Friday, June 26, 2009

bila perkara yang paling betul adalah tidak betul buat masa ini.

masalah:
engkau ada kawan baik. selalu suap engkau ketika lapar. selalu geletek engkau ketika sedih. tapi dia benci emaknya, hingga ke tahap bajingan. engkau tahu emak kawan engkau memang bangsat, tapi engkau sudah diajar abah engkau yang orang tua tetap orang tua; maka perlu hormat.

kawan engkau itu secara manusia sememangnya yang paling kool. engkau boleh borakkan apa sahaja, waima mengutuk-sindirnya depan2 muka. dia tidak akan kisah. kecuali tentang emaknya.

tindakan betul:
lakukan sesuatu untuk memulih keadaan. kerana dia terlalu baik utk mencela reputasinya, apalagi bila satu2nya kekurangannya adalah sesuatu yang boleh dibetulkan.

perkara sebenar:
engkau putus kawan atas sebab engkau tidak ada hak untuk masuk campur.

---

masalah:
engkau ditugaskan bersama seorang teman kuliah yang sekepala untuk menyiapkan kerja kursus yang akan menentukan markah peperiksaan tahun akhir. malangnya kawan engkau itu bodoh dan engkau pula pemalas. kawan engkau memberi engkau minum racun hasutan, lalu engkau setuju untuk curi hasil kerja seorang teman kelas; kau siatkan muka depan dan belakang. kursus dihantar dengan nama engkau dan kawan engkau sebagai pengusaha.

tapi entah kenapa, selepas beberapa hari, ketika engkau dapat tahu teman kelas yang kalian curi hasil kerja itu rupa2nya pelajar baik, anak orang miskin dan hidup atas wang biasiswa (maka wajib cemerlang dalam setiap subjek, kalau tidak wang tanggungan akan dibatal), hati engkau ditiup satu perasaan yang engkau tidak tahu apa. engkau rasa tidak tenang selagi engkau tidak menceritakannya pada sesiapa.

tindakan betul:
akukan pada penanda tentang kehinaan engkau yang buta hati dan akal semata2 kerana mahukan kejayaan dengan cara mudah.

perkara sebenar:
engkau dibuang universiti kerana perbuatan engkau tidak mungkin diterima mana2 pihak.

---

masalah:
engkau ikut rombongan meminang kekasih abang engkau. sampai di hadapan rumah perempuan tersebut, engkau dapati ruang tamu rumah engkau adalah lebih kodi berbanding laman yang ada air terjun tiruan dan batu2 refleksologi.

engkau senyum. engkau tahu, zaman sekarang tidak ada cerita hindi. namun engkau juga tahu, engkau cuma sedapkan hati. hajat pinangan sudah diluah, dan bapa si gadis sedang main kasar secara halus tentang wang ringgit.

tindakan betul:
dengan molek dan berhemah, tegurkan si bapa sang perempuan yang dipinang itu tentang keindahan agama yang tidak mengenal hitam atau putih, buruk atau cantik, kaya atau miskin dan selitkan juga hadith2 yang engkau pelajari / terpaksa hafal di sekolah / kolej / universiti.

perkara sebenar:
engkau dihalau keluar kerana kurang hajar hendak berkhutbah.

---

ada banyak benda salah disekeliling kita.
bila agaknya boleh kita bikin perkara yang betul dan sepatutnya?

di depan mata engkau, ada perempuan sarat mengandung berdiri lama dalam tren. budak di depannya hanya buat bangang sambil memicit2 butang telefon.
apa yang betul untuk dibuat?

di depan mata engkau, ada lelaki yang elok budi-pekertinya dibuang kerja kerana berkata yang hak pada bos yang terkenal dengan kekejamannya. ketika dia mengemas mejanya untuk dikosongkan, dia tenang.
apa yang betul untuk dibuat?

di depan mata engkau, ada kawan yang paling rapat sama engkau memperkenalkan kekasih ulungnya dan melafazkan betapa dia sudah mula mahu hidup semula kerana cinta itu. engkau perasan jantina kawan itu dengan kekasihnya adalah sama.
apa yang betul untuk dibuat?

baru2 ini ada kejadian yang sangat tidak enak terjadi dalam tempat kerja dek politikus sialan. ketua aku, sang mat saleh dari kanada itu ditelefon ketika malam hari untuk mengarahkan untuk tidak lagi datang keesokkan harinya, juga hari2 yang akan datang selepasnya.

tidak pelik sang mat saleh dari kanada itu dibuang begitu2 sahaja.

setiap martin luther king jr., setiap mahatma gandhi, setiap haji abdul malik karim amrullah akan hidup siksa. bagai phoenix bangkit dari abu, di setiap jahanamnya sesuatu tempat, seseorang seperti mereka2 di atas akan lahir.

hidup mereka tidak lama.
dibunuh. dilari.
digantung. disembunyi.

*diam*

memang itu saja yang aku buat. berdiam.
aku sudah mula pandai mengikut arus.

apakah itu perkara betul?
tidak. seseorang patut melakukan sesuatu.

apakah melakukan sesuatu itu betul?
tidak. risikonya adalah kerjaya aku.

aku setuju dengan pendapat seorang teman. buat perkara yang betul, dan rasai kemuliaannya. tapi soalan aku dalam hati, sedangkan bila ada kita ditawan dalam perang, ditanya apa agamanya pun dibolehkan tuhan untuk kita menjawab bukan islam, lalu hal2 hak kecil begini bagaimana?

kalaulah aku akan dikelar leher kerana menjadi seorang islam, seribu kali aku sanggup. sekali dengan hafazan berserta tarannum aku bagi.

tapi ini lain.

memang senang hendak cakap benda2 yang kobar2.
memang mudah hendak lafaz benda2 yang membakar2.
tapi aku sudah serik untuk lalu semua ini lagi.

dulu bolehlah.
zaman belum ada apa2 tanggungjawab.
nothing to lose.

sekarang mana boleh.
sudah ada keluarga.
perlu bijaksana mengkategori prioriti.

kenapa agaknya aku asyik kerja-berhenti-kerja-berhenti?

when you are too fuckin' good at what you do,
you would scare the shit out of people;

and therefore a must to be terminated.

ini nasihat aku.
nak ikut, sila.
tak nak, tidak apa.

itu pun kalau kau rasa kau adalah antara yang fuckin' good at what you do.
dan kau tidak perlu untuk jadi yang paling bijaksana atau paling gempak pun untuk menjadi seseorang yang fuckin' good at what you do. letak 100% passion, jiwa dan raga engkau dalam apa2 yang kau buat, sudah cukup.

sejujurnya, manusia tidak takut pada orang paling pandai.
tapi pada orang yang ada potensi untuk memenangi hati sahabat handai.

manusia kan gila pengaruh.

ada masanya, menjadi cayaha yang terlalu terik itu membinasakan diri sendiri.
nanti empunya kedai2 lampu akan sabotaj hidup engkau sampai kau mati.

tapi jangan pula jadi bodoh dan padam sendiri.
mati rugi.

Tuesday, June 23, 2009

hati keras mulut pedas

ada seorang teman yang aku hendak namakan jijah merujuk kepada seorang lagi teman, bernama johan akan perihal kisah cintanya.

jijah sudah lebih sebulan berkira2 tentang kekasihnya. hari ini kata hendak. hari esok kata tidak. beberapa kelmarin, jijah jumpa angkara untuk merajuk secara besar2an. kekasih jijah menyinggung hatinya yang rapuh, maka berantakan. tanpa bertanya sebab musabab, dan dengan penaakulan mantik, jijah memilih untuk menyabitkan yang jijah dan kekasihnya sudah tidak lagi berikat-setia.

tapi hari ini adalah antara hari yang jijah rasa hendak.

jijah tanya sana sini. tiada satu pun jawapan yang jijah mahu anggukkan.
sehinggalah johan mencuba nasib utk memberi ketenangan.

tanpa mukadimah, johan terus bercerita:

---

dalam lrt. seorang lelaki duduk, memandang ke luar tingkap. 3 orang anak2nya sibuk memekakkan telinga semua penumpang lain; melompat2, berlari2, berkejar2, terbahak2.

tidak sampai 10 minit, seorang perempuan mencuit bahu si bapa. mengetahui dia bukan satu2nya manusia yang rasa jengkel dgn kehingaran itu, dengan separa kuat, perempuan itu menegur keras: "bapa jenis apa engkau ini? dibiarkan sahaja anak2 lolos dan mengganggu alam sedemikian?"

lelaki itu menoleh.
"maaf. aku semua dari rumah orang2 sakit. tadi, bunda mereka baru diambil tuhan. aku sedang berkira2 bagaimana cara untuk aku sampaikan pada anak2 ini, kerana aku tidak ada daya".

---

johan senyum.

aku di depan jijah dan johan cuma diam sambil mengutip rahang aku yang jatuh ke lantai. dia tidak perlu berlebar2. tidak perlu meleret2. teratur. kemas. lengkap.

benar, bukan?
kadang2, apa yang terzahir tidak mampu mengadili apa yang sebenarnya yang tersirat.

kita rasa kita tahu apa yang sedang berlaku. kita rasa kita sangat maklum dengan apa yang sedang berlalu. kita rasa kita hebat mengatur jalan hidup. kita rasa kita gempak kita boleh baca udara yang kita hirup.

oh, how we are so wrong.
bladishit.

aku boleh nampak aku jadi macam cik kak yang menegur pak cik yang merenung tingkap itu. walau pun besar kemungkinan aku tidak menyindirnya depan2, aku tahu aku pasti akan memakinya dalam hati.

aku selalu tidak fikir orang.
haih.
aku jahat betul.
aku selalu bukannya betul.

ini nasihat untuk aku sendiri.
kena berubah.
mulut tu kena semenggah.
hati tu tolong putihkan.
akal tu sila matangkan.

membazir saja hari2 tonggang-tonggek pada tuhan menangis meraung; sebab nanti2, dosa sesama manusia jugalah yang akan mengikat-jerat peluang aku, kalaulah ada sudi aku diampunkan dan diterima ke tempat2 orang yang dia cinta.

susah?
komfemlah.
tapi kena!

sampai bila hendak hati keras mulut pedas.
kan?

haih.

maka, seperti menganalisa lukisan2 di dinding, ada masanya, apa yang kita sepatutnya lakukan adalah:

1) berdiam
2) ambil satu langkah ke belakang
3) renung dari lima sudut berbeza
4) fikir
5) berdiam.

KALAU terpaksa,
dan hanya kalau, luahkan.
kerana di banyak masa, mulut bergerak dulu sebelum akal.
dan mulut-- selalunya suka yang sial2.

aku kena belajar mendengar.
dan belajar untuk tidak tidur ketika mendengar.

holishit.
susah tu.

ps: situasi2 di atas dikreditasi pada beberapa sahabat yang mengajar aku pengalaman hidup secara gratis.

Tuesday, June 9, 2009

rindu blog, bentan, dan mati atas pentas.

orang kampung panggil:
bentan.
orang hospital kata:
padan.

lama hilang.
sepatutnya lebih awal sudah boleh bangkit.

tapi itulah.
pusat badan memang di bahagian perut.
ibu penyakit aku pula main sembunyi2 di celah2nya.

siapa orang pentas, baik orang lakon atau orang nyanyi, juga orang puisi, orang-yang-guna-anak-tekak punya seniman/wati akan tahu dan maklum:
suara yang ada jiwa perlu datang dari angin dalam perut.
bukan anak tekak.
apa lagi rongga hidung.

bahana bentan (atau pembengkakkan post-surgeri) ada banyak.
untuk aku:
pendarahan bawah kulit.

oo...

*buat muka okay-apa-kena-mengena-dengan-aku: sebab bagi aku, dari dulu aku memang agak superhero dan gagah*

tapi aku baru tahu.
aku BARU tahu apa maknanya arahan "jangan renyah2 selepas pembedahan, nanti bentan" KETIKA di dalam bilik pakar itu.
di beberapa hari selepas 3 venus itu.

selama yang aku tahu, aku fikir bentan itu untuk menakut2kan adik2 darjah enam yang baru selesai dicantas punainya dari bergasak dan berteromba.

tak takott. tak takott.
ne ne ne ne neeeeeyh.
dude, aku mana ada punai untuk bentan.

ambik sepam.

maka aku baru tahu ketika itu.
malangnya, bukan di ketika yang doktor itu kata "okay baring kejap, kita tengok".
tapi ketika dia berkata separa menjerit, "pegang, nurse! pegang!", serentak dengan jururawat terus memaku aku terbaring tak mambu bangkit.

dan jahitan ditebuk balik.
sakit ya amat.
makin aku jerit, makin cik kak berseragam putih itu tekan darah hitam yang terkumpul itu supaya lekas keluar.
aku faham perasaannya. aku pun suka picit jerawat. aku reti rasa uja itu.

tapi ini bukan jerawat, dol.

aku hilang idea.
aku cengkam lengan dia yang telanjang.
bukan genggam secelet.
kalau tulang dia kertas, sudah keronyok seribu.

aku longgarkan apabila dia berlembut hati dan berkata:
"ok dik. kita buat sikit2"

aku bersyukur aku tidak potong kuku minggu itu.
lalalalalala.
*muka toya*

namun aku rasa aku patut gunakan kuku aku 10 minit selepas dialog itu, untuk aku cakar muka dia; spesifiknya ketika dia jawab: "oh lupa" pada soalan sang doktor yang mengajukan soalan berikut: "tadi ada bagi dia painkiller tak?"

rupanya2 dia main tebuk.

*ketap gigi dan sepet sedikit mata, sambil berkata: "kelakarnya..."*

---

esoknya, aku hendak cerita pada wani, tapi dia hendak jalan jauh minggu lepas. malas hendak kacau moodnya. jadi aku kisahkan pada syafiq, kerana dia berada dalam carta di bawah nama wani dalam kategori "paling rapat dalam dunia aku" buat masa ini.

aku:
aku bentan. kena tebuk balik. sakit macam babi.

syafiq:
aku dah cakap. kau lasak sgt masa 3venus. ko degil.

aku:
bukan aa. dah nak jadi.

tapi,
kalau betul la aku mati masa berpuisi, pergh.
agung.

syafiq:
bodoh.
tapi betul.

---

hahaha.
kalau aku buat lawak tu kat wani, komfem kena ketuk.
kikikiki.
aku suka dikeliling orang yang faham maksud aku.
:)


ps:
sebelum dikritik, baik aku cakap ni--
ye. aku lagi suka mati atas sejadah. ok.
move on.

chill la.

ps (lagi):
siapa rindu saya, senyum sorang2 sekarang.
ngee.
ecececece.

minggu depan jumpa lagi.
hari ni nasib je dapat internet.