "saya orang susah" ini di apa jua situasi: dari "kenapa kau mencuri", "apa sebab kau melacur", "kenapa kau jahat laku" hinggalah "apa musabab kau berperangai begitu?".

susah.
apa maksud 'susah'?

abah aku ada satu frasa yang boleh potong SEMUA alasan yang wujud dalam kehidupan sehari2.
bagilah alasan apa juga.
demam, tak larat, penat, tak ada semangat--
lekas saja dia tanya:
"boleh buat macam ni?"
sambil buat gaya menyuap nasi ke mulut sendiri.

pada askar tua itu,
kau belum susah SELAGI kau mampu.

dalam dunia ini, 'susah' bukan satu masalah. yang ada cuma malas dan rajin. kau hendak makan, KAU KERJA. kau hendak senang, KAU KERJA. kau hendak kaya, KAU KERJA. jadi tak jadi hasilnya-- bukan soalnya. kerjalah macam orang gila-- yang penting kau laksana-- kaya tak kaya, itu TUHAN PUNYA KERJA.

malulah.
orang kudung pun boleh bayar makan sendiri, kau yang elok sifat-- nak mengaruk2 suruh orang peduli.

siapa kata tak ada kerja?
hendak seribu daya.
dan kalau rezeki cuma kerja jolok sawit,
kerjalah saja.
jangan bising duitnya sikit.

jangan tolak peluang tuhan menguji sabar kita. redha tak redha kita ITU habuannya. setimpal tak setimpal ITU ukuran sabarnya.

kalau kau banding teratakmu dengan mahligai orang, pastilah jelas susahnya engkau. tapi kenapa perlu engkau pilih untuk jadi buta? ya. secara duit-- kau lebih susah. TAPI. secara trafik di bawah nanti? yang kaya lebih banyak terima masalah. nah. sekarang. SIAPA lebih susah?

tapi ah.
bagaimana susahnya kita di hari ini takkan sepayah tok abah kita yang sampai meneguk air sabun dipaksa jepun. tak ada sampai perlu menjolok garam bersama nasi beralas daun. kalau ada terlepas nasibnya, ada badan2 yang diamanah menjaga haknya.

banyak tak banyak sahaja.
hendak tak hendak semata.

tapi ah. aku berani kata, yang sibuk memberi alasan "susah-- maka aku berlaku sedemikian" bukanlah yang benar2 susah orangnya. aku pernah bekerja untuk badan kebajikan masyarakat susah. aku mahu kata orang yang BETUL2 susahnya SEBOLEHNYA tetap mahu hidup bersama. kalau BENAR terpaksa menjauh demi kebaikan bersama-- bagai terkoyak jiwa dan raga. pedih maungnya ketika memaling-- KITA YANG MELIHAT ini pun tersiat jantungnya.

orang begini--
yang betul2 susah ini--
adalah gagah.

bila mana seseorang itu sudah tidak punya APA2 selain allah--
DIALAH orang yang sudah memiliki segala2nya.
(quote: di bawah lindungan kaabah)

tuan2 dan puan2,
akan datang satu fasa dalam hidup kamu--
yang kamu akan kehilangan SEGALANYA.
aku BERSUMPAH atas nama Allah--
ITULAH harinya solatmu akan terasa TERPALING karib sama tuhanmu.

dan selepasnya,
akan datang kebangkitan satu-persatu;
menangislah.
kerana orang2 yang sudah kembali bahagia--
akan kembali juga pada lupanya.

*pause*

kita BUKAN orang susah.

*menung lama*

susah, konon.
kalaulah kau tahu susahnya mengendong engkau berbulan2--
dan azabnya merasa mati yang sekejap itu--
SEMATA2 mahu memberi kau nafas pertamamu;

nescaya sampai ke mati kau hirup air kaki ibumu.

8 comments:

Mimi Malina Binti Jamaluddin said...

semoga anak itu sedar dengan apa yang telah dia lakukan.

yui said...

susah macam mana pun kena bakti kepada ibu bapa dulu..

sebab mereka kita hidup

=p

-cry reen- said...

abah aku ada satu frasa yang boleh potong SEMUA alasan yang wujud dalam kehidupan sehari2...
"boleh buat macam ni?"
sambil buat gaya menyuap nasi ke mulut sendiri.

Sumpah frasa kak fynn mengingatkan aku pd arwah babah.. benarlah, berilah alasan apapun, kalau kita kata tak larat maka definisi tak larat pd dia bermaksud nak mengangkat tangan utk makan pun kita tak berdaya. kalau masih mampu, maka semua alasan takkan laku.

post ni buat aku tatap gambar mama lama2.. muka tua ini nak aku sepah-sepahkan rata-rata? aku tak gamak.. dan aku tak gamak pikir pun yg ada org dlm dunia ni tergamak buat gitu. i mean, how could you?

Sue Izza said...

sampai ke sudah...tak mahu klik play pada video ini...just baca komen...takut teresak di office...huuu

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

betul kak fynn..biar apapun alasan.xperlu nak tinggal mak/ayah camtu sekali.dulu kes org tinggal ayah dekat klinik.haih.tahla.taktau apa perasan depa.saya yang berjauhan dengan orang tua saban bulan balik jenguk.plus.tengah usaha supaya dpat balik jaga mak.orang tua kalau diajak tinggal sekali.mana maunya.semoga kita dijauhkan dari menjadi anak seperti ini.sayangi sementara masih ada

DEEDYmyself said...

bagi seorang ank yg kehilangan ibu sewaktu melahirkannya, ayat "kalaulah kau tahu susahnya mengendong engkau berbulan2--
dan azabnya merasa mati yang sekejap itu--
SEMATA2 mahu memberi kau nafas pertamamu;

nescaya sampai ke mati kau hirup air kaki ibumu." betul2 buat hati aku sebak

ctpayong said...

sama2 kita doakan anaknya agar mendapat taufik serta hidayah Allah juga terbuka hatinya memohon maaf dari ibunya.

beritasemasa said...

dah kalau cerita sebenor. anaknya sakit masuk hospital.
tak de orang jaga emak dia dirumah jadi dia masukan ke hotel.

anak yang baik lah tu. Itulah kalau buruk sangka.

surat kabar tu bukan betul. mengapi ngapikan je.

baik budak tu.