Saturday, January 31, 2009

kasihan kekasih

malam tadi.
tri petik gitar yang aku beli untuk dia.

lama sangat dia tak usik arjuna, gitar belang kuning itu. dan bila aku hendak main sama seni, guitarlele yang dia beri aku, dia akan buat tidak tahu.

macam musik sudah mula pudar dari dia.

aku sedih.
runtun.
rasa haus.
gumam.

melihat tri tanpa musiknya, seperti membiar ikan berenang cetek.
atau lebih tepat, semacam sekadar merenung helang diikat kaki.
bukan niat hendak mengejam, tapi keterbatasan memijak tekak dari bersuara.

maka bagaimana hendak aku bisikkan pada dia yang aku rindu sama bunyi2nya, yang aku laparkan gemersik suara dia menderai malam2 seperti dulu2, aku sesungguhnya tidak tahu.

dunia sudah minum dia sampai kering.
yang aku ini terpaksa berebut2 untuk meneguk dia.
kasihan benar, wahai kekasih beta.
keji benar sekalian maya dan raga.

dan ketika tadi malamnya yang dia terbangkan jari2nya membuih perca frekuensi yang bersatu menjadi satu bunyi yang terpilu, aku sebak.

lama benar dia berjauh dari dirinya sendiri.
semenjak beberapa tempoh, dia pulang dan terus tumbang.
sedar2 pagi, aku dijamah di dahi dan terus ditinggal pergi.

begitu setiap bermula hari.

subuh perit disapa.
kemudian aku dikucup di kepala.
kembali, aku ke kamar.
dia keluar seperti camar.
di terang siang dia pulang.
menyelinap di celah ruang.
menyondol gesel mencari selesa.
dikejut semula, balik mengerja.

aduhai.
sama2, di setiap pagi jam 2, kami patah ke asal mula.

kasihan sekali sama tri.
:(

tentakel tangannya langsung tidak diperhati. mata hitamnya cuma lekat pada mata aku. bibir kami tidak ada kudrat untuk menyampai apa2.

kalaulah aku bisa menyedut penat dia.
tapi aku cuma mampu memandang mengusap sahaja.
aku rasa tewas.
aku rasa tidak ada daya.

aku semata memandang dengan sejuta rasa.

dia sedang memujuk.
seperti terpukau, aku angguk.

airmata yang meleleh aku biarkan dengan cuai. tangan aku lumpuhkan, maka tubuhnya yang aku topangkan dagu ini menerima dengan redha setiap titisnya.

mungkin, cuma mungkin,
kerana itu dia sudi membuka lagunya.

"
kenapa kau menangis.
kenapa kau bersedih.
kesatkan air mata.
aku masih yang sama.

kenapa kau menangis.
kenapa kau bersedih.
janganlah kau sayu.
aku tetap yang dulu.
"

*diam*

malam tadi tidur aku semacam nyenyaknya.
ikan itu seperti sudah lepas ke laut cina.
helang itu seperti sudah tinggi ke awan sana.

maka begitu juga jiwa saya.

*senyum*

pagi dikejutkan suami yang baru pulang dari pasar.
rutin dia sehari2.
ada dibeli sekali makanan debot.

aku gegas ke dapur untuk kebiasaan telur separuh masak madunya.
terpandang tri yang sedang baring melihat debot sedang membaham bintil2 perasa tuna itu.
aku senyum melihat mereka.

"science plan mmg bagus tau yang. dia jadi pandai."

secepat kilat, tri mencantas aku.
"ye ke?"
memandang debot:
"ni brape?"
(menunjukkan jari dua pada debot)

lihat bagaimana musik memberi nyawa pada dia.
:)


mati aku kalau tri tahu aku upload gambar ini.
dia benci sebab dia nampak begitu gay.

rugi kalau kau tak pernah lihat gelak dia.
ramai ckp dia punya gelak jujur.
(meski pun aku rasa mereka berkias nak ckp dia ketawa tak cover)

oh by the way,
redang. tunggu kami sekali lagi.

ini kali,
dua geng aa.

geng samseng cheras

geng pailang kota

aku harap tri kembali elektris.
sebab dia memang ikan di laut lepas.
dermaga, air dan ombak besar adalah jiwa dia.

dunia,
jgn ratah lagi suami aku.
kasihan dia.

ya?

Tuesday, January 27, 2009

tercas semula

seperti mana hero2 dalam filem,
dia muncul bila diperlukan.
tidak cepat.
tidak lambat.
tepat pada masanya.

nyawa aku yang mengering, jadi gagah selepas diberi minum kasih ayahanda.

ternyata,
aku masih lagi daddy's little girl.

*senyum*
pelukan adalah cara mengecas paling sempurna.
cubalah.

"adam western -- baguuuuuss..."
hahaha.

"saya menang motor. terima kasih lasinda cafe"
dia bukan ibu tiri.
dia sahabat karib.

rombongan pak din ke kuala lumpur.
ye, kami mmg orang kampung.

tapi kami bahagia.
tak macam orang lain.

tri.
penguat semangat hari2.

compaq.
penyambung suara hari.
(tunggu hari je aku nak tukar kau untuk apple)
nasib baik aku tengah saving duit.

bawang putih.
senjata rahsia aku.

mungkin kerana itu aku tak boleh jadi vampire.
chiss.

oh ya. inilah dia anak manja aku yang terbaru.
tapi dia lebih rapat dengan wan.
sebab wan takde cucu.
maka dia jadi mangsa kena timang hari2.

serius.
SETIAP MASA wan dia akan timang.
kesian.
aku rasa dia dah mula mempersoalkan jatidiri dia.

apakah dia anak kucing atau pun anak orang.

terima kasih, zana.
terima kasih kerana sudi beri kak fynn budak baju oren ni.
perangainya sebiji dengan damien dulu.
cuma dia gemuk.
:)

tengok la.
ni belum sampai 5 bulan lagi ni umur dia.
aku ada plan nak jadikan dia kucing obese.
tapi dia tak minat makan.
benci betul.

ini masa aku cerita satu lawak pada debot.

pasal orang yang kata siapa yang hidup dengan aku mesti mati.

macam damien. macam baby dalam perut.
aku cerita kat dia, ye lah. mana tau lepas ni dia mati.

debot gelak je.
dia kata, lepas ni sembahyang menghadap muka orang tu ke?

aku senyum je.
binatang pun tahu ajal maut tangan tuhan.
hish.
apa la aku nak tersentak gertak org camtu.

kemudian debot senyum.
dia kata, "manusia, mami. biasalah"

aku lega juga.
nasib lah ada kucing yang boleh bercakap.
walau pun cuma dalam kepala aku.
okay apa.

tuhan itu selalu ada cerita untuk aku.
tengok. aku dapat anak lagi.

terima kasih, zana.

terima kasih.
sebab sudi pinjamkan bahagia ini utk kakak.

terima kasih, debot.
terima kasih sebab sudi berlama2 dengan mami.

dan ini seorang lagi nyawa aku.
ilham.

hari2 yang buat aku semangat utk kerja.
dialah ni.

bukan. ni bukan anak aku.
kalau lah...

anak orang.
tapi tak salah kalau aku anggap anak sendiri.

dan tak salah juga kalau dia anggap aku bunda sendiri, kan..?


kadang2, tak semua orang tuhan jadikan mampu utk punya anak dari dalam tubuh.
tidak apa.
mana2 anak yang tidak ada sesiapa, boleh jadi milik aku.
sebagaimana aku milik mereka2.
aku redha.

dan kalau kau tahu sesiapa yang tidak mahu anaknya,
jangan dibuang.
jangan jadi binatang.

sini, beri pada bunda.

oh, hidup terlalu cantik utk dilokekkan.
good things are best shared, tau.

laa takhaaf.
wa laa tahzan.
Allah ma 'a na.

aku makin tenang, syukur.
dan positiviti ini aku kreditasikan untuk abah.

abah.

*diam*

"malam tadi masa tidur rumah along, terasa betul awak dah tak ada"
aku diam. aku cuma mampu gosok peha abah, lalu dengan sengaja melentokkan leher ke bahu dia.

"lepas ni achik pulak..."
abah dah mula mengesat2 airmata. mata aku sudah macam sup tumpah. tiada makna aku seka2kan.

tetap, aku berdiam.
layu.

mungkin belum cukup habis derai sayu hati di meja makan kedai aku ketika itu, yang aku simpankan bakinya dan hamburkan ketika memeluk dia mungucap selamat jalan semalam.

"haih... dahla. apa nangis ni..."
(cuba meleraikan rangkul aku yang gagah)
"kejap, bah...."
(makin mengerat kunci jemari).

abah renggangkan aku dari tubuh dia.
aku tidak kecil hati langsung.
malah makin aku rasa cintanya.

dia menolak, dengan kuasa yang tidak mungkin mematahkan pohon semalu sekali pun.
aku tahu, dalam hatinya juga, dia bilang "kejap..."

aku tahu.
aku rasa.

tuhan.
aku bahagia sekali.

Sunday, January 25, 2009

ha. ha. ha.

mungkin ini cuma aku, tapi bagi aku, lawak yang paling hebat adalah lawak ganas.

1) muka mesti kering
2) lawak adalah berdasarkan "katakan hak, meski pun perit"

sebab itu aku pernah tulis dulu2, lawak sebenarnya adalah paling kurang pun mesti ada 40 % kebenaran.
dan kebenaran itu wajib difahami secara universal.

maksud aku, kalau kau ada kawan dari sabah, dan kau bikin lawak tentang adat pepatih. dia takkan gelak kalau dia tak pernah dengar langsung pasal tatacara hidup orang nogori.

orang takkan gelak.

atau kau ada kawan nama ali yang ada kutil di ibu jari kaki. kemudian kau katakan pada raju yang haram tak kenal siapa itu ali:

"selipar cam ni ali je bole pakai" (kau dah gelak macam orang gila)
"ali tu sapa?" (raju dah tak paham)
"member aku. dia ada kutil kat kaki." (dah mula pudar kelakarnya. kalaulah ada kawan yang kenal ali kat situ, mesti best)
"kenapa dengan dia?" (raju cuba hendak memahami apa cerita)
"kutil" (dah sikit2 rasa pahit)
"kutil tu apa?" (dapat pulak dia ni memang jujur nak tahu)

lalu 30 minit seterusnya akan jadi sesi penerangan.
dari kelakar, terus bosan.

masih, takkan ada orang gelak.
kenapa?

aku hendak buka mata kita2. bandingkan 'raja lawak' di astro 105 prima, dengan 'last comic standing' di astro 711 star channel. sedih. sangat sedih.

pelawak kita, perlu pakai baju2 badut. mesti guling2. wajib ada aksi terjelepuk.
lagi juih bibir tu, lagi kelakar.
lagi hodoh dan macam muka katak rempit tu, lagi gempak.
sebab bila dengan muka toye begitu, cakap apa pun, memang cara.
"cayalah!!!!!"

pelawak luar, pakai seluar simple. baju simple.
kadang2 pakai tuksedo. punyalah hendak tunjuk keseriusan dia itu.
muka flat. derkk je dengan riak mampos-kau-la-nak-terasa.
lagi jujur jenaka dia, lagi best.
siap dapat tepukan tangan sambil berdiri: gestur "anda hebat" di budaya orang atasan.

malangnya, mereka berbahasa inggeris.
lalu apa yang mereka sampaikan, kita tak dapat tangkap.
"amende ko cakap tu, setan?"

tapi bukan orang kita sahaja yang begitu.
ada juga orang2 luar yang ketagih lawak yang begitu.

itu sebab rowan atkinson macam ada split personality.
utk penonton berminda rendah, dia pamerkan mr bean.
untuk penonton yang lebih berakal, dia bikin stand up comedy brutalnya.

tak percaya?
youtube berlambak.

he studied in the same room with tony blair.
what do you expect?
lawak kampung jijan semata2?

charlie chaplin.
siapa yang kata dia cuma seorang badut?
sini aku beritahu.
itu cuma lakonan semata2.
dia seorang yang begitu serius, sebenarnya.

okay.
di sini, aku hendak berikan secebis fikiran aku.

what it takes to be great.
a great performer.
a great lawyer.
a great singer.
a great lover.

anything great.

sacrifice.
pengorbanan.

untuk menjadi agung,
kau perlu korbankan jiwa engkau.

bohonglah professionalism akan bawa kau jauh merentas masa.
cuba kau lihat org2 hebat, semua ada kes dalam kepala.
anak mati la. isteri bunuh diri la. bapak mak nyah la. hidup dalam gelap la.
macam2.

sebab orang yang tidak malu mempamer jiwa, menyuntik rasa, adalah orang2 soulful.
keagungan meletakkan jiwa sebagai harganya.
lebih banyak jiwa yang terlibat, lebih bagus.

tapi janganlah sengaja saiko demi mencari identiti 'art' kau.
itu bangang.

apa makna meletakkan 'jiwa' dalam sesuatu?
mudah.
memberi that extra edge, atau tambahan elemen kick.

harus ada passion.

dan kalau buta2 suka, tanpa mengorbankan jiwa untuk mengetahui the art of your field, itu namanya pembaziran masa. kau perlu serahkan sebahagian (kalau tidak seluruh) minda utk kehendak kau.

kenapa kau rasa perumpamaan 'knowledge is power' itu sesuatu yang dipegang ramai orang?
ilmu itu benar2 satu kuasa.
sakti.

mcm ross gellar dari friends, yang berfantasi hendak menjadi superhero yang punya superpower bukan menembus dinding, bukan juga terbang ke langit. tapi sentiasa haus dengan ilmu.

dari segi kutipan panggung, pasti tidak akan menarik sesiapa.
tapi kalau difikirkan, bila sudah bijak pandai, pasti akan ada cara menembus dinding dan terbang ke langit.
kan?

kembali ke diskusi awalnya yang telah jauh aku selewengkan ini,
aku bukan memuji semata2 jenaka orang putih.
aku bukan mengeji semata2 lawak orang melayu.
hey, aku tak buta sama sekali. lawak cerita hindi pun lebih jahanam dari kita.
(atau rasanya ada banyak similariti)

kita ada afdhlin. harith. walaupun ada masanya terjengkel juga. tapi okaylah.
yang aku mmg tabik, adlin aman ramlie.
badul, abang tirinya, pun ada masanya yang memang wow.
sama dengan arwah bapak mereka si tompel.

muka kering saja bila menganjing orang.

nabil? kira boleh lagi berbanding si johan yang aku nak baling kasut tiap2 kali aku dengar suara dia. itu mmg pure annoyance. (mungkin aku terpengaruh jijknya dengan rambut straighten dia itu).

aku ingat lagi arwah yusni jaafar naik pentas memakai baju bayi berwarna merah jambu, siap dengan reben besar ala minnie mouse.

aku juga masih ingat hamid gurkha di roda impian meminta halim othman "huruf F untuk maaf". lebih aku tak boleh lupa, halim dah cuba betulkan "F ke M, pak amid?", dan dia tetap blur, mengulang "F untuk maaf".

aku tadi lihat gelanggang raja lawak yang bertemakan 'alien'. lebih separuh memakai kostum (kebanyakannya baju alien), ada yang pakai baju nenek kebayan.

kenapa? kenapa? kenapa?
kenapa pelawak kita perlu buat sketsa tingkatan lima?

serius.
kalau kau buat sketsa begitu di sekolah aku dulu, alamatnya memang kau takkan hendak sekolah di esok harinya. malah sampai bila2!

seseorang yang rapat pernah bilang sama aku dulu,
life is like economy.
it's all about demands and supply.

selagi ada yang hendak, selagi itu akan ada yang memberi.

marilah kawan2.
mari mula memilih.

russel peters.
tak best macam johan dan zizan?
okay.

kalau kau rasa itu tak sekelakar jozan di astro (siaran mana aku tak ingat) itu, maknanya kau memang antara yang pasti akan tepuk tangan kuat2 utk sifu & tongga.

hmm...

Saturday, January 24, 2009

buku merah, pos laju dan lata mageshkar

ttg buku merah.
aku tak faham kenapa masih ramai yang belum dapat.

apa masalah dgn pos laju,
tuhan saja tahu.
tapi boleh tahan rugi berbanding untung.
sudahlah buku harga kos.
kenapalah pos laju berniat hendak perah duit rakyat neh.

pos laju pun tidak sampai.
aku dah mula mempersoal duit2 derma yang entah tiba entah tidak.
kan?

amanah bukan barang buat main.
baik duit zakat, duit derma, waima barang yang kita bayar utk sampai.

pfft!!

tapi ada juga yang email saya katakan ada kawan mereka yang dah terima, tapi ckp belum dapat. (batch buku merah sebelum ini)
yang memaksa saya pos lagi.
okay.

takkan nak marah kamu-yang-ckp-buku-masih-tak-sampai. apa bukti saya, kan?
berseronoklah sama buku itu.

baik curi dari saya, dari merembat buku di MPH.
kan?

minta sangat fikir keadaan saya ye?

sungguh, kalau betul2 hendak, fotokopi saja.
saya mmg tidak marah.
bukan saya ini natasha hudson yang menjual seninya di kertas2 minyak mahal, siap dengan gambar2 cantik bertema puisi itu.

buku itu cuma tulisan picisan seorang fynn jamal.
haih...

pada sesiapa yang masih hendak, pesan pada sesiapa yang akan ke tapak performasi saya, atau yang akan ke kedai saya, atau yang akan berjumpa wajah bertemu muka sama saya:
ambil pakai tangan la ye. lebih mudah.

saya sudah serik hendak pos buku.

sudah di pos laju:
1) ain fatehah
2) aizzah ishak (siap dgn wang pulang rm 5)
3) amal hakimah
4) amy fahmi
5) anyzz
6) bbee hasib
7) bulan
8) cieri
9) dir kheizmein
10) dirt 1012
11) eiya ibrahim
12) farah azzyati
13) farah nabilah
14) hana meriambuluh
15) illy khairunnisha
16) mentallystoned
17) mint
18) naem ismail
19) noor rafidah
20) norazura
21) noriza najib
22) nur suhana (siap dgn wang pulang rm 5)
23) nurul adlina (cik yin)
24) shadya shabella
25) siti amilah (siap dgn wang pulang rm 5)
26) wynn suhaimi
27) zan zahidah
28) zeelawati

calon menunggu (isnin baru masuk sistem):
1) azreen salfina
2) farah yasin
3) najwa hussin
4) julia mat hadiah
5) nur latifah
6) fateen amirah
7) miso

sudah dipos laju tapi masih belum terima:
minta konfermasi:

1) loshy

siapa yang tidak ada dalam senarai, harap khabarkan ya!

eh.. ini bukan entri marah.
cuma saya naik segan la sama mereka yang masih menunggu.
maaf sangat, ya.

maaf tentang pejabat pos.
maaf tentang lap top sakit.

apa pun,
pada sesiapa yang ada masalah, email sepantas mungkin okay?
pasni smua buat macam fara dan beberapa lagi.
datang by hand.
settle.

boleh makan kat kedai lak tu.
wuhuhuhu.

kan amy dan meng?
kan?
kan?

ps: sori sbb smlm kalian dtg ketika kak anna dan kak eemang dtg. tak dapat nak entertain kalian. lain kali dtg lagi ok? soriiiiiiiiii sgt.

oh ya.

30 januari ini:
layar tanchap shah alam.
di galeri seni.
ye. taman di tepi tasik itu.

7 februari ini:
maskara.
di rumah pena.
ye. dekat dengan restoran tupai2 di sekitar dewan bahasa pustaka.

tri takkan ada.
kerja.
:(

myo tongkat masih di switzerland.
masters.
:(

susah jadi buta instrumen ni.
haih.
sapa nak memberi nyawa musik utk aku?
ada sesiapa di sini yang sudi?
:)

lama tak freestyle.
apakah aku masih ada sentuhan ajaib itu?
aku rasa benarlah kata lata mageshkar yang masih kekal dara sampai sekarang.

"i will never marry.
i will have my voice as long as i have my virginity"

tak dapek aa den nak nolong eh.
aku rela hilang seni.

:)
kikikikiki

Wednesday, January 21, 2009

rindu paling ke langit


-abah, nak peluk abah.
baliklah.

-ok. angah balik minggu ni.
fitri mana?

-dia kena kerja.
jadi jangan balik.

-tapi dia kasi.
jangan ke mana2 tanpa fitri.

-abah... fitri kasi angah balik sorang.
jangan balik kalau sorang.

-tapi dia kasi. dah tanya.
kalau dia kasi pun, tak usah. tempat awak kat sebelah suami.

-tapi angah rindu abah...
fitri nak ikut awak balik, kan?

-ha ah...
tapi awak tak kasi, kan?

-ha ah... sebab kedai baru bukak. siapa nak jaga.
haaa... betul la tu. kata nak jadi isteri solehah... fikir suami dulu, okay?

-hmmm... *dah sesak nafas menghiba di telefon*


--------------------------

angah rindu peluk abah.
angah rindu bau abah.
angah rindu cium pipi abah.
angah rindu ketawa sama abah.

kalaulah angah tahu begini sekali rasanya rindu pada abah, mesti dari dulu angah pindah balik johor. sebab dok ke 'el mahal. nak ulang alik, mahu tercabut lutut. sekarang dok nilai. dah mula kerja. kerja pun bukan ada cuti macam pejabat.

tapi abah memang yang paling baik hati. tak pernah kasi angah susah2 diri. cukup telefon sekali sekala.

tapi bah... dengar suara semata2, tak puas macam cium kulit abah antara telinga dengan leher abah tu. rasanya lain. wanginya lain...

abah... kasilah angah balik...
angah dah bukan daddy's little girl ke?
:(

Tuesday, January 20, 2009

sedikit kenangan lama


memang benar kata orang, kalau sudah rindu, tatap gambar boleh nampak bergerak.
aku benar2 rindu sama kawan2 dulu2.
sama2 hampeh.
sama2 haprak.

:)

dengar kata mike dah nak masuk meminang si yanti.
ezane dah makin hot, fatin cakap.
ira nampak happy dua tiga menjak ni.
didi telefon itu hari. sebak jantung. teringat zaman sama2 ranap, menangis depan tv berdua. hahaha.
arm dah rasa nikmat beristeri eeman.
acha dgn che mie masih nak kasi aku air free tak ek?
wok dgn lynn tak dapat update. lama tak contact.



punyalah kami riuh masa hari tu, achik sampai merajuk. dia kata aku lagi rapat sama kawan2 berbanding dia. nasib baik ada bangah dia yang baik hati, sanggup buat muka tebal pujuk adik aku. perasaan dia je lebih.

alang2 jiwa aku yang tengah melankoli ini, aku selitkan sekali potrait aku ketika sudah dihalalkan. seronok sangat ada suami. sangat bahagia. sebab aku ikut kata ibu suatu masa dahulu:


cintai orang yang cinta kita.

sebab kita perempuan, dan hati kita tidak mahu apa2 selain rasa dicinta.

cuma mungkin sudah rezeki aku utk dapat suami yang gemar mengusik.
dan ketawa sememangnya kunci kepada hati aku.

ada orang kata kesian sama aku kahwin tidak ada pelamin, tidak ada hiasan bilik.

tapi hiaslah macammana pun, bahagia itu dari lubuk jiwa, kan?
:)

biarkanlah kalau aku kata ini agung.
sebab ini milik aku.

*senyum*


tuhan,
kau lebih tahu.

Monday, January 19, 2009

tak perlu tajuknya

aku tidak langsung berminat hendak membuat entri klise ttg sebutan perkataan maaf dari bibir anjing tidak berhati perut itu. sebab selagi dia bukan seorang islam, dia tidak akan dilabel terrorist.

lalu dia tidak mungkin dimatikan seperti seorang saddam.

dan aku juga tidak mampu lagi untuk mendengar debat untuk memboikot. sebab aku setuju memulaukan produk akan memberi kesan (kalau pun tidak banyak) kepada anjing2 itu. tapi aku juga ada dua tiga teman yang bekerja di starbucks, dan tanpa sijil yang wajib, mereka tidak dapat kerja hebat yang cuma datang ke pejabat semata2 untuk bermain internet.

lalu siapa yang mampu, boikot. siapa yang tak mampu, cuba.

sebab kalau negara berjiran mereka, yang terlalu karib dengan kisah2 perang rasul kita dahulu pun boleh pejam mata, apa lagi negara kita yang terlalu jauh dan masih merasakan semua itu tidak ada kena mengena dengan boleh-land ini.

ada yang masih blur apa makna gencatan senjata.
sejujurnya, aku dah mula rasa lemah dengan orang2 kita.

nak blog apa kalau setiap kali aku hendak menulis tentang sesuatu selain gaza, hamas dan yahudi, aku rasa serba salah.
nak menaip macammana kalau pilihan perkataan aku hari2 pasti israel sial, israel babi, israel anjing, israel sampah.

dan aku makin jijik dengan diri sendiri kerana kita masih tidak mampu membenci adam sandler, system of a down, jack black dan shia laBeouf. bukan sebab nak buta2 benci semata2 mereka itu yahudi, tapi sebab mereka sudah banyak kali melawakkan islam dalam dialog karektor / lirik mereka.

kau google senarai artis yahudi, dan jangan buat muka pelik bila nama yang kau minat ada di situ.

fak aa.
kita dah lama kalah sebenarnya!

ehud jahanam pun bilang, apa yang mereka capai setakat ini sudah terlalu berlebih2. sudah melepasi target mereka. sudah cukup best.

malu, kan?

tapi feedback dari hamas memang aku salut dengan tepuk tangan sambil berdiri. dengan gagah dan penuh yakin dirangkul allah, kita tidak takut utk mati, katanya. dan zionis sebenarnya gagal, kerana mereka cuma mampu membaham anak2 kecil bersama bunda2nya.

askar2 saudara seagama kita masih ramai sedang bersedia menyerah nyawa.

maka apa tunggu lagi, ambil potato chips dan coca-cola kamu, skrukan punggung di tempat duduk dan nantikan keputusan perbalahan ini. tontonkan sekadar di berita, yang itu pun kau lihat ketika iklan juara lagu di udara.

jangan lupa untuk alih pantas2, ya!
takut ada mana2 bahagian juara lagu yang kau mungkin cicir.

argh.
susah.

kadang2 aku rasa serba salah di kedai.

berbual2 sama tri.
kemas barang dengan adam.
kopek bawang sama bunda ilham.
melayan adik2 yang datang.

berdosakah aku, tuhan, bila aku tidak ada mampu untuk berada di sana?
bersama2 membantu menanak nasi untuk si kerdil yang lapar itu.
bersama2 menyusun jasad mereka yang kau ambil utk duduk di sebelahmu.
bersama2 melaung adanya tuhan utk bersama2 mereka.

tapi aku di sini.
duduk.
di kedai.

*diam*

apakah aku ini sama sahaja dengan mereka2 yang bersila di depan kerusi dengan remote di tangan mengalih2 siaran?

meski pun aku pangkahkan coca cola dan mcdonalds, marahkan tuhan pada air milo yang aku bancuhkan pada mereka yang hendak meneguk air itu?

apakah aku ini persis anjing yang cuma menyalak, bilamana bukit2 itu akan terus teguh, dan salakan itu cuma klise "gung gung gung" semata2?

di mati aku nanti, apakah benar ada sesuatu yang telah aku bikin, yang memberi bantu pada apa2 kejadian ini?

*sebak*

tuhan... janganlah kau izin aku menyiksa diri aku untuk sesuatu yang terlalu indah ini, wahai kekasih. bantu aku untuk tidak memporakkan hidup aku, demi mengejar sesuatu yang belum lagi mampu untuk aku.

*diam lagi*

kenapa aku masih mampu utk ketawa.
kenapa aku sayu cuma di tertentu2 ketika.


aku ini muslim apa...

Friday, January 16, 2009

tertinggal zaman itu aku

aku kuno, agaknya.
aku tak boleh terima fesyen over-the-top pemenang gadis melayu di tv9 malam tadi.

aku dan adam yang sedang khusyu' melihat orang2 amerika memalukan diri dalam ujibakat idol tiba2 diminta anak2 usim untuk mengalih siaran.
customers are always right.
no matter how ridiculous i find that show is.

(but then again, sama bongoknya dengan pertandingan undian yang aku sedang tengok, tapi sekurang2nya menonton american idol boleh buat aku gelak sakan kerana kagum dengan yakin diri mereka2 yang terlalu, oh wow, hebat)

namun mata aku agak terbuka juga bila aku tonton seminit pertama pencarian gadis melayu itu. "eh, lebih kelakar dari american idol, rupanya!"

memandangkan aku cuma dapat ikutkan ketika nama gadis melayuu terakhir itu hendak diumumkan, yang dapat aku perhatikan cuma satu: fesyen yang diperaga.

dan sejujurnya, aku rasa kelakar.

sebelum pergi jauh, aku tekankan sekali lagi. aku ini ada nisbah yang tinggi untuk jatuh ke kategori kuno.

tapi tolong faham masalah aku:

1) bajunya ala2 baby doll (ketat ke betul2 paras habis jatuhnya dada, disambung dengan kain2 dan renda2 berlisu paras lutut)

2) baju / doll dress itu dipotong serong ke depan (kiri kanan labuh lutut, bahagian depannya dibuang dari betul2 bawah kelengkang)

3) pasangan baju itu adalah selwar (potongan seluar ketat punjabi, atau nama modennya skinny), sedondon dengan warna material di dadanya.

apa kena sama aku?!

entah.
dari dahulu aku memang belum reti untuk setuju sama fesyen melayu / fesyen bertudung yang media paparkan.

aku minta ampun kalau aku katakan yang aku memang tidak dapat berkenan sama tudung siti nurhaliza. sori, saniboey. *senyum*

aku juga benci bila datang musim perayaan melayu/islam di malaysia, bila artis2 kita pakai tudung demi untuk menepati konsep musim itu.

aku takkan hilangkan anti aku pada deja moss kerana aku tonton melodi raya tahun bila dulu yang dia baru lepas pulang dari haji. dia bikin penyataan, yang bagi aku, terlalu bongkak:

"pada artis2 yang nak pergi haji tapi takut, sebab orang cakap kat sana kita kena balas. pergi jekkk. derang bohong je tu. saya pergi okay je"

*ow-kay*
wutever.

fesyen2 yang walau pun bertutup rambutnya itu, bagi aku masih belum boleh kita katakan betul.

sopan, mungkin.
itu patut diberi pujian.
sekurang2nya mereka tidak seperti farah dhiya yang dengan bangga memakai mikro mini skirt di siaran drama keluarga di tv3.

tapi aku bukan hendak bebel tentang itu.

entri ini adalah untuk mempersoal apa masalah aku yang tidak boleh terima pemakaian tudung selari sama fesyen.

aku kuno, kan?

tudung, bagi aku, lebih cantik diturunkan. kalau ada yang dipaku ke belakang kepala pun, biarkan sedikit untuk menutup dada. bagi aku, itu cantik. sebab pakainya menepati niatnya.

dan memakai hijab dikahwinkan sama fesyen indie -- sangat tidak sesuai.

ada seorang gadis itu, aku lihat memakai fesyen goth (stokin belang2 hitam putih, kerongsang riben berenda putih, celak hitam) sama tudung -- aku rasa hendak pergi padanya dan goncang lehernya.

atau memakai dress seksi dipadankan dengan tee ketat (yang biasa kita pakai di bawah tee lengan tidak panjang) sama skinny -- macam tidak kena lah.

op. jangan marah2 dulu.
aku pun baru saja menulis tentang 'tidak cukup' kelmarin.
dan aku bukan di sini untuk marah2 atau mengunjuk2.

ini cuma berbual sama hati aku, dan mana tahu, ada yang sudi setuju.

aku menulis begini supaya aku tidak melakukan itu2 semua. dan contoh2 yang aku bangkitkan pun semuanya dari zaman aku yang masih belum bertudung. syukur alhamdulillah, sejak di nilai, aku sudah kurang mempeduli busana terkini.

tapi kalau fikirkan semula, dari dahulu pun, aku gemar bikin gaya sendiri.
tidak pernah pula aku dapat cegil beliak mata orang kiri kanan.
(melainkan aku ada masanya terlihat sangat mendedah dek tubuh yang bukan sekeping)

fesyen itu adalah bila kita tidak terlalu memaksa diri.

dan aku berani namakan fashionista pada shuz, aoki, dewi, enot dan beberapa lagi, yang sentiasa 'kena' dalam apa saja. kalau yang bertudung, susah hendak aku fikirkan (dari malaysia). tapi perempuan yang melakonkan watak isteri pertama dalam sinetron 'isteri untuk suamiku' itu nampak indah dengan hijabnya.

the suckiest part it, they NEVER tried THAT hard.

kalau top dah sarat, seluar / skirt / kain biar rilek sikit.
kalau seluar / skirt / kain sudah buat statement, top biar simple.
kalau aksesori kat leher dah sekilo, jgn pakai anting2 labuh ke kaki.

keyakinan diri itu perlu, selari sama pengetahuan fesyen itu.
jangan yakin buta2, rupa2nya nampak macam udang atas kayu.

melainkan anda tahu apa anda buat, jangan berani jadi pelik.
sebab anda akan jadi macam badut2 di american idol.
okay?

eh kejap2.
aku baru teringat.
aku rasa ada seorang artis bertudung yang aku betul2 hormat.
noor kumalasari.

siapa yang tidak tahu, dia dahulu adalah pelakon / penyanyi yang sangat dikaitkan sama karektor2 berahi. filem dia MESTI ada scene randy dan kamar.
lihat di mana dia sekarang.

sejuk, kan?
:)

aku suka kalau org bertudung pakai baju2 macam ni:
http://www.hajaba.com.my

hijab = hajaba = untuk menutup.
motif tepat, aplikasi tepat.

kerana itu, aku harap tuhan ampunkan aku kerana meleweh2 memasang hijab.
aku benar2 mahu menghormatkan ia.
cuma ruginya, aku dah tangguhkan 26 tahun.

kau jangan jadi macam aku.
kita semua tak tahu bila kita nak mati.

*diam*

aku dah cakap.
aku kuno.

Wednesday, January 14, 2009

tidak cukup

tidak cukup.

1) sudah ada genap rm 500 dalam dompet. hari ini hari terakhir jualan promosi sesuatu yang kamu suka itu. harganya rm 550. kebetulan tidak ada sesiapa yang ada / sudi / berani berikan rm 50 untuk kamu pakai dahulu, meski pun kamu bermatian bersumpah memegang quran akan melunaskannya sebelum seminggu.

kamu sekadar berdiri di depan kaca dengan perasaan sayu.
tidak cukup sekeping lima puluh itu.

2) abah paksa kamu pulang ke kampus. bunda kamu semakin pulih, nampak gayanya. dan seberat mana pun hati, kamu paksakan utk kembali. sampai di bilik asrama, abah telefon. bunda meninggal dunia.

kamu sekadar terduduk dan terdiam semua bicara.
tidak cukup sehari, kalaulah kamu tidak dengar katanya.

3) sudah begitu bersedia untuk periksa kebangsaan. sejak kamu sempat berfikir, tiada tempat lain hendak kamu lanjutkan mendalami ilmu, selain di universiti itu, sama tempatnya dengan ibubapa kamu suatu masa dulu. kertas perperiksaan pun tidak terlalu susah. tapi entah kenapa, di tangan kamu ada deretan huruf yang ada satu sompeknya.

kamu sekadar terpinga dan tidak percaya.
tidak cukup satu A untuk ke tempat prestij di luar negara.

sakit.
sakit kerana yang tidak cukup cuma sedikit.
tapi perasaan yang timbul dalam benak bukan sakit.
itu tidak tepat.

tapi 'ralat'.
mungkin itu juga yang aku rasa sekarang ini.

cukup.
apa makna cukup?

kalau dari konteks mengisi ruang, boleh juga kita ukur dengan kepenuhan, dengan kepadatan molekul2 yang mencipta figura.

letak cawan, isi air.
sedikit, banyak, penuh, melimpah.

letak bakul, isi baju.
sedikit, banyak, penuh, melimpah.

nampak.
jelas.
nyata.

tapi bagaimana hendak dikira sesuatu yang tidak fizikal; ttg sifat, seumpamannya, atau akal, juga ilmu.

tidak cukup bagus.
tidak cukup cantik.
tidak cukup berani.
tidak cukup baik.

*diam*

aku sedang mula membaca, dan menjadi seorang aku yang suka bertanya dan memberi fikiran penuh kritis, aku akan aktif bertanya.

kenapa orang tidak faham.

aku bukan mendakwah di puisitepijalan. aku tidak memaksa sesiapa melakukan apa2. di sini, aku bercerita.

aku tahu aku tidak akan pernah jadi cukup baik utk dirujuk. tidak pernah akan jadi cukup sempurna utk memanggil. dan tolong jangan berikan komen yang masih sama untuk kali ke seribu juta mengatakan aku ini seorang yang patut diidolakan, kerana ada orang di luar sana yang silap memahami siapa aku ini.

aku tidak cukup elok.

aku tidak marah.
tidak sedih.
tidak benci.
cuma ralat.

*diam*

ini adalah antara kebiasaan yang akan dialami kamu2 yang hendak berhijrah nanti. kamu akan didatangi anjing2 yang akan memperjelek hendak kamu ke arah keelokan. kamu juga akan dikunjungi manusia2 yang akan menyoal ingin kamu menetap di keelokan.

yang mana pada di antaranya, akan membikin engkau semakin ragu2 dan sedikit2 goyah.

pesan aku, kuatlah.
dan gagahlah.

kau mungkin tidak pernah cukup di mata orang,
tapi perkataan 'cukup' itu adalah ciptaan kita2 juga.
bagi tuhan, walau pun sedikit, asalkan ikhlas, sudah cukup cantik.

mungkin ada silap aku juga.
mungkin aku patut diamkan bila mana aku bersoal dan mahu bersuara tentang agama.
kerana siapa aku?

perempuan yang sekian lama berumah di celah gaung hitam nanah.
tiba2 hendak berkata2 akan sesuatu yang bukan haknya.

tapi...
bukankah islam ini milik kita bersama?
dan bukankah 'bersama' bermakna kita sama2?

mungkin cara aku yang terlalu lantang ini tidak islamik.
menegur perlu ada hemah.

1) mematutkan untuk dibunuh si adibah dulu (yang terang aku sudah tulis sebelum terkeluar di berita yang penulis blog itu bukan penulis asalnya) adalah salah.

2) memanggil 'anjing' pada yahudi itu (ketika aku kepilkan doa qunut nazilah tempoh hari) adalah salah.

3) mungkin aku tidak setenang kamu2 yang cukup dengan mendoakan, mungkin aku tidak sesabar itu bila datang perihal2 sedemikian.

maka maafkan aku.

benar.
senjata yang paling hebat milik kita para muslim, adalah doa.
benar.
siapa aku utk melaung juang, kerana benar katamu, aku tidak ada ilmu perang itu.
benar.
hadis2 yang kau tampal sekali tadi untuk aku renungkan tentang perlunya kita menjaga mulut dari menterlalu.
benar.

tapi pernah dengar tidak:
katakan hak, waima sesungguhnya pahit.

qul al haq,
walau kaana murra.

maaf lagi kerana aku tidak menjadi murni tatkala aku denguskan marah aku tentang isu2 yang aku lontar di sini. entahlah. aku memang begini, gemar membebel dan membising.

pernah dulu ketika fatin pakai tudung ala2 dara.com., cair juga telinganya mendengar soseh bibir aku.

"tudung, kalau nak pakai, biar elok2. bukan tutup rambut je, tin.", sambil mencubit fatin yang terkekeh.
"sori kakak!!!"
padahal aku ketika itu sedang pakai baju yang hanya menutup separuh bahu.
kerana bagi aku, kalau hendak pakai, biar kerana tujuannya. tertibnya, sempurnanya.

ingat tak, tin?
:)
kesian kamu.

aku juga sanggup putuskan persahabatan dengan seorang yang aku rasa begitu kagum dan terpesona pada asalnya, semata2 kerana pengakuan bangganya bukan lagi seorang islam di depan muka aku.

aku simpan cerita ini sudah lama. dan kalau aku sebutkan namanya, pasti setiap kamu yang rajin berada di sini akan kenal empunya diri itu.

bermula dengan sarapan beramai2 di suatu pagi.
seekor anjing kurap mula menghampir. aku bersedia bersila di atas kerusi.

satu2nya teman yang bukan islam di situ bertanya dengan nada hendak tahu.
"why do muslims fear dogs that much?"

lalu aku mula menerangkan yang kita bukan takut. cuma leceh hendak menyucikan diri bila tersentuh samanya. tambah pula tubuh ada kurap sedikit2. kalau terkena kulit, bukankah banyak kerja?

gadis cina itu diam sahaja.
masih tidak puas hati.

"there's so many rules and regulations in islam. too much"

aku tidak salahkan dia. kawan2 melayu islamnya bukan muslim contoh. bukan semata dia, aku pun dahulu, kelilingnya siapa?

meski aku haramkan diri dari memegang botol arak sekali pun, ada kawan2 aku yang mabuk minta aku hantar di dinihari.
meski aku tidak setuju tubuh aku dimamah dengan nafsu seorang teman perempuan, kawan2 gadis aku ketika rajin ke MMU dulu semuanya meniduri sesama sendiri.

*sedih kalau aku ingat semula*

namun bila si lelaki keparat itu membuka mulutnya waktu terpecahnya matahari siang itu, aku terus menggigil dengan marah.

"yep. too many, that made me realize, this religion is not for me"
lalu dia angkat tangannya seperti ada pistol di belakang, dan berkata dengan satu penyataan yang aku kira, dia fikir kelakar, kerana dia gelak kecil ketika melafazkan:

"hence, im no longer in this religion. im an atheist, now. im free from all this"

aku yang lancang ini terus meringankan bibir memangkah dia. aku pasti aku bukan sendirian dalam hal ini. engkau sudah terlalu bangsat, kawan.

sedih, kerana aku terbiar seorang.
lebih sedih, si bangsat itu, bersama gadis cina itu, seolah2 menang dan berjaya.

lewat sedikit di hari yang sama, seorang dua datang pada aku. "sekurang2nya engkau wakilkan kami".

aku senyum.
mungkin itu yang sepatutnya aku buat beberapa bulan dulu masa itu.
aku patut diam seperti mereka.
aku patut senyap dan keraskan kepala.

kerana orang seperti aku, yang masih tidak cukup, harus terus diamkan diri. dan biarkan yang lebih berwajib melakukan tugas mereka.

orang2 yang lebih layak, seperti OIC.
orang2 yang lebih berilmu, seperti ustaz2 yang sibuk memancing undi.

orang2 yang tidak cukup, kita ikut sahaja.

sebab tudung engkau tidak akan cukup labuh.
sebab jubah engkau tidak akan cukup sempurna.
sebab buku engkau tidak akan sebanyak dia.
sebab ilmu engkau tidak akan setinggi mereka.

sampai bila2.
sebab mereka sudah lebih dahulu dari engkau.
maka engkau tidak mungkin sempat untuk cukup.

seperti mereka2.

tuhan,
kuatkan saya.
terimalah saya.
ambillah saya.

walau sedikit,
engkau tidak berkira...

kan..?

Monday, January 12, 2009

aku benci maut dan yang seangkatan dengannya

maut.

bunyinya garang.
macam perkataan 'bangsat'.
atau 'laknat'.

cukup dengan sebutan, sudah terasa intonasinya.
menakutkan.

sebut maut, kita rasa serun.
rasa seram.

bagus.
sememangnya, takut pada kematian itu memang bagus.
namun pada lain orang, lain takutnya bila disebut perkataan 'maut'.

ada yang takut mati sebelum taubat.
ada yang takut mati dalam kafir.
ada yang takut mati dibunuh.
ada yang takut mati terbiar tepi jalan.
ada yang takut mati kemalangan.
ada yang takut mati dalam tidur.
ada yang takut selepas mati diheret ke jahanam.
ada yang takut selepas mati amalannya masih tidak cukup.
ada yang takut selepas mati terbongkar rahsia siapa dia.
ada yang takut selepas mati aibnya terselar.
ada yang takut selepas mati pasangannya jumpa kekasih baru.
ada yang takut selepas mati pasangannya pula mati.

macam2.

tapi hari ini aku bukan hendak berbual ttg mati, mahupun azab2 yang menanti.
belum lagi.

ilmu itu masih terlalu dalam, dan aku sesungguhnya bukan seseorang yang layak untuk mengupas perihal itu.

cuma aku hendak menegur sesuatu budaya industri hiburan kita, yang sudah semacam satu epidemik: 'konsep menginsafkan', yang secara jujurnya aku rasa lebih banyak menyasarkan berbanding membetulkan.

spesifiknya,
filem bade yang baru: Maut.

betul, lah. niat hendak menyedarkan masyarakat ttg kehanyiran ahli komuniti kita. memang bagus.
tapi tidak hendak fikir lebih jauh, kah?

perlu apa shot setengah inci jarak bibir lelaki dan perempuan itu?
untuk membuktikan professionaliti pelakon2 kita mewatakkan karektornya secara berkesan?

perlu apa shot pegang botol arak sebenar itu?
untuk menunjukkan originaliti satu scene, mengukuhkan alibi yang prop master melakukan kerjanya dengan efisyen dan hampir realistik?

aku sedih.

macam masa raya haji yang lepas, di tv berapa aku tidak ingat (yang penting siaran malaysia). ziana zain, pelakonnya. dan karektornya dikahwinkan sama lelaki bukan melayu, selalu gugur anak haram, dan anak yang ada cacat.

entah bagaimana (aku masih tidak ingat), koma. dan ketika dalam prasedar itu, dia didatangi mimpi2 disiksa kubur. disebat dipalu di neraka, dipaksa meminum besi cair, semua segala.

niat pencipta plot memang terpuji, aku harus berikan kreditasi untuk itu. tapi aku masih tidak faham kenapa orang kita masih perlukan scene2 begitu. sudut gambar di mana mereka bersosial suami isteri, melibatkan diri dengan orgy (seks beramai2), pegang botol JD, semua segala.

aduh...

seolahnya, tanpa visual itu, kita tidak mampu untuk fikir sendiri.
kita perlukan sangat sesuatu yang jelas dan nyata!

contoh, masa aku tonton jogho ('juara' dalam sebutan kelantan), arahan u-wei. aku macam orang gila teresak2 melihatkan perasaan normah damanhuri terluncur sekadar dari matanya, merasa sebal pada adlin aman ramli (yang ketika itu masih ada tanda lahir setompok di pipinya) dengan semata2 di kerlingan matanya.

yang menyakitkan hati aku adalah bila ada cik kak dan cik abang di kerusi depan aku bercakap kuat2 "citer hape ni? tak paham langsung. ee. memabazir duit betul".

mungkin orang sebegitu suka ketawa ketika hero seperti apek senario terjatuh dari motor lalu tersembam ke kaki heroin. sebab ia tak susah ditelan.

jatuh depan awek = malu besar
malu besar = ha.ha.ha.
ow-kay.

*diam*

susah hendak tulis tentang entri ini, bila mana aku ini bukan malaikat yang suci dan terpuji. tapi apa lagi yang boleh aku buat?

hendak dipukul, siapa yang patut terima?
hendak dimarah, pada siapa?
hanya menidakkan dalam hati.

dan sudah biasa, apa dalam hati, akan aku catatkan di puisitepijalan ini.
kerana itulah sahaja kemampuan aku.

aku rasa beruntung juga kerana sempat menjayakan hoppers.
walaupun ada sedikit sesal di sana sini, tapi aku rasa syukur kerana mereka bukan tradisionalis bila datang bab lakonan.

contohnya, scene aku dan bobo tidak perlu dilewehkan seperti slot2 samarenda tv3. tidak perlu terlanggar2 tangan, menyipu2 segala. cukup dengan pandangan mata, aku bilang, dan mereka okay sahaja.

kami beramai2 juga tidak lakonkan adegan2 tipikal remaja key ell yang setiap kali berjumpa akan berpeluk dan meluah rindu segala. walaupun itu sudah lumrah dipandang di tepi2 pedestrian walk di ikano, tidak perlu hoppers merealistik itu semua.

tetap, kami nampak rapat juga.

kami yang gadis2 tidak langsung diberi makeup artist, kami perlu tampil dengan muka sendiri, sebagaimana dipakai wajah ini sehari2. sekurang2nya logik.

memanglah jalan cerita sudah dirancang susun, tp aku berani katakan siapa yang kalian lihatkan di situ, di kaca tv kamu, adalah 70% diri sendiri.

tidak seperti rias muka nana dan awal ashari yang dimakeup dgn smokey eyes dan extension untuk menunjukkan ekstrim black metalnya.

yang kau bubuh tu make up goth la.
mana ada black metal pakai extension ala2 anak2 sekolahan di berjaya time square.
make up artist, tolong la research.

(by the way, sebenarnya hoppers di tv nampak pelik, kerana aktiviti 3-4 hari terpaksa dihenyak untuk slot 30 minit)

anyhow,
dear people of the industry, WE CAN DO IT.

kita boleh tidak terlalu taksub utk menunjukkan kita hebat dalam merealisasi satu ilusi. perkataan yang padat sudah cukup untuk memberi stimulasi minda penonton.

suami isteri tidak sewajibnya berlakon di dalam kamar, sebab mereka bukan suami isteri pada haknya.
anak dan ayah tidak semestinya bercium pipi di depan pintu rumah, sebab mereka bukan anak ayah pada realitinya.

ada yang mungkin setuju sama aku.
ada yang tidak.
terpulang.

sebanyak mana aku sukakan lakonan fauziah nawi, aku tetap tidak setuju tiap kali dia mengizinkan rosyam noor mencium wajahnya dengan keinsafan itu.

seasyik mana aku suka lakonan amani, aku tetap tidak faham kenapa dia asyik nak berpeluk sama piere andre dalam Cinta. watak2nya baru dua tiga hari berkenal. karektor amani bukan bohsia rempit, tapi budak perempuan mangsa cinta. logik, kau kata? ok. logik. tapi wajarkah?

sesebak mana aku gemarkan yasmin ahmad, tetap aku gelengkan kepala bila aku tonton rabun, sepet, gubra dan mukhsin bilamana keluar scene2 yang tidak relevan.

macam, pak atan berkain pelekat dan mak inom berkemban berjoget tango berdua, didehemkan kak yam, terus tercabut kain pelekat. yang tinggal seluar dalam pak atan.

apa itu?

mungkin benar ibu bapa yasmin ahmad seromantis itu. baguslah. ikut pengalaman pun, memang betul. aku dan tri ada masanya memang macam pak atan dan mak inom di scene atas katil itu, kerana aku rasa, semua suami isteri memang gunakan katil sebagai bilik mensyuarat. mudah untuk adegan pujuk rayu bila hendak sesuatu atau merajuk bila tidak disetuju.

tapi ida nerina dan harith iskandar itu siapa...?
perlukah?

daripada indah, terus jadi jijik.

filem maut ini, yang diwar2kan bade sebagai penuh dgn plot 'keislaman' dan 'ketuhanan', dia benar2 tahu tidak maknanya? tidak manislah kalau dia selarikan filem itu dengan imej filem islam.

sebab kita semua tahu, itu tidak tepat.
benar, tapi tidak cukup tepat.

aku tonton satu filem iran dulu. pasal gadis belum kahwin melakukan hubungan pra-perkahwinan, sehingga melahirkan anak. pelakonnya, bertudung labuh. adegan (yang kalau di malaysia sudah melibatkan seorang lelaki, seorang perempuan dan sebiji katil itu), cuma menyuapkan penonton dengan gadis itu dan seorang lelaki masuk ke dalam rumah, dan pintu ditutup. shot dipusing ke buah pear yang ada di tepi jalan sedang dimakan ulat.

siapa tidak faham, sini angkat tangan.
aku hendak tengok apa benar kau betul2 bodoh atau memang hendak visualnya kerana sengaja hendak merangsang fikiran sendiri.

urf!!

*terpandang iklan Maut kat tv sekarang ini*

this is wrong.

Saturday, January 10, 2009

ini untuk siapa yang hendak tahu saja tau.

untuk makluman sesiapa yang hampir, nama kedai makan saya adalah Adam Western & Tom Yam, sama namanya dengan kedai makan mama.

yang ini kira francais la. haha.

asalnya tri hendak namakan kedai itu 'pari-pari' sempena nama timangan aku darinya, tambah pula, tri kata kedai ini adalah hidup baru kami, tapi selepas difikir2, (lagi pula kedai yang pertama itu sudah ramai yang kenal, utk pekerja KLIA terutamanya), seeloknya kami gunakan taktik pemasaran branding sebegitu.

(gosh. jauh benar dari aku yang berniaga kuih di pasar ramadhan di uni dulu. haha)

aku rasa, sekarang aku ini sudah macam jijah gobek. hehe.
tapi seronok.
jauh lebih seronok dari kerja pejabat.
(tapi berada dalam kelas kuliah dengan anak2 murid memangnya tidak ada tandingan).

tidak seperti kerja pejabat;
tidak ada kertas kerja.
tidak ada ketakutan utk tiba lewat.
tidak ada gigil ketika nama dipanggil.

cuma ada apron, kertas order dan pen.

*senyum*

anak2 USIM yang datang pun memang baik2. tiap2 kali aku termenung di meja kaunter, bila tidak ada siaran di astro yang menarik hati aku, akan aku wayangkan memori ketika belajar dulu.

beli nasi dengan lauk campur, atau beli bubur ayam, bawa naik bilik, makan sambil tonton cd dengan headphones di kepala. ketika itu dvd mahal nak mati. dapat cd yang dvd copy itu sudah terlalu best, sebab kalau salah beli, dapat salinan panggung.

yang ada kepala orang, tak pun ditutup dengan kain di tengah2 cerita.
memang hampas.

op. tersasar dari niat asal. entri ini adalah untuk memberi pandu pada mereka yang mencari adam western.

kalau naik kereta, exit nilai. dan ikut sahaja papan tanda ke USIM.
sebelum sampai ke pintu gerbang universiti itu, ada deretan kedai berwarna kuning di atas bukit, di belah kanan kamu.

ye, berdekatan dengan majlis perbandaran nilai.
ye, belakang matrik uia.
ye, hampir dengan giant.

jangan risaulah!
senang.

kalau susah sangat, sms ok?
ngee.

dan ini alamatnya kalau ada sesiapa nak hantar kad raya:

A-7-G,
acacia avenue,
jalan jati 9,
bandar nilai utama,
71800 nilai

jangan lupa sekali pantun ini:

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca harap balas.

hahaha.

Friday, January 9, 2009

cermin aku siapa?

telah diujikan dalam satu tempoh yang sama:

situasi a)
seorang yang jahat, kalau diletakkan di satu kamar yang penuh dengan sembilan yang baik,
akan sedikit2 menjadi elok;

situasi b)
seorang yang baik, kalau diletakkan di satu kamar yang penuh dengan sembilan yang jahat,
tidak lama, pasti menjadi buruk.

situasi c)
*ini jarang berlaku*
seorang yang jahat itu terus merosak dan seorang yang baik itu terus mensuci. keadaan ini pada kebiasaannya, atas kekebalan hati untuk mengasingkan diri dari berhiruk-pikuk.

tapi berapa orang sahaja dalam dunia boleh hidup tidak berkenal2?
tambah pula diperap di suatu tempat, terperangkap untuk beberapa ketika.

hendak tidak hendak, pasti berkawan juga.

lalu timbul hal ini:
kita jadilah manusia yang paling baik dalam dunia. kalau sudah dikeliling nanah, busuk itu sudah pasti terpalit pada kita.

rasul dulu pernah kata: engkau adalah sahabatmu. dan mereka adalah cermin kamu.
betapa benar.

untuk mengungkit pengalaman sendiri, aku kira, pasti ramai yang sedar, aku kini sifatnya semakin mengunjur ke arah kekeluargaan. sudah terlalu jauh dari kehendak ke the curve setiap hujung minggu, sudah terlalu enteng hendak mengejar setiap filem terbaru.

senyum aku lebih mudah didapatkan dari gelak tri, berbanding dulu yang terpaksa aku beli dengan menghulur hadiah materi kepada sesiapa yang aku hendak lihatkan seringainya.

tenang aku lebih mudah didapatkan dari gurau senda adam dan habib, berbanding dulu yang terpaksa aku sedut udara cemar dari bahanapi yang aku bakarkan di puntungnya.

redha aku lebih mudah didapatkan dari air paip ku alirkan mengikut tertib di anggota badan, berbanding dulu yang terpaksa aku gagahkan gigil tangan kiriku menyiat pergelangan kembar kanannya.

cermin aku buat masa ini,
adalah keluarga.

(yang mungkin kerana itu, perlu aku syukurkan kerana kalau tidak kerana sokong dan kasih mereka, tidak mampu juga aku hendak terus menjadi sesuatu yang bukan dahulu)

eh, aku tidak minta kau buang teman2 yang ada, andai kalaunya mereka itu (bagi engkau) lebih mejerumuskan ke ruang yang lebih nanar dan menggusar. itu bodoh. kerana di hujung hari, setiap baik dan buruk itu adalah dari engkau.

pilihan milik engkau.

celakalah kalau engkau tidak habis2 menunjuk jari menuding2 orang atas bahana perbuatan engkau.

selalu dengar tuduhan begini?:

"kalau saripah tidak nasihat aku begitu, pasti aku masih lagi okay sama mimi"
"dulu awak cakap sama mak lang, biarkan azreen masuk universiti. haa sekarang apa dah jadi. dia dah rosak sebab kenal lelaki tu kat kampus"
"ini semua awak punya pasal. kalau kita ikut high way mesti dah sampai"

benci, kan?

dan lebih benci kalau ia bermula dari soalan sang penuduh. yang kalau tidak ditanya, kita pun tidak akan keluarkan pendapat. yang rupa2nya di kemudian hari, memakan kita juga. atau secarah istilahnya dalam bahasa inggeris -- backfired.

contoh (merujuk pada natijah di atas):

"kau rasa mimi itu suka tidak, sama aku?"
"bagus ke universiti awam tu ngah?"
"ikut mana, ni sayang?"

betul, kan?

*sedikit2, ini ada kaitnya sama entri ladynoe hari ini, mengenai konsep tikam-belakang. kerana sejujurnya, kalau tidak ada yang menjolok, takkan ada lebahnya.*

ya. aku sedang mengalamatkan penyataan di atas kepada wartawan hiburan malaysia juga. terutama melodi dan sensasi (yang sudah pun diharamkan). bagus. benda2 sedemikian bikin nama wartawan yang betul2 jujur jadi sompek.

haih.

kita takkan boleh ubah manusia. dan manusia pun bukan suka sangat perubahan. perkataan 'ubah' itu sendiri terlalu besar. kita bukan cecair kimia yang bertindakbalas secara pesat. kita manusia.

secara fitrahnya, siapa kita hari ini, memang dicipta tuhan mengikut aturan perubahan, menjalani proses2 dan melalui pelbagai transisi. dalam bahasa yang lebih mudah, seorang hamba allah yang hari ini, bukan seperti dia yang sepuluh tahun lalu. dan mendemonstrasikan taakulan mantik tentang bagaimana masa depannya adalah sesuatu yang sebenarnya tidak akan tepat.

changes will happen eventually.

kita tak akan mampu mengubah manusia,
tapi perubahan dalam manusia itu sesuatu yang tidak akan terelakkan.

lalu, kenapa agaknya kita menggelepar bilamana ada seseorang datang pada kita mengatakan:

"kau dah berubah sekarang"
"kau dah lain"
"kau bukan zack yang aku kenali"

bagi kita, itu sudah jadi begitu provokatif.
'berubah' adalah satu perkataan yang begitu sensitif.
mungkin kerana dengan pilihan ayat yang begitu subjektif (dan tidak terang), kita terus mengandaikan 'perubahan' yang disebut merujuk pada sesuatu yang negatif.

usah risau,
aku bersama kamu dalam hal ini.
dahulu, aku cukup panas bila dirujuk orang sebagai seseorang yang sudah berubah.
spesifiknya, sejak mula dipandang orang di persada seni bawah tanah, juga sejak diperasan orang di kaca tv.

kecoh juga aku ke sana ke mari bertanya kawan yang lebih rapat ttg itu.
lega, akhirnya, bila teman dari kecil bilang aku masih sang sengal yang dulu.

haih...
*diam*

teringat sesuatu yang aku dapatkan di kuliah tahun lepas2.

dalam tulisan skrip atau drama, karektor ada dua:
statik dan dinamik.

karektor dinamik adalah watak yang berubah secara signifikan, baik dari fizikal (perangai yang jelas di mata kasar) atau pemahaman, perbezaaan komitmen atau sifatnya. apa pun, perubahan itu mesti ada kesannya pada jiwa yang di dalamnya.

dan perlu kamu tahu, konsep dinamik ini diaplikasikan untuk antagonis (anti-hero) dan protagonis (hero itu sendiri).

seorang abid yang sangat menepati manusia syurga telah dijanjikan tuhan untuk dihumban ke neraka kerana mengikut kata syaitan untuk meminum arak (yang telah diniatkan untuk dimina taubat sebaik sahaja habis minumnya).

zulaikha yang menyebabkan yusuf dipenjara kerana fitnahnya diberikan hujung hidup yang dihidayah, mengakhirinya dengan semulia2 ibadah.

manusia akan berubah mengikut masa, situasi dan kehendak-Nya.

sebagai kontra, watak statik hanyalah watak penyeri sesuatu cerita. sifatnya sentiasa sebegitu, stabil dan keras, yang wujudnya hanyalah untuk mencipta elemen faktor masa, situasi dan melaksana kehendak-nya.

tidak logik kalau ada antara kita bersifat statik.
just bloody impossible.

sekarang aku hendak tanyakan pada kamu2,
dengan situasi kamu adalah karektor dinamik plot cerita hidup kamu:

siapa karektor2 statik kamu?
siapa watak2 di kiri kanan kamu?
apakah mereka memfaktor diri kamu?
apakah kamu hari ini sekadar eksplosif yang picunya di jari kawan kamu?
apakah kamu semalam lebih kamu, berbanding hari ini demi teman kamu?
apakah kamu esok sudah dibancuh dari hari ini, dalam acuan sahabat2 kamu?

*diam*

semua manusia dinamik.
tapi dalam hidup kamu, kamu tuannya.

kiri kanan kamu cuma suara2 halus, yang ada masanya kau dengar dari hati, dan ada kalanya kau nampak di mata kasar duniawi.

*diam*

ini bukan ceramah. cuma aku hendak buktikan betapa siapa di kiri kanan kita sememangnya cermin kita. dan semakin berlama2 di hadapkan refleksi, sedikit2 kita akan taksub samanya juga.

this is for you, too, barrack,
for u've sold your soul.
and i thought u worth more than that.

*diam*

semua manusia hidup dalam kepentingan.
hari ini, aku mau ajak sesiapa yang sudi, untuk fikir.
cukup sekadar fikir.

apa sebenarnya kepentingan kamu?
dan sudah2lah menyalahkan sesiapa kalau kepentingan itu tersasar ke sini sana.

berhenti tunjuk2.
mereka bukan ada di depan mata kamu seawal bermula cerita sehingga hujungnya,
untuk kisah hidup kamu, mereka statik.
bukan kamu.

kamu bertanggungawab untuk setiap saat yang lalu.
di tanah bawah nanti, kamu disebat, seorang2 juga.

"dia yang ajak aku, wahai mungkar! marahkan dia sekali"
"dia yang pujuk aku, wahai nakir! tanyakan dia sekali"

kau fikir mereka peduli...?






futnot:
(tentang kawan-kawan)

Wednesday, January 7, 2009

jgn terkejut.

sebelum apa2, nadiahchem, inilah dia rahsia yang kakak cakap itu.
jangan marah kakak tau.
*senyum*

terima kasih juga pada elmi, jeju dan ming, yang sudi diam2kan dahulu tentang ini.
*kalian mmg super cool*

*ambil nafas*

susah juga rupanya ya? bukan. bukan. bukan sukar hendak berhijab, tapi rasa semacam sesak bila tampil di depan orang dengan diri yang baru. dan bukan pula pandangan orang yang aku pedulikan, tapi sememangnya fitnah manusia itu bukan sekadar celaan dari bibir semata2.

aku gusar tidak mampu untuk istiqamahkan diri.
aku gerun tidak layak menghormatkan cebis kain di kepala ini.
aku gentar tidak bisa mengotakan pada tuhan apa yang aku janji.

maka aku diamkan dahulu aku yang baru utk beberapa ketika.

aku tidak perlu anggukan sesiapa, melainkan jiwa sendiri.
dan aku tidak perlu yakinkan sesiapa tentang aku ini, melainkan iman sendiri.

di kepulangan aku ke kampung satu bulan yang lepas utk kes mak ngah, aku berhijab. aku tidak dapatkan riak teruja dari abah dan sesiapa pun, memandangkan sememangnya di ruang waktu sedemikian, sudah lumrahnya seorang perempuan menutup kepalanya; atas dasar menghormati majlis.

sama konsepnya dengan kita2 yang memakai tudung ke mahkamah syariah utk kes penceraian, atau kerana kadi tidak sudi menikahkan kamu tanpa sempurna jagaan auratnya, atau utk ke kenduri doa selamat, yang kalau tidak kau taruhkan kain di kepala, akan mati engkau dijeling seluruh kampung.

lalu aku bisik pada abah, di belakang trak jenayah polis yang diparkir di hadapan rumah arwah:

"bah. angah nak pakai tudung"
aku ucapkan selaju mungkin, goyah antara hendak biar dia tahu sendiri dengan hendak melihat wajahnya.

"eleh... biskut. kang pakai, kang bukak. hmmph"
abah tahu aku ini anaknya yang paling suka bergurau.

"ye laaaaah"

"kalau ye, alhamdulillah"
ditekankan perkataan 'al' dan dipanjangkan perkataan 'lah', untuk menunjukkan "ha ye lah tu".

*senyum*

mungkin kerana tidak mahu memasang harap.
mungkin juga kerana masih sudi redha aku belum sedia.

apa2 juga mungkinnya, aku kira, kerana itulah ketika aku dan tri bersalam hendak pulang ke nilai esok paginya, abah lelehkan airmata dia. abah yang romantik itu memang mudah titiskan air jiwanya. dia tidak malu mempamerkan rasa.

aku rasa dia suka.

seperti biasa, sebelum pulang, kami anak beranak akan berpelukan dan berciuman. dari atuk sehingga adik, termasuk mokda juga moksu. satu ritual yang aku lihatkan sedikit2 mula mati di kalangan orang kita, dan syukur, tidak keluarga aku.

juga seperti biasa, aku akan simpan pelukan terakhir utk orang yang aku paling kasihi.

ketika aku sematkan jari2 aku bersama abah di antara dada dan pangkal tangan ini, abah ucapkan di telinga aku dengan suara sayunya.

"awak cantik sangat, ngah."
dia panjangkan perkataan 'tik'.
"jadi isteri yang baik, okay"

aku cuma dapat jawabkan "o", kerana selepas syllable itu, yang kedengaran cuma sedu. sampai hari ini aku tidak sempat habiskan "kay".

sebaknya, tuhan yang tahu.

perjalanan balik ke rumah dimulakan dengan 15 minit airmata aku dicucurkan ke kain pelikat tri ketika aku teresak2 di peha dia yang sedang memandu. tri memang tidak langsung reti berbahasa pujuk lewat suaranya. lalu dia gunakan jari2nya sampaikan sabar dengan mengusap2 kepala dan leher aku.

"sekarang, percaya dah?"
"hmmm"
"abah nampak bahagia sangat"
"hmmm"
"sini meh" - tri tarik aku bangkit untuk bersandar di celah antara leher ketiaknya, lalu bertanya, "sekarang saya hendak minta sesuatu, ya?"
"apa..?"

"jangan tulis di puisitepijalan dulu. cuba lihat kalau2 awak betul2 tekun menutup aurat, baru boleh. dan kalaupun tulis, jangan bunyi hendak menghebahkan. awak bukan bertudung utk orang. bukan utk abah, bukan utk saya. kerana tuhan. kalau tidak, saya tidak izinkan."

aku rasa ada juga betulnya. sebolehnya perkara sebegini tidak elok dipandang lekeh. memilih utk bertudung bukan seperti membikin keputusan untuk fanatik kepada fesyen indie, atau membikin keputusan untuk setia sama dresscode clubbers.

dan usah risau. aku masih lagi fynnjamal yang dulu. yang hidupnya penuh onar dan jatuh bangun. siapa aku hari ini, masih lagi kerana seorang aku yang semalamnya.

aku ingat lagi ketika aku katakan pada elmi, jeju dan ming ketika mereka seperti segan2 hendak bercerita pada aku:

"jangan risau. di bawah tudung ini, masih lagi orang yang sama. takkan mengubah kakak ini dahulu sosh-shell juga"

mereka ketawa. syukur. perkara terakhir yang aku mahukan adalah menjurang aku dan kamu2 semua. aku pernah rasakan sunyinya tidak ada sesiapa utk membisik naluri utk membantu memandu aku. sebolehnya, aku ingin berada di situ untuk kamu2 yang memerlukan aku punya suara.

dan insyaAllah, kalaulah kurnia tuhan pada aku masih ada, mana tahu, ada antara kita yang sudi mengikut dan meneman aku sama2 bertatih ke kaki tuhan kita.

kesempatan ini memberi ruang untuk aku unjurkan rasa terima kasih dan sayang pada nadiahchem kerana tanpa dia dan aku sedar, kreditasi ini harus aku berikan pada dia.

istiqamah aku, insyaAllah (doakanlah untuk selamanya), aku junjungkan pada tri yang tidak penat mengucup aku setiap hari setiap waktu meyakinkan aku wanita yang paling comel di mata dia.

jadilah.

pedulilah kalau aku tidak hot seperti kekasih kamu, biarlah kalau aku tidak kool seperti kamu.
zaman saya sudah berlalu.
ai dah rasa dah semua itu.
:)

kedengaran tua sekali.
haha.

*senyum*

dan oh ya. ada sesuatu yang hendak aku umumkan di sini.
tapi tidak tahu bagaimana caranya.
:)

utk sesiapa yang rasa hendak berjumpa aku dan tri, marilah ke sini, di sekitar Universiti Sains Islam Malaysia, di nilai. kami buka kedai makan. siapa yang pernah cakap hendak makan soto, hah. mari.

adam, adik ipar aku, turut sama tolong. dia dan tri memang pakar makanan western. aku kata pakar sebab aku ini cerewet dalam hal makan. tidak semua orang boleh buka selera makan aku. tapi black pepper sauce mereka selalu buat aku makan lagi dan lagi.

ish bahaya juga.

dan kami buat makanan thai juga, sebab aku tahu mike dan yanti terutamanya memang suka makan pedas2. fatin dan ira memang hentam apa sahaja. korang kan lahap. haha. insyaAllah, kalau kena tekak kalian, sedap lah.

woho. promosi percuma ini memang memalukan la.
*senyum segan*

apa pun, datanglah.
mari makan sini kalau siapa2 ke KLIA ka, nilai ka, seremban ka.
boleh ambil buku merah by hand. haha.
(by the way, laptop sudah sihat! boleh kirim buku merah semula)

hmmmm
*senyum lebar*

inilah dia kot, hikmah tidak jadi ke nu zilen dulu. dan alhamdulillah. tercapai lagi satu mimpi dulu: buka kedai makan.

kalau aku kat sana, mesti aku masih belum hendak pakai tudung, kan?

tuhan,
kau paling baik hati.
kau kekasih aku.
kau teman baik aku.

terima kasih kerana sudi berikan tenang dalam hidup biasa2 aku ini, wahai tuhan.
dan berikan anak2 bumi palestin itu kekuatan, kalau kau masih belum mahu berikan kemenangan.

terima kasih kerana sudi beri aku sehari saja lagi untuk memperbetul hina selama dahulu.
dan kalau ada lagi lebihannya, berikan aku satu lagi esok, untuk aku kukuhkan iman aku.

aku tidak mahu jauh lagi dari kamu.



ini potret keluarga.
ilham, dedi, mami.

dedi sebenarnya budak kecik dalam famili.
seryes.

ilham ni mmg nakal.
tapi dia mcm mami; camwhore, gila berjalan, tidak peduli orang.

ini di kedai makan atuk dan wan ilham.
ha ah. yang ilham asyik main sorong kerusi tu,
padahal atuk dah belikan kereta mainan.

yang ini nama dia debot.
zanna, kawan mami dari blog bagi pada mami.
mami tanak tunjuk dulu.
dia spesel sangat.

mami dan dedi sedang mengular di kedai.
hari2 dari tengahari ke tgh malam.
berbaloi. penat jadi hilang.

percayalah. kayu tu semua mami yang kopek.
dedi shellek je.

ok dah tengahhari.
kerja time.

Tuesday, January 6, 2009

sudikah bercinta sama2 dengan aku? (edited)

salam ke atas kamu wahai orang2 islam.

ini bukan suatu paksaan.
dan ini juga bukan sesuatu yang aku biasa lakukan.

forwarding messages memang dari dahulu bukan aku.

ini bukan mesej bertopik "re: friendster is shutting down" atau "forward or your mother will die in fatal accident" atau "do this if you want to earn free USD 10,000".

kerana:
1) aku memang tidak peduli kalau2 friendster / myspace / facebook tertutup
2) bunda aku memang sudah lama meninggal dunia
3) aku malas hendak ke pengurup wang kalau2 aku dapatkan wang US

namun kalaulah ada 3 minit terluang sementara menunggu pojok2 mukasurat maya kamu habis dimuat-turun, aku hendak sama2 bawa kamu ke sini:

http://www.mohdrafie.co.uk/blog/2009/01/03/10p/

seorang pembaca minta aku ke sana.

dan sebagai seorang yang tidak mampu berapa-apa, menampal itu di sejemput ruang di sini adalah sesuatu yang boleh katakan ikhtiar sedikit. satu manifestasi, mungkin, (walau pun terlalu hina kecil perbuatan ini untuk dipanggil itu), untuk menjelas pandangan aku tentang dunia kita dewasa ini.

celakalah mereka yang tidak henti2 merogol palestin.
aku ludah mereka yang sedang mencabul gaza.

dan kalaulah sudi, di hujung solat kita doakan juga, ya?
selitkan di belakang doa untuk diri kamu sendiri itu, sekelumit harap utk saudara kita.
syahid, kawan2.
indahnya mati bergelumang darah yang diperah untuk agama.

pejamkan mata kamu,
cuba bayangkan engkau di situ.
dengan takbir sebagai raksa yang memangsa tulang belakang.
dengan yakin tuhan ada menanti kita; melihat, apa sudi kita mati untuk dia.
dengan iman sebegitu.
dengan redha sebegitu.

indah bukan perkataannya.

tidak percaya?
sedangkan hari sukan sahaja pun sudah berkobar dan semangat.
apatah lagi berperang untuk nyawa kita dan anak2 kita.

*diam*

tiba2 aku jadi rindu yang amat pada anak2 murid aku yang dari palestin, iraq dan jordan terutamanya. aku sayu mengenangkan aku kini sudah tidak lagi ada peluang menajamkan ilmu agama dari mereka2 tentang islam.

demi allah, mereka banyak sekali didik aku ttg indahnya agama. buat aku tidak takut untuk mengharap dicinta kembali tuhan kita, meski kalau pada lensa orang kita, aku ini sudah sebusuk2 daging.

aku cuma ajarkan bahasa inggeris. tapi mereka ajarkan aku ttg kacaknya rasul di luar dalam, ttg manisnya umar, ttg indahnya cinta khadijah, ttg sinarnya sungai susu di syurga.

di situ untungnya punya pelajar yang 3 kali lebih tua, mungkin.
kalau yang sebaya aku pula, matangnya, subhanallah.

apakah mungkin bila tanah malaysia ini sudah berantakan baru hendak kita angkat jari minta ampun dan berjanji hendak buat baik pada tuhan...?

mungkin jugakah kita masih anggap kejadian di acheh itu sekadar bencana, dan penyataan "balasan tuhan" itu hanya sekadar penyeri kepala naskah, tanpa diketahui siapa acheh sebelum ini...?

atau apa ada mungkin kalau aku agakkan kita semua masih belum sudi hendak ambil tahu selagi suasana hidup masih belum tercapai sebagaimana mimpi2, seperti rumah tersergam, kereta tergagah, wang berkoyan...?

aku cemburu mereka begitu berkasih sama agama.
rasa begitu menanah menjadi aku di depan mereka.
belum hendak istiqamah, belum hendak berlama2.

tapi tetap, aku dipandang terlalu tinggi. seorang guru, adalah seorang guru. itu kata mereka. dan aku sering balaskan "setiap seorang itu yang pernah memberitahu saya sesuatu adalah guru saya".

*senyum sayu*

haih.
rugi benar 26 tahun hidup selama dulu.

biarlah kalau ramai lagi yang masih belum mahu peduli.
jangan mengata2 orang kiri kanan kita.
kita pun dulu pernah bergentayangan di udara, kan?

:)

kita yang perasan, kita mulakan dari diri kita.

allahu akbar!

----------------------------------

edit//

ini aku pinjam dari sahabat berakal cinta seperti aku. dia -- true artist. jiwa dia, terutamanya.
doa ini jayzuan perolehi dari sahabat baik beliau, saudara Amar Husaini.

Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka kalahkan mereka
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Bebaskan Palestin!

((cukuplah kamu bacakan sampai hujung. jadilah walau sekali. dengan bilangan kita2, dapatlah dalam lima enam ratus doa. kamu sudah ada akal. amal jariah tau. rebut cepat))

Saturday, January 3, 2009

si gila, sang naga dan dermaganya

ada seorang bertanya pada aku tempoh hari:
dh lame sy nk tnye. tntang puisi "anak naga dan dermaga" tu. sy still tk paham! naga ape kakfynn maksodkn?

*senyum*

apa fikir aku ketika aku sayupkan rasa lewat puisi anak naga dan dermaga. apa agaknya. semuanya kerana anak2 renjes di layar tanchap bunga di tahun 2007. puspa, enot, fad, adik2 lain sibuk menolak2 aku di ruang penonton.

"pergi la kak"
"kak fynn kan biasa perform"
"selamba la kak"

haih.
anak2 nakal itu.
layar tanchap itu.

performasi pertama aku yang aku beranikan diri meluah apa saja kosa kata yang melintas di kepala. julung kalinya membuat freestyle di gelanggang puisi, di kala ramai orang masih skeptikal dengan sastera genre ini.

dan musik pengiring (yang sehingga sekarang aku cari dan mahu tahu siapa itu) mula menjentik tali2 gitarnya dengan tona yang paling dalam dan menggetar.

nan tiba2, di saat setiap denting tali gitar bass pemain musik malam itu menekan2 deria dengar ini (yang turut diiringi hasutan gitar solo temannya itu sekali bersamanya) aku jadi mahu bercerita ttg rasa di dalam hati.

lalu aku jadi sayu.
sebak mengenangkan keseringan zikir aku melagu "mana naga aku".
hendak luah tentang itukah?

maka inilah, yang sedang aku ceritakan pada kalian ini, yang aku kisahkan di malam itu.

siapa sang gila?
siapa anak naga?
kenapa di dermaga?

sang gila itu:
aku.

kerana aku ini satu kepelikan.

begini.
kau dan aku melihat satu benda yang sama, namun yang tertafsir di pandangan aku adalah sesuatu yang tidak terlukis di mata kamu.

ia seperti tampil ke depan kelas ketika di darjah 6 Setia dahulu, ketika cikgu ramlah mokhtar jerkah nama aku untuk membaca karangan yang ku bikin di rumah pada semalamnya.

"sedikit2, lama2 jadi bukit".

aku tidak lupa tajuk tulisan sial itu. di ketika murid2 menulis tentang usaha seorang Ali atau Rahim yang bekerja keras, yang secara pastinya berakhir dengan kejayaan, aku melorek tentang indahnya perumpamaan itu, seperti mana mampunya air setitik yang menitis di atas batu sepemeluk di dalam sebuah gua di hujung kampung mencipta lekuk di tengah2nya.

bermakna, sesuatu yang selemah2 air sepercik itu, kalau dibiarkan lama, tersompek juga. seolah luka yang kecil, andai diabai sahaja, bernanah akhirnya.

bahana menulis itu, aku dipanggil untuk menghadap anak2 di dalam kelas semata2 untuk diolok2kan.

'yanti batu lekuk'.
cantiklah tu.
sudahlah gemuk.
dijolok nama batu lekuk.

aku salah kerana memandang dunia dengan terlalu puitis, di masa itu.

aku salah kerana aku seharusnya bercerita tentang Raju si anak miskin, yatim piatu, tapi berjaya menjadi seorang peguam kerana usahanya (walaupun tidak jelas dari mana dia dapatkan wang kuliah dan di daerah mana dia belajar, kerana mengikut fiksyen itu sepatutnya nampak mudah. yang penting, usaha yang sedikit2 itu mesti menjadi bukit. tidak perlu cerita tentang kemungkinan isteri Raju untuk curang dan anak2 Raju menjadi remaja sosial di malam tahun baru).

aku salah kerana aku gemar menebuk sabar dengan provokasi tidak logik.

aku salah sama sekali kerana tidak gemar menjadi normal.
aku songsang dalam mengharung hidup yang sepatutnya majestik.
maka aku dijatuhkan hukuman memakai tanda nama "si gila"

dari dahulu,
sehingga sekarang.
terutama sekarang.
kerana dalam cinta pun, aku begitu spesifik.

*senyum sumbing*

"sikit2 orang gila. memang perangai pun jadi dah macam orang gila"
"hati mana boleh paksa?! dia saiko"
"kau lihatlah, dengan gila kau ini, satu hari nanti, kau akan hidup seorang diri"
"ee. mapuh kawe nok teruh samo dio. mum kesiye mum gi aa kak dio. jago dio molek. eee"

*kesat mata yang masuk habuk*

ya.
ketaksuban dunia sentiasa berakhir dengan kehancuran.

jangan jadi pelik.
jadi apa yang diharapkan kau jadi.
sentiasa gembira, ceria, dan memahami.
setiap masa perlu sabar, yakin dan percaya.

sporting.

"kamon la yu ni. ai keluar beramai2. bukan berdua sahaja"
"oh plis. kenapa sama kamu. sikit2 mahu sedih2. sikit2 mahu nangis"
"cuba tengok gadis si Abu. memahami. tidak kisah pun Abu keluar sama teman baik perempuannya"

sporting tahi.

*diam*

bagi aku, cinta itu sesuatu yang dimiliki mak dan abah.

rasa itu.
cara memandang itu.
ungkapan manja itu.
belaian lesetan itu.

semua itu, aku mahu.

namun satu fakta yang aku lupa adalah aku terlalu kecil untuk mengingat siapa abah dan mak sebagai satu entiti.

aku masih seorang anak mentah. pastilah setiap inci gerak tubuh mereka aku agung2kan. mestilah mereka berdua aku junjung2kan.

mereka manusia biasa. sudah tentu ada rajuk marahnya. cuma mungkin mereka bukan dari golongan yang bertempik bila berselisih rasa, maka tidak aku tahukan apa2. tapi sejauh tercecah pandang aku, sekali pun tidak pernah aku nampakkan cela cinta mereka.

dan aku mahu itu.
dan aku tahu ia mustahil, ketika aku luahkan di malam berlatar musik malap itu.

semustahil terpandang naga terbang menembus langit di horizon pantai malam.

pernah ada yang tanya, kenapa aku gemar sekali memberi persona pada barang2 alam; seperti awan, langit, bintang, matahari, bulan, kelip2, nyamuk, angin, segala antero lagi?

mudah.
jawabnya, kerana aku tidak mampu melukis bahasa sesempurna tuhan ciptakan ciptaannya.

aku boleh menulis berhelai2 tentang indahnya rasa memegang embun di bening pagi, tapi tidak mungkin tepat selagi tidak kau rasa sendiri.
aku boleh menulis berjela2 tentang damainya bermain hujan lebat di tengah pantai, tapi tidak mungkin tepat selagi tidak kau cuba sendiri.

dermaga; kerana aku cinta pertemuan tanah dan air.
kerana aku cinta lautan yang penuh rahsia.
kerana aku cinta pasir2 yang ramai dan sentiasa landai dan damai.

aku pinjam bahasa tuhan lagi dan lagi.
kerana aku masih kurang perkataannya.
dan merujukkan cinta istimewa ayahbunda aku kepada naga itu tidak sepatutnya ditanyakan kenapa.

cinta yang aku hendakkan itu, yang pernah wujud di depan dua bola mataku itu, bagi ramai orang, adalah mitos semata2. tidak ada logiknya.

namun indah itu sesuatu yang tidak munasabah.
seperti mencuba memahami sebuah seni visual di kanvas, kau harus berayun2 ke kanan kiri mencari sudut untuk kau relevankan mengikut suara hati engkau.

dan suara hati aku mengatakan apa yang memang aku percaya selama ini.

mitos terjana dari fakta yang diberi penekanan hiperbola.
yang dibesar2kan.

lalu kalaulah naga itu sebenarnya ular air biasa yang tersalahpandangkan, biarkan aku.
dan abaikan juga nelayan bodoh itu yang menganggap duyung sememangnya berseparuh gadis jelita meneman sepinya di tengah samudera.

manusia hidup dengan mimpi.
dan mimpi selalu menjadi pelampung di masa bah.
kalau mimpi mampu meneruskan hidup, kenapa diapa2kan?

namun syukur, kita punya agama untuk membataskan sesuatu sebelum menggergasi sesuatu yang memudaratkan.

*diam*

siapa mahu percaya kalau aku pernah lihatkan adanya cinta agung seperti itu?
siapa mahu percaya seorang aku?
aku orang gila, apa sahaja aku kata, hanya orang gila juga yang akan percaya.

dan tidak ada manusia sudi merendahkan dirinya.
apatah lagi bersetuju tidak selari sama fikiran insan sekelilingnya.
manusia penuh takut.

takut dipanggil bodoh.
takut digelar sundal.
takut dinamakan buruk.
takut dipandang hina.

padahal jauh dalam hati, tuhan lebih tahu engkau siapa.
takut hilang nama.

hah.

aku ingat wak khalid membebel di satu seminar:

"itu apa?"
dia tunjuk lampu phillips di atas siling.

"lampu"
"mentol"
"lampu phillips"
"lampu kalimantang"
"silinder panjang"
macam2 cubaan anak2 di lantai mendengar.

"itu kepala bhuto"
wak khalid hilang akal kah hendak mencarut di universiti penuh dengan ekstrimis itu?

dia sambung
"kalau aku nak panggil puki anjing pun, kalau dah kerjanya menerang gelita malam, tetap disanjung juga kerja murni tu, kan?"

*sengih*
kau memang kool, wak.

dan aku hendak jadi segila itu.

orang gila yang tidak ada runsing tentang hati orang yang jijik pada dia.
orang gila yang tidak peduli pendapat orang yang geleng kepala depan dia.

kalau aku gila kerana terlalu yakin sama apa yang aku nampak di dermaga itu, maka biarkan.
kalau kau masih tidak mahu percaya, teruskan.

kerana di akhirnya, lihat sini,
aku sedang hidup sama naga aku.

biar pun di dasar laut,
ini bahagia aku.