Friday, October 31, 2008

akhirnya

kepada yang selayaknya,
sudah dihantar.

*pancit*

Monday, October 27, 2008

tolong semak kategori anda (finalized)

1) nama sesiapa yang tidak ada, sila tinggalkan pesan di komen atau email.
2) tolong semak andai nama kamu tergolong dalam mereka yang tidak memberi saya alamat. tanak buku ye? :)
3) saya ada bikin buku lebih. dalam sepuluh. selagi belum jumaat, anda masih boleh minta.


//buku merah menunggu kamu. tp alamat kamu tidak ada pada saya//


amy fahmi

//membuat pesanan, tapi tidak tahu statusnya//


B:
bulan

C:
cieri

S:
sue anna joe


//yang sedang menunggu buku merah//


A:
afiq
afy sufiana
aida zahrol
alep
aliaa mansor
amira (kambingmosh)
amirul ismail
anna
arthlete (abuyugen)

B:
bubbysummer
budak jb ler

C:
cherasepeai
cici
cik soomi

D:
d. sapphire
darla debie
didi.lola
dirt 1012

E:
eiya ibrahim
emme~

F:
faisyariza ralman amir
fara linda
faradela
farah haireen
farah rosni
farah yasin
faroul rafiq
fatin nurliyana

H:
hati kaca
hatifragile
hazwan
hidayah hassan

I:
icha
idzwie
iydajuhar

K:
khadijah abdul rahman
kechixz
kell
kyoko

L:
loveAreSuckmeChizZu
lynn honeym

M:
marzuki
mazlinda
mieza isa
missaussie
misshetrek
misyuz & adiknya
mochitsuki
molly & kawan2
moon
muhammad hafiz baharuddin
mylina

N:
nadia zaihasreen
nia nadia
nizux
noor diana (gadischenta)
nor salfiza
nordiana
nota kematian
nunu
nur fara
nuridrin
nursyahidah bt ibrahim
nurul asyura (cik daun)
nurul izwan

P:
pooja

Q:
quya

R:
rina sharlinda
roziana (ogie)
ruchiano

S:
saffiyahnajlah
sarah munira
sh. nurmeaysarrah
shabella
shaira amira
shamimi
shie
soraya
siti zya
syah saliman
syahirah ismail
syahirah shuhaimi
syaza marya
syd
syfns
syima

T:
tikah atikah
teena jo
tiqa harun

W:
wani ardy
waniee & thirah

Y:
yanhashim

Z:
zarith sofia
zool

//yang akan mengambil dari tanganku//

ferienza (fara)
shilalatif
zariah

Sunday, October 26, 2008

tentang mendapatkan buku itu.

email. email. email.

harapnya, kalian yang mahu memesan dapat memberikan sekali di ruangan komen di bawah:

a) email anda.
b) alamat rumah anda.

atau bisa juga kamu emailkan secara peribadi ke fynnjamal82@gmail.com, dengan subjek: 'buku merah bersimbol hati'.

nanti, saya akan maklumkan nombor akaun untuk anda masukkan nota merah anda.

andai ada sahabat2 lain yang juga mahu, sila tinggalkan komen di entri ini atau yang sebelumnya. dengan langkah yang sama.

PERHATIAN: saya akan mula menutup permintaan pada selasa malam jam 11.59 (aku suka sama sama kisah cinderella). bermakna, pembayaran juga minta diselesaikan ketika itu. semoga kalian dapat fikirkan payahnya saya hendak berulang-alik ke bandar untuk mendapatkan bahan2. selepas tengah malam selasa itu, agak sukar untuk saya usahakan. (isu pembungkusan dan pos, dll)

dan kalau mahu batalkan pemesanan, harap lakukannya sebelum selasa itu juga. jangan main2kan perasaan aku. plis.

dan oh ya. hanya pemesanan yang menurut prosedur di bawah akan dilayan.

(ini bukan hal wang. tapi saya tahu ada beberapa anon di antara kita. sekadar meletak nama, tanpa email anda, saya terpaksa kirakan ia bukan pesanan sah.)

harap faham ya?

urutan yang mesti kamu ikut:

1) memberi saya email kamu / atau kamu email saya.
2) saya respon dengan nombor akaun dan butir2 yang perlu kamu ada.
3) telefon / sms saya 5 minit sebelum kamu masukkan wang. untuk semakan.
4) saya sms menyatakan saya bersedia.
5) maklumkan sebaik sahaja wang dimasukkan.
6) saya beritahu penerimaan.

langkah 3 - 6 boleh diganti dengan emailkan saya gambar resit pembayaran yang kamu ambil menggunakan kamera digital, slr, telefon, psp, dll. atau lebih mudah, datang dan hulurkan ke tangan saya di nilai ini. hehe.

boleh berkenalan, seperti beberapa sahabat puisitepijalan, semalam.
*kenyit mata*

harapnya, berbaloi rm10 anda untuk tulisan picisan saya.
sesiapa yang sudah baca, kalau boleh, beritahu saya apa puisi paling kamu gemarkan. dan kenapa.

tidak salah, kan, berbual tentang rasa bersama2?
saya suka komen2 anda.
(walaupun sukar sekali saya balaskan)

kalau mahu, ckp cepat2. saya mahu beli barang2 untuk membuat buku.
ngeeeeeeee...

terima kasih. terima kasih. terima kasih.

buku merah bersimbol hati

kepada kalian yang membebankan diri, menggagahkan kaki untuk melihat aku di pentas semalam,
terima kasih adalah satu perkataan terlalu kecil untuk aku hulur pada kamu.

namun kerana tidak lagi ada kosa kata yang lebih tepat, hanya terima kasih dapat aku beri.

terima kasih.
dan kau tahu sedikit perca hati aku telah aku simpan untuk kalian, kan?

:)

terima kasih juga kepada sesiapa yang membeli 'buku merah bersimbol hati' saya. maaf kerana saya cuma bikin 10. buku buatan jari sendiri itu saya kira lebih bermakna kerana selirat luka dek hirisan kertas di telapak ini akan membuat kamu sentiasa ingat suara hati saya.

*senyum*

sesungguhnya saya tidak tahu pun ada yang berkehendakkannya.
*terharu*

oh ya. pada mereka yang tidak berkesempatan untuk memilikinya, kamu bisa dapatkan di www.fynnjamal.blogspot.com. guna saja. baca saja. tidak ada apa2.

kalau kamu mahu, aku bisa bikin lagi. akan aku kirimkan lewat pos. harga yang sama: rm10. wang pos tidak perlu diberi. halal saja.

ada 40 muka surat. berkulit foam dan plastik jernih, maka ia lasak. warnanya hitam dan merah. dua warna kecintaan aku.

pada kamu yang memesan semalam, berikan alamat kamu. dan kalau boleh, rumah blogging kamu, maka bisa aku kepilkan sedikit kata2 ucap untuk kamu.

kalau ada yang di sini mahu, khabarkan juga.
aku bikin.

cepat.
sebelum aku terbang sabtu ini.

*diam sambil senyum lebar*

semalam adalah hari performasi paling indah.
...kan?

suami. kawan2. teman2. sahabat2.
sempurna.

Saturday, October 25, 2008

tri itu suami aku, binatang.

seorang tanpa nama menulis di blog tri:

"sudahla. ingat kau berdua je ke yg dah kawen. orang lain kawen pun tak dela nak bangga2 macam kau. mcm bini lawa sgt."

*senyum sambil kepala ini aku gelengkan*

ye. aku bukan maya karin. apatah lagi erra fazira mahupun ifa raziah yang sangat jelita itu.
dan aku tidak kisah pun.

sowat.

sebab sebenarnya, yang menulis itu tidak faham tri. dan tidak ramai yang kenal suami aku.
masih, aku tidak kisah pun.

tapi jangan kurang ajar.

masuk ke rumah orang, tiba2 kau mahu kritik hiasan rumahnya. kau mungkin gila kalau kau fikir tuan rumah akan senyum dan jamu kau makan.

kau wajib disiatkan bibir dan dihiriskan pipi.

aku tidak lawa. aku sedar sekali. tapi, cuba lihatkan dari segi ini:

tri mencintai aku seadanya.
aku yang tidak sempurna ini.
aku yang sentiasa merasa kosong ini.

cukup untuk aku.
cukup untuk dia.

dan seperti slogan di kepala blog ini,
"tidak relevan dan picisan. tapi jujur"

tidak ada kena-mengena sama kau.
tapi ini kami.
menulis tentang apa yang kami mahu.

kerana kami tidak reti menulis tentang membeli-belah. atau muzik terkini. atau hiasan deko. atau motor terhebat di pasaran.

terutamanya tri yang memang sangat susah untuk membuka mulut bila dengan orang lain. walaupun untuk bertanya sesuatu yang sangat penting.

kalau itu yang dia rasa, biarkan.
kalau kau tidak suka, jangan sibuk2kan.

susah sangatkah?

semua orang pernah tulis tentang ini.
mengenai sialan tanpa nama ini.
anna baru saja terbitkan pendapatnya akan hal yang sama.

kenapa binatang2 bangang ini tidak mahu faham?

bukan aku paksa kau sibuk2 pun.
ini tempat kami dan kawan2 kami.
teman fizikal dan virtual.
ini rendezvous kami.

sanctuary.

dan ya.
memang aku dan tri nampak terlalu melebih2. macamlah orang lain tidak punya perkahwinan seperti kami. macamlah orang lain tidak begitu mencintai seperti kami. macamlah tri itu sempurna. macamlah fynn itu terlalu dipuja.

ya.
ya.
ya.

*diam*

tapi aku ingat lagi. tri pernah katakan pada aku:
"sayang, kita sekarang sudah suami isteri. sudah tidak perlu fikir hal2 remeh2. langkah seterusnya adalah mencari wang untuk bakal anak2 kita. bayangkan, di waktu kawan2 kita masih pening kepala mengurus hal cinta yang belum tentu berakhir di pelamin, kita sudah jauh di tahap yang lain"

aku sangat setuju.
betul juga, kan?

haih.

pada sesiapa yang tidak kenal tri secara peribadi, takkan kamu tahu bagaimana dia. tanpa bertemu mata sama dia, kau takkan lihat kelembutan dia. yang akan kamu pandang berdasarkan tulisannya adalah betapa dia itu manusia keras.

terpulang kamu, si tanpa nama.

aku lebih selesa dia tidak dikenali. sudah serik dengan sundal2 di luar sana yang gemar menyegikan cinta. pantang lihat orang bahagia.

bencilah kami kalau kebahagiaan yang kami rasai ini terlalu tidak ada logiknya.
yang kamu dapat cuma benci.
yang kami rasa, tetap cinta.

tidak memberi kesan.

tri tetap manis di setiap pagi yang dia bangkit dengan muka sembab sambil bertanya jam berapa dan berakhir dengan penyataan "lima minit" dizikirkan sehingga tertidur semula.

tri tetap manis bila dia mengajuk bunyi2 yang didapatkan dari televisyen atau radio dengan harapan dapat memujuk aku yang asyik merajuk.

tri tetap manis kerana setiap kali aku memasak, dia akan menjadi manusia yang paling senyap dan menghadap paling lama, dan ditamatkan dengan satu wajah paling pancit dalam dunia.

tri tetap manis kerana dia sentiasa menggelabah dan serabut melihatkan aku yang menangis di depan cermin bila mencuba pakaian yang aku kira menampakkan aku gemuk dan gelebeh.

tri tetap segalanya bagi aku.

*diam*

tri. mari terus bercinta dan mengindah.
dunia tidak akan faham.
biarlah.

:)

Thursday, October 23, 2008

cinta boneka

hari ini aku mau berbual tentang satu perkara paling normal tapi sungguh tidak layak berlaku di antara manusia.

sebagai klu,

merak jantan akan memperagakan ekor berwarna tiga dimensi.
moose jantan akan berlaga tanduk sehingga salah satunya patah batangnya.
ayam jantan akan berlaga taji demi untuk menunjukkan hendak.

hypothesis hari ini adalah:
bergaduhdebik untuk mendapat pasangan.

arakian, entri kali ini akan dimulakan dengan soalan ini:

adakah kita begitu terdesak?
benar2 begitu sekali?

wow.
*baca dengan mata tanpa emosi, tona bahasa: sinikal*

tidak ada perkara yang lebih berjaya membuatkan aku senyum sumbing dengan sedikit dehem gelak selain daripada melihat waima sekadar mendengar kisah2 hina lelaki bergaduh sama2 lelaki untuk merebut seorang gadis. setimpal kelakarnya dengan perempuan bertikam2 sama perempuan untuk memenangkan hati seorang lelaki.

yang mana, dalam majoriti situasi, perempuan atau lelaki yang dipertandingkan itu:

a) jenis sosial yang memang terang2 bukan kategori yang elok dinikahi.
b) sedang memandang peluang lain selain dari yang bertanding.
c) tidak peduli sangat pun.

sudah terlalu ramai bertumpah darah, berpaling muka, berputus saudara kerana cinta bersegi ini. tetap, masih terlalu ramai juga yang mendambakannya.

dan lebih bodoh kalau salah seorang peserta mengajukan soalan:
"sekarang pilih satu antara kami"

perhatian:
pertanyaan ini langsung tidak digalakkan andai:

a) si penanya adalah lebih inferior (seperti lebih hodoh dan kurang kaya) dari calon seterusnya.
b) seluruh keluarga si-yang-dipertandingkan itu menyukai calon seterusnya.
c) si penanya adalah yang melebih2 dalam hubungan tersebut.

kalau kau minta pendapat aku, senang sekali jawabnya.
berambus saja.

kerana manusia yang memperdagangkan cinta adalah kejam dan berhati ais. dan golongan itu sesungguhnya tidak menghormati suatu perkara yang kita agungkan tinggi, maka selayaknya, mereka tidak harus merasa apa yg kita usahakan untuk mendapat rasa langit itu.

oleh itu, kenapa kau kejar manusia sebegitu?

untuk membuktikan kau mampu? menunjukkan kau juara? membuka mata semua nilai engkau? yang tanpa kemenangan itu, kau rasa tidak ada harga?

cinta monyet pertama aku (yang terus aku tahankan selama enam tahun) pernah menduakan aku. alasannya, aku jauh dari dia.

fakta pelik:
gadis kedua itu tempatnya beza sekadar setengah jam dari aku. di kl. manakala si lelaki itu di johor bahru.

cis.

ketika aku diberitahu tentang adanya segi dalam kisah kami, aku dengan tenang dan selamba, pergi pada perempuan itu, yang konon2 tidak tahu (padahal bunda lelaki itu sudah terang2 memberitahu, tapi tidak dipedulikan semata2 kerana cinta).

aduhai.

sampai di depan matanya, dia terus menangis tersedu2. aku terus tanyakan: "adik mau terus sama dia, kah? kalau mahu, kakak pergi saja. kakak tidak minat mahu ramai2".

percaya atau tidak, aku katakan dengan senyum.

dia kata dia mahu.
aku kata ok.
lelaki itu serba salah.
pilih aku.
aku kata sukati.

dan tak perlu dipertikaikan lagi, bermula sejak itu aku mula membuka pintu perkenalan sama sesiapa yang aku rasa menarik.

hati perempuan, tuan2, bagaikan kaca.

sekali terhempas, memang boleh kau tampal2 semula. tapi ingat. retaknya tetap ada.
di situ selamanya.

arakian, penyataan
hell hath no fury like a woman scorn.

betapa ganas.

*senyum*

bagaimana menjaga seorang wanita?
senang.
dan susah.

seolah memegang sabun.
jangan digenggam terlalu kuat. nanti gelincir.
jangan dibiar terlalu longgar. nanti gelungsur.

bicara setia sangat susah.
maka nanti2lah.

cumanya,
andai engkau diperangkap orang dalam permainan berbucu2 ini, larilah sepantas mana kau termampu. ia satu permainan yang paling mengilukan. lukanya tidak terang, tapi perlahan2, akan membunuh engkau.

ingat juga:
engkau yang memilih untuk menjadi mangsa.

seperti aku dulu yang meranap. itu pilihan aku. kerana aku ini makanannya adalah keserabutan.

kerna sesungguhnya, hanya di waktu2 begitu kita mahu kembali pada tuhan.
kan.

percayalah,
memilih untuk menjadi yang terseksa adalah suatu yang bodoh.
kerana tuhan ciptakan kau untuk suatu yang lebih mulia.

maka kenapa turunkan darjatmu dan hinakan dirimu dengan sengaja?

*senyum*

berubah, ya?

kalau yang kau kejarkan itu tidak mahu pada kamu,
pasrahlah.

pasti ada yang menunggu di balik awan biru.

:)

bodohnya aku dulu2.
haih.

kalaulah aku bisa tekankan ctrl+alt+del untuk folder kenangan.
sudah lama aku lakukan.

kawan2,
jadilah seperti harimau.
sekali bersama, sampai ke mati kekal dengan yang sama.

kan comel?

Tuesday, October 21, 2008

kategoriku adalah zapin

hello, kawan2.

untuk sesiapa yang sudi menonton aku, tri, syafiq dan anis nanti, slot yang wani ardy berikan pada aku adalah pada jam 9.45 mlm. terima kasih, wani. terharu sekali diberi ruang kemuncak sebegitu.

jadi pada kamu2 yang rasa hendak pergi ke perasmian Hujan di planet hollywood jam 2 petang yang sama,
sempat.

*senyum*

tempoh hari, kami berempat melakukan cubaan bunyi di hartamas. betul2 di tengah taman permainan perumahan pusat manusia2 mewah kota metro.

terasa sangat best dan kool, meski pun yang meramaikan tontonan adalah para bangla yang duduk di belakang kami.

dan seronok juga bila mendapat tepuk tangan mereka2 yang bukan tahu pun beza indie atau mainstream.

yang mereka dengar, muzik.
universal.

*masuk topik lain*

tak macam kita yang sibuk memberi kategori sebagai prioriti untuk membuat pilihan suara kegemaran kita.

"aku gotik"
sambil budak lelaki tingkatan empat itu membetulkan pewarna hitam arang di atas bedak yang diniatkan untuk memucatkan wajahnya, yang sebenarnya lebih menampakkan imbas MGR berbanding wajah mamat korea death note kegemarannya.

tak perlu dipersoalkan, dia berada di tingkat paling atas sungai wang, mengecualikan kebiasaannya melepak di times square setiap hujung minggu.

"wa pang, beb"
kata remaja lelaki yang sedang menahan tidak selesa bulu pubisnya yang terselit di kelengkang seluar skinnynya. rambutnya yang ala2 balung ayam itu menjadi kebanggaannya kerana semakin ramai anak2 muda yang mengaku indie sudah semakin meniru wajah mereka. dia bangga kerana dia merasakan dia pioneer kerana sudah lebih lama sedikit memakai fesyen ketat sendat itu.

dia itu sedang menunggu gadis berbadan sekeping, chenta hatinya sambil rokok tak putus di jarinya. mereka mahu jadi sid dan nancy yang seterusnya, mungkin.

"hipap, yoll. nahhhmeannnn, nigga?"
jeritnya yang separa kuat, persis awang hitam yang sengaja mencari fasal sama polis2. dan "nigga" yang diajukan adalah kawannya yang juga, sepertinya, melayu. dan pertuturannya yang begitu melampau hebat dalam bahasa antarabangsa itu rupa2nya puas dihafal tadi malam, kerana sesungguhnya, dia haram tidak reti bahasa itu.

kelakar, sebab dengan cuaca dijilat api kita ini, anak itu dengan megah memakai baju fubu yang gelobos, siap dengan jaket berbulu di hudnya.

"aku indie. hidup ni palat"
bayangkan wajahnya yang konon2 tidak peduli. begitu tidak peduli kerana dia tidak peduli mainstream yang biasanya wajib dipedulikan. pakaian vintagenya begitu kool. mahu jadi lain dari lain.

padahal, kau patut sedar, kalau seluruh bazaar sudah jual pakaian yang serupa, pemakaian kamu itu sudah boleh dikirakan fad atau fesyen kontemporari. bermakna, dalam 10 orang anak seusia kamu, ada 7 orang yang memakai itu.

maka kau sudah menjadi antara majoriti.

kesian.

malas aku terangkan siapa yang gemar mengaku penyataan2 di atas.
dah terlalu ramai.

siapa yang mulakan genre?
aku mahu teka, dia adalah tuan punya kedai muzik.

memudahkan dia menyusun andai dicari pelanggan, aku rasa.

indie? fak mainstream?
kau bikin aku ketawa lah, joni.

1) memangla. kau sekadar grupi. takkan tiba2 kau mata dunia bertumpu pada kau? tiba2 grupi jadi mainstream, tak pelik ke.

2) kau sekadar layan genre tertentu. ok. padanlah kau...:
----- a) depresi, sebab kau goth dan kau mahu sentiasa mahu membunuh diri kau seperti seorang kafir.
----- b) pemain perempuan, sebab kau hip hop pimp yang hidupnya hanya di kelab yang ada kolam renang.
----- c) pakai songkok tinggi gila, sebab kau minat zapin.

kau indie atau ska atau rock, kalau hidup itu palat, memang palat juga.

yang sibuk berbaju macam malaikat maut agama salib dari jepun tu, kau pernah betul2 cuba buang nyawa kau belum? kalau setakat telan pil, bagi salam sajalah. itu pun dekat depan jalan yang akan ada orang lalu-lalang. sebab kau mahu jugak diselamatkan.

kan?

*bengang*

aku tak marah kau nak pegang ideologi apa. tapi apa salahnya kalau sekadar2 sahaja? kenapa kena sujud dengan setiapnya?

contoh.
kalau engkau skinhead, tahu tidak asalnya pada 60an, mereka2 itu terang2an membantai anak2 asia kerana kita tidak setara sama taraf meskipun sama anjing mereka?

atau engkau2 yang kononnya memakai skinny jeans kerana mengikut ahli muzikmu yang memakai begitu kerana mahu menjadi lagenda muzik mereka. tahu tidak antara manusia terawal yang memakai skinny adalah seorang koboi yang menginspirasi karekter zorro pada tahun 50an?

juga engkau2 yang gila dengan pakaian ala2 flash dance atau tank girl.
urgh!!!

ini tak perlu aku sebutkan kes2 memakai pakaian seumpama dengan tudung.
adui.
hanyut!

susah la kalau mahu bualkan tentang ini.
kerana ini adalah sesuatu yang kita gelarkan fascism.

fanatikus.

aku mengaku, aku ada satu dua skinny, dress serba hitam, rantai2 couture, seperti2 itu. tapi pernahkah aku memberi label atau genre pada diri sendiri?

seingat aku,
memang tidak.

tapi benar, dari segi tulisan, aku rasa aku ada termakan sedikit gaya goth yang agak gelap dan mengilukan. ada unsur sadism juga masochism. tapi cukuplah setakat itu.

bila hendak keluar sama kawan2 gadis, aku selesa berseluar pendek dan tee tanpa lengan.
bila hendak menonton performasi kawan2 di tempat eksklusif, aku akan memakai dress manis.
bila hendak melompat dalam gig, pasti aku pakai skinny dengan rambut lepas, senang moshing.
bila hendak keluar bercinta, aku pakai yang paling cute untuk senyuman tri.

maksud aku, pakaian harus kena bila masanya.

bukan skinny kalau sekadar hendak pergi kedai untuk beli ubat nyamuk.
bukan celak hitam kalau sekadar mahu masuk kinokuniya.

seperti: takkan sampai mati mahu meloncat dalam gig, beb? sekali-sekala aku rindu teater. aku tonton wayang. ada masa, aku tidur dengan lagu keroncong. kadang2, aku melukis.

hidup ini perlu kepelbagaian. kalau terusan dengan satu2 perkara spesifik, boleh muntah mabuk.

kalau hendak ditulis, meleret2.
aku langsung bukan manusia yang selayaknya untuk menulis tentang ini.

aku tidak ada kolum dalam junk. atau klue.
aku tidak pandai minum arak sambil berbual peredaran industri muzik bawah tanah luar negara.
aku tidak reti lapsap, apatah lagi mengetahui apakah trend terkini anak remaja luar malaysia.

aku cuma tahu,
kalau aku nak pakai baju itu, aku pakai.
kalau aku nak lepak situ, aku pergi.
kalau aku nak tulis begitu, aku taip.
kalau aku nak dengar muzik itu, aku download.

siti nurdiana ke, scoin ke, emilia torrini ke, projek pop ke, krai tong cha ke,
yang penting kalau kau rasa best, kau layanlah.

kategori tidak patut ada.
kerana ini semua akan memulakan perkara2 seperti racism, sexism, nationalism, begitu2.

dan kita akan hidup dengan perasaan takut.

kita semua sama la.
sama.

darah kita tetap merah.
gas kita sedut tetap oksigen.

cuma aku tetap takkan suka siti nurdiana dan scoin.
sori
:)

puas aku cuba.

Saturday, October 18, 2008

the hoppers & ahli muzik

anda pernah terpandang iklan the hoppers & ahli muzik di 8tv?

tak perasan?
klik sini.

namanya separa realiti.
tapi aku mau khabarkan:

ia bukan kebenaran.

aku akan ada dalam episod ketiga dan seterusnya. dan watak aku dipupukkan sebagai pecinta salah seorang hero dalam siri itu.

jadi, jangan terkejut andai kamu lihatkan aku tersipu2 dan tergedik2 sama itu lelaki.
itu lakonan semata2.

:)

cintaku tetap untuk kamu, tri.
*senyum*

aku diminta bersama mereka dalam produksi sebagai seorang fynn jamal, si pemuisi gila yang rata2 sudah tahu bagaimana sifat aku ini. aku dimahukan untuk karektor diri aku. dengan nama sebenar. benar2 diri aku.

sayangnya, dipertengahan, watak aku dikehendakkan untuk menghendakkan bobo.
semata2 kerana pada sesi suaikenal, aku dan bobo busking bersama, dan bunyinya mengindahkan suasana.

argh!

kontrak kontrak kontrak.

akhirnya, watak aku cuma si gadis yang gilakan jejaka, dan lari di pertengahan kerana cintanya dipermain blablabla.

klise klise klise.

sampai bila?
sampai bila watak perempuan hanya untuk menadah?
sampai bila setiap karektor perempuan menjadi betina?

urgh!!

bila skrip hebat akan muncul agaknya di malaysia?
yang kisarnya tentang perih seorang bonda kehilangan hak anaknya yang pernah disentuh secara seksual oleh sang bapa?
atau mengenai payahnya hidup sebagai seorang kurang upaya yang mana berakhir dengan kejayaan yang logikal?

betapa kita suka kebasian.

kalau dia itu miskin, bukan main hinanya. rumah paling buruk dalam kampung. baju paling sikit dalam dunia. hina yang dilempar ke muka macamlah dia itu paling anjing dalam kawasan.

dan bila jahat itu, melampau sekali jahatnya, sampai berbunuh2 macam tidak ada polis dan tentera. melakonkan watak jahat, habis seluruh bibir meliuk2 menyentil fitnah, macamlah jiran2 kita kalau bersifat dengki itu akan menunjuk2 wajah dengkinya.

yang paling penting,
kalau dia baik, dia rosyam noor.
kalau dia betina, mesti wan maimunah.

kalau watak perempuan, mesti gilakan cinta lelaki.

tapi the hoppers & ahli muzik ini aku boleh katakan okaylah. idea sudah ada. aplikasi itu biasalah, abstrak.

mengambil sampel, filem 'cuci' punnya idea yang mantap. cuma mungkin genre hatrik yang sama dari geng2 'cilok' sudah mula basi. jadi kita yang pada asalnya berdiri bertepuk tangan menonton filem afdhlin, kini hanya senyum dan berkata "okaylah, tak rugi jugak rm10. bolehlah..."

(perhatikan titik2 selepas perkataan 'bolehlah')

sama juga seperti filem prof madya. (aku rasa semua bloggers ulung pernah quote nama beliau). anak mami the movie? ok. kelakar. tapi setelah berulang2 efek yang sama, lawak yang sama, muka yang sama, naik jelak.

tapi tidak boleh disalahkan mereka juga.
ramai sangat kita2 yang gilakan hiburan murah.

marah?
terpulang.

tapi perhatikan.
berapa ramai kita2 yang lebih kenal siti nurhaliza berbanding damien rice?
mariah carey berbanding iwan fals?
memalukan.

kita lebih gemarkan sesuatu yang ringan dan mudah. disuap sua dan dibagi percuma.
aduhai.

ye, aku tidaklah bijak mana. bukan saintis seperti ezane, apatah lagi seorang peguam seperti shikin. langsung tidak.

tapi aku benci manusia yang tidak berminat untuk belajar. dan belajar di sini, bukan semata2 ilmu kurikulum. tapi ilmu hidup.

apa lagi cara yang lebih mudah, selain dari menonton dan mendengar?
membaca?
haram...

malangnya, di tempat kita, susah benar mau mencari siaran yang benar2 berniat untuk mendidik pengetahuan am (selain dr tv pendidikan)

ye. memang ada. rtm ada banyak. tapi...
bosan.
B huruf besar.

contohkan national geografic.
asian food channel.
travel channel.
discovery.

adeh.
sukatilah.

yang penting, aku tak cinta bobo dalam the hoppers & ahli muzik.
eww.

Friday, October 17, 2008

kawan abstrak

wani ardy kata:

Hari Bintang Jatuh's pre-sale tickets are now available at THEY artstudio @ Annexe CM & The Super Sunday @ Monorail Bukit Bintang. Go, go, go! ;)

maka, ayuh.
kalau pun tidak mau masuk, tunggu saja di luar. kita bual2.
:)

yelah tu.
haha.

untuk sesiapa yang hendak tahu, pada malam persembahan itu, saya akan diiringi tri yang akan bermain gitar, syafiq dengan ceillonya, juga anis (dari kumpulan sedang melonjak naik sundae) yang akan bermain biola.

entah apa bunyinya, mohon ampun terdahulu sebelum kurang kamu suka.
tp, kami akan cuba dengan sebaiknya.

satu sahaja perkataan yang aku mahu tulis tentang kami sebagai rangkuman:
kimia.

kami tidak langsung selalu ketemu. syafiq itu adalah salah seorang teman paling tri cinta (satu lagi adalah azim). tri tidak suka ramai2. dia rimas. dia suka diam.

dan aku sedar kenapa tri kasih sekali sama syafiq dan azim.
mereka membuatkan istilah "berusaha memenangi hati sahabat kekasih" terlalu mudah.

menjadi seorang isteri dan kekasih, setiap perempuan akan rasa hampir separuh mati untuk menarik perhatian teman2 sang pasangannya. semuanya untuk mendapat kredensi dari juri2 awam itu.

"ok"
atau "nice la"

beserta anggukan.

kerana pada semua orang, kawan bawa ke mati. kekasih bisa diganti2.
jadi perlu dan wajib untuk menambat hati kawan2.

selain dari ibu bapa mereka.
dan adik beradiknya.

lebih sedikit markahnya andai jiran2 tetangga bersetuju dengan kita.

begitu fahaman aku yang konon2 bijak itu.
dasar cetek.
haha.

rezeki aku.
satu: tri tidak peduli kata orang.
dua: dua teman yang paling penting itu kool sama aku.

maka tidak ada masalah.

syafiz dan azim, dua2 manusia luarbiasa dri segi seninya. azim bisa kamu cari di lamannya yang terselit di antara muka puisitepijalan ini. tulisannya, aduh. menggoncang. syafiq? jujurnya yang hanya tuhan sahaja tahu. benar2 kawan yang kau patut tanya tentang apa saja.

kecuali tentang materi.
mereka sumpah tidak akan tahu jawabnya.

bertiga, mereka manusia musik yang indah.
dan mereka tidak pernah peduli kalau pun insan lain tidak mengerti suara bunyi mereka.

mengenali mereka banyak mengubah aku.
aku yang terlalu mengejar anggukan orang.
aku yang gila mahu senyuman setuju.
aku yang hanya okay dengan kesempurnaan.
aku yang serabut kalau ada yang tidak suka.
aku yang dulu2.
yang itu.

bersama tri, azim, syafiq dan anis, aku bebas mahu bicara tentang apa2 saja. seperti indahnya bermain hujan, simbol2 dalam filem yang teraplikasi dalam hidup, hitamnya langit dibanding putihnya awan, cinta, adorasi, kesumat dan apa saja.

kalau bertemu, tidak pernah sekadar sejam dua. harus (dan kadang2) membawa ke sehari suntuk.

berteman sama mereka tidak sama dengan rakan kecy. jangan silap tafsiri, kecy itu masih di dalam hati. utuh selamanya. cuma kadang2, ada masanya kita perlu untuk bersama lingkung sedikit lainnya.

maka semoga ini menjawab soalan seorang manusia yang mempersoalkan tentang siapa teman baik aku.

baik mana atau tahap mana seseorang itu dalam rangka kasta sahabat aku bukan didasarkan frekuensi pertemuan.
tapi setebal mana kesanggupan bersusah senang bersama.

kalau pun bertemu hari2, tapi di masa gering tak terluah mahu meminta bantu, aku kira itu bukan istilah sahabat yang sebenar, kan?

sentiasa tanyakan soalan ini pada diri:
"andai jahanam kereta kamu di tengah pekat malam,
dan kamu cuma ada talian selama dua minit.
siapa yang akan engkau carikan, yang tidak malu untuk kau mintakan,
yang pasti akan datang meredah ribut dah hujan, demi menghulur jari untuk kamu"

aku tahu, untuk aku ada beberapa sahaja.

yang sebenarnya, aku rasa kita semua tahu siapa itu yang layak digelar kawan, siapa pula dipanggil lawan.

cuma selama mana kita mampu,
kita layankan.

demi menjaga hati.
demi mahu dikasihi.

yang mana akhirnya, yang binasa kita juga.

*senyum*

sudah sudahlah menampung berat orang.
tatang dulu hati engkau.

manusia itu ibarat serigala.
yang makanannya adalah jiwa.

sekali disuap, selamanya menanti di muka pintu mahu disua lagi.

kalau mau sangat menjaga dan menjadi yang elok,
bikin jariah pada anak2 yatim dan orang2 miskin.

lebih banyak faedah.

*renung mata kamu*

aku kawan betul, tau.
sini, salam.

*hulur jemari*

hehe.

Thursday, October 16, 2008

kecamukan

sempena dengan pemergian aku dalam kurang dari dua minggu lagi, dan berkesempatan dengan kebaikan hati wani ardy untuk memberi ruang aku menjerit atas pentasnya, aku dengan penuh rasa rendah diri, ingin mengajak kamu2 untuk hadir ke persembahan puisi terakhir buat ketika ini.


tiketnya sangat terhad. anda kamu sudi, marilah. bila lagi mau ketemu, kan? akhirnya, bisa kita jabat jemari dan melampias rasa kasih. kerana kau dan aku tahu, meski tidak pernah bertemu, kita semua terasa nilai sahabat kita.

*diam*

sahabat.
pergh.

*diam*

lama betul tak ucap perkataan itu.

*diam*

sebak betul. masa kawan2 datang rumah terbuka tempoh hari, macam2 rasa yang ada. haru, hanyut, layan, kasih. semua ada.

kalaulah ikut perancangan, aku dan tri tak mahu pulang ke sini dalam masa terdekat. mungkin dua tahun. mungkin lima. mungkin sampai bila2. mungkin habis nyawa di situ.

tapi kalau tuhan sudah tulis aku pulang semula dalam sehari dua, atau seminggu dua, atau setahun dua, okay saja.

kalaulah jadi apa yang dirancang, entah bila lagi yang aku akan jumpa mereka2 semua.

tri kata dia takut aku yang tidak tahan hidup di sana.
sebenarnya, aku pun rasa macam tu.

hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri.

the grass is always greener on the other side.

sampailah kau jejak je rumput itu.
faktanya, mana rumput pun, memang hijau itu juga.
pi mai pi mai tang tu.

lari mulut harimau, masuk nganga buaya.

ada hikmah kandungan aku turun dan menjejak bumi. manalah tau kalau2 di tempat orang aku terlalu ditekan rasa sunyi. lebih aniaya. benar, ada suami, tapi mana sama berjauhan dengan ayah bonda.

makan mereka, apa terjaga?
tidur selesa, semua bagaimana?

kalau tidak ada aral, aku mau sambung master aku yang lama terbengkalai di negeri orang itu. mahu ambil perkara yang lama aku idam2. di tempat orang. tanpa skeptikal kaum sendiri.

kerana, dipulau kabilah lain (kalau pun ada), boleh juga aku salahkan perkauman.
dihentam prejudisan bangsa sendiri, hati bagai dirobek2, ditekan2, dimamah tanpa segan.

entri kali ini langsung tidak ada kaitan isi pentingnya. karangan terpesong, kalau ikutkan rangka skema pemarkahan.

sepesong hati dan jiwa aku yang tidak linear dan berkecamuk.

separuh kaki sudah di sana.
separuh hati sudah aku kebumikan di sini.

silap2, kami pergi berbulan madu, dan pulang begitu2 sahaja.

ah, hati, kenapa engkau begini.

seperti mana2 anak yang lari merantau, di sayup takbir, ke pangkuan ayah bunda juga dia mahu pergi.

*diam*

doakanlah yang terbaik. apa juga keputusan nanti, aku tahu, tuhan sudah ada ceritanya untuk aku dan tri.

*diam lagi*

entah2, di sana, tidak ada internet.
mati.

Tuesday, October 14, 2008

haihhhh







aku akan rindu kalian.
benci aa.




Monday, October 13, 2008

edisi album lagi. maaf.

sebaik sahaja selesai mengemas rumah terbuka,
aku pergi potong rambut.
pendek, sbb tri kinky.

*gelak*

taklah. dia pernah lihat gambar aku dulu2 yang pendek rambutnya.
dia kata comel.
aku lagi suka.
sbb aku dah rimas.
aku mau punk bob mcm dulu.
tapi dia tak kasi.

dem.

maka terpaksa potong mcm budak kecik.
alaa.. tak ganas la macam ni.

rindu zaman aku mohawk dahulu.
haha.

gedik. aku tau.
cheis.
(tri, kasilah kite jadi tomboy balik. kikiki)

ini paginya. ketika rambutku masih seperti seorang pengacara jemputan nona.

nasihatku utk sebuah perkahwinan?
gelak, gelak dan gelak.

rahsia: sepatutnya ini baju bersanding. tapi tak jadi sebab 2 minggu saja lagi masa utk kami di tanah melayu.

kalian mesti dah tau dia siapa, dan bagaimana dia boleh tiba2 berada dalam ini gambar.

selamat hari raya aidilfitri dari budu&belacan dan puisitepijalan.
duit raya ada. meh meh.

kami dua entiti saiko.
hentikan fitnah atas kami.

dua pasangan sewel tapi bahagia.

maaf la banyak sgt gmbar dua tiga hari ni.
:)

selamat hari raya aidilfitri.
maaf atas apa yang terzahir juga yang batil.
jgn risau, kalian sudah lama sifar dalam akaun kemarahan saya kalaupun ada.

*senyum*


Saturday, October 11, 2008

edisi album

pengantin baru dan pintu.
sgt cliche, kan?


aku dan achik.
di zoo singapura.



berehat-rehat sementara menunggu suami.


monyet paling menakutkan dlm dunia.
sebab dia ada mohawk. dan mukanya creepy.
(tak caya, sila klik gmbo ni)


achik.
kalaulah dia tahu betapa aku kasih sama dia.



tri dan aku.
di mana2.

Thursday, October 9, 2008

mari melankolikan fikiran

betapa sukar menjadi seorang wanita.
lebih pahit kalau engkau seorang penulis.

tidak kiralah picisan atau profesional, seorang yang mengekspresi melalui tulisan, lakonan, lukisan, segala cara yang mungkin wujud, adalah manusia komplikasi.

terpanggil untuk menulis kerana terlalu bingung dek wayang semalam.
reign on me.

aku peminat besar adam sandler. boleh kata semua filemnya aku tagih.
kecuali zohan.
terlalu mencuba untuk jadi kelakar, mungkin.

tak berapa jadi.

plot yang berkisar tentang hidup seorang lelaki yang kehilangan isteri dan tiga puterinya dalam kapal terbang berhantu september ke sebelas itu. tidak langsung aku berniat untuk membincang politik pincang di sebalik peristiwa nanah tersebut, cumanya aku terkesima untuk berbual tentang karektor sandler.

bayangkan.

hilang yang tersayang sekelimpas itu.
begitu2.
patah tak mahu menumbuh.

dibajalah, disimbahlah,
haram takkan mau mencambah.

dan seperti biasa, aku akan melarutkan diri dalam situasi begitu.
dengan sengaja, aku membayang yang paling bukan2 dan menserabutkan diri dengan penuh bahagia.

bagaimana andai terjadi itu pada aku?
yang terbangkitnya aku di suatu hari, tidak ada lagi apa yang aku ada hari ini.

mampukah aku bangkit dan berlagak biasa?
menyahut suara teman2:
"bangunlah dan move on"
atau "get a life"

cakap memang senang.

seperti ketika pmr dahulu, yang aku cuma mampu mendapat 5A dan 3B.
"oklah tu"
"bersyukurlah. dari aku yang cuma 2A"
"lain kali cuba lagi"

kau bukan binti jamalludin bin abd hamid.
yang mengunci diri dalam bilik tidak mahu bercakap selama 4 hari.
kerana padanya, dia tahu aku sepatutnya mampu untuk menghentam seluruh subjek.

atau ketika aku menjadi pelajar degil yang bangun dari kerusi dengan muka kering ketika motivasi sekolah, semata2 kerana penceramah bodoh itu mengatakan "hilang mak bapak bukan alasan kamu untuk hilang semangat untuk belajar. jangan terlalu terbawa2 dengan emosi".
"kau emo sangat"
"rilek lah"
"kau beriya kenapa. mak kau kan dah lama takde"

cuba mak kau mati.
nanti kau cerita apa kau rasa.

*diam*

bicara manusia2 macam air paip tandas awam.
keluar tanpa peduli.

tapi bukan salah mereka pun.
niat mereka mahu menolong.
seperti aku hendak memberi jemari pada kawan2 yang dalam susah.
kadang2 keluar juga kata2 memandai2.

kita manusia memang kerabat menyibuk.
atas konsep saling bantu-membantu.
walau sebenarnya, ada masanya kita patut beri ruang pada manusia lain untuk mengikhtiar.

bantuan:
diminta baru dihulur.
dirasa perlu baru ditanya.
tidak boleh dipaksa untuk diterima.

malangnya karektor sandler itu dipaksa mandatori untuk menerima bantuan.

dia, yang hilang maksud bahagianya (dan lebih kejam, bualan terakhirnya adalah pertengkaran tipikal suami isteri tentang hal langsung tidak relevan seperti perihal dapur) pada hari kematian isteri dan 3 puteri comel itu, meneruskan hidup dengan melupakan yang dia pernah hidup.

menghilangkan dari memori yang dia itu dahulu seorang doktor.
menghanyutkan dari ingatan yang dia dahulu hero 4 perempuan.

dan manusia2 lain sibuk mahu dia kembali seperti dulu.
hidup seperti dulu.

seorang doktor.
hero.
bezanya tiada 4 perempuan itu.

ingat dan akukan semua itu.

lafazkan dan lakukan seolah tiada apa yang patut diperbesar2kan.
mungkin mereka mahu dengar:

"keluarga saya sudah mati dengan dahsyat kemarin.
saya sedih sekali.
tapi sekarang saya sudah okay.
jom kopi secawan"

kalau tidak,
disumbat ke hospital gila.

gila.
gila kejam.

apa makna hidup,
tapi sekadar mengenang.

*diam*

sialan.
aku sudah terlalu meleweh dengan situasi cereka itu.

*terdiam memandang langit*

jangan risau. aku tetap pegang iman pada qada' dan qadar.
haih...

cuma terfikir.
sekadar menyerabutkan diri.

*diam lagi*

kasihan menjadi seorang wanita.
kasihan menjadi seorang penulis.

tapi kan,
lebih kasihan lelaki yang terpaksa hidup sehingga mati bersama wanita itu.
kasihan tri.

aku kena berhenti tonton astro.
dem.

Wednesday, October 8, 2008

gitar dan suamiku

jam 1:09 pagi.
tri sedang mengkompos bunyinya.

seperti biasa, aku akan mencelah dengan hormoni sendiri.

dia juga penulis cinta.
penyanyi jiwa.
suka bertanya dalam ritma.
gemar berbual dalam lagu.
lebik banyak kalinya, dia bercakap dengan aku sambil bernyanyi dengan suara falsettonya.

"hari ini orang ramai"
merujuk manusia yang datang makan di kedai la tu.
"sayangku yang cantik jelita"
itu bila dia memang tidak ada apa yang dia mampu fikirkan.

seumpama itu.

tri masih hanyut dengan petiknya. sebentar. aku tulis apa bebelannya.

-----

selamat tidur.
selamatlah kekasihku

adakah cinta akan terus sinar
adakah hujan membasahi kita
adakah rembulan tetap menyepi
adakah engkau sudah jauh pergi

dalam hangatan
wahai bidadari syurga
sambut tanganku
pejamkan hatimu sayang
agar semua hilang

tidurlah kekasih
tidurlah si puteri berseri

oh mimpi buruk
pegang diri kau
jangan ganggu si dia

jauhkan kamu dari semua
ambillah kamu ketinggi bahagia

aah

*tri sedang naik sheikh*

selamat pagi
ku ucapkan terus ke matamu
selamat hari ini yang ku warna warni
selamat semua di atas tilam bahagia

aa

*aku dan tri sedang berdekah dengan perkataan tilam*

aku tak pernah dengar lagi lirik yang mengguna perkataan tilam.
haha.

maaf. tidak ada idea untuk menulis. diperangkap atas katil, tidak mampu bergerak membikin aku tidak mahu memikirkan apa2 yang lain.

*senyum*

aku perlu move-on.
pindah ke atas.
shift.

*merenung tri di sebelah yang sedang terpejam matanya bernyanyi2*

bertuahnya aku, wahai pengasih.
mama dan ayah sampai naik rimas, asyik berseloroh:
"mana2 mesti melekat"

*senyum*

waktu paling membahagiakan aku adalah setiap kali pintu terkuak dengan jemari tri di pintu, baru pulang dari kerjanya.

betapa melangit.

haihhh...
berkahwinlah, teman2.
sesungguhnya tiada apa yang lebih mengindahkan.
selain cinta.

bukan kasut baru.
bukan baju mewah.
bukan kamera hebat.
bukan kereta gagah.
bukan semua2 itu.

cinta lama2, kalau sudah takdir bukan milik kamu,
bukan juga.

:)

aku dah macam makcik2 kan sekarang?
haha.

alamak,
tri dah letak gitar.
aku perlu tutup laptop sekarang.

hehe.

Monday, October 6, 2008

cukup.

ke hadapan sembah julangmu,
wahai tuhan pencipta alam.

aku menulis ini untuk mengucapkan rasa terima kasih atas setiap kebahagiaan yang sudah engkau kasi pada seorang aku yang sentiasa selalu setiap masa lalaikan cinta kamu.

wahai tuhan,
harapnya kau perasan suara aku yang membisik salam pada kau setiap malam. betapa aku ini begitu kau rahmatkan dengan kasihanmu.

yang pada kucupan di ubun2 aku di setiap berakhir solat jemaah bersama suami.
yang pada setiap puji dalam lagu2 dinyanyikan suami sehingga terpejam mata ini.
yang pada indah cinta abah ibu yang masih lazat di telinga setiap kali bertanya khabar.
yang pada kemurahan rezeki hidup baru yang sentiasa mendepang tangan melebar.

wahai sang pengasih,
maafkan saja bila aku ini tidak mampu menelah maksud dugaan engkau. terlalu lewat mengerti dan memahami bahasa langitmu. kelilingkan aku dengan keluarga dan teman yang mempu memasak tulang belakang ini. jauhkan yang menghenyak. hilangkan yang kejam.

aku perlu kuat.

tuhan,
bantu aku.

aku perlu gagah.

kalau bukan rezekinya kali ini untuk aku dan tri,
aku redha.

memiliki cinta lelaki2 itu sudah terlalu melangit untuk aku.
memiliki kasih abah.
memiliki kasih suami.

kenapalah perlu diajar kita2 ini tentang harga.
yang mendidik kita untuk mahu sesuatu dengan lebih.
dan sifat membanding2 yang disuntik dalam jiwa.

aku mahu itu. lebih banyak dari dia. lebih cantik dari yang itu. semua2 itu.
tuhan, maafkan ketamakan aku.

yang asyik meminta2 dan memahu2.

tuhan,
sudah cukup.
sudah terlalu banyak.

Sunday, October 5, 2008

senyum pahit

ramadhan dan syawal datang tanpa aku sedar alirnya.
terlalu pantas.

mengerikan.

ramadhan lepas, abah yang memang ada penyakit kencing manis diserang hypoglycemia, atau lebih mudah dikenal sebagai insulin shock. situasi di mana pengambilan gula terlalu dikawal sehingga kadarnya terlalu rendah.

begitu rendah, sehingga abah mula hilang ingatan dari masa ke semasa.

*diam*

untuk seorang yang mengagungkan bapanya, yang memandat sang ayah itu sebagai satu2nya hero yang tak mungkin ada penangkis kebalnya, ini adalah suatu yang terlalu membunuh.

*diam lagi*

abah, yang tidak langsung ada kurang, yang sangat sempurna di mata aku, yang keterlaluan gagahnya, kini mula hilang. aku jadi takut.

abah harus terus kebal.
mesti tetap gagah.
hidup sehingga beratus tahun lagi.

abah aku superhero.

*airmata aku terlalu deras sekarang ini*

achik cerita pada aku, ada ketika yang abah tiba2 menyusun2 barang seperti anak2 kecil. ada juga masanya yang dia tiba2 berhenti memandu di tengah2 jalan dan tidak mengerti apa2.

ibu kisahkan pada aku, ada sekali itu abah diserang teruk, kalau tidak disedarinya, pasti sudah koma atau lumpuh.

aduhai tuhan...
kalau ini harga bahagia aku,

ambillah semula.

*diam*

kerana tidak ada manisnya hidup andai dikorban punca nyawa,
kan?

...

tapi alhamdulillah, sejak semakin dijaga dan dirimaskan dengan desakan aku supaya abah tidak lagi berpuasa dan bekerja kuat, dia semakin elok. tidak pulih sepenuhnya, cuma tidak lagi diserang hypo.

cukuplah.

tambah pula dengan berita membahagiakan satu hari raya lepas. datangnya kepastian akan tiba seorang permata dalam 9 purnama lagi.

...

*diam sebentar*

cuma yang aku sedang tangiskan sekarang ini,
adalah kemungkinan yang aku dan tri harus tunggu lebih lama.

aku ini manusia tidak kuat.
begitu juga anggota aku.

satu per tiga ratus ibu2 baru akan berhadap dengan pendarahan dalam trimester pertama. kemungkinan aku akan kehilangan permata itu.

kelakar,
aku adalah salah satu itu.
dan lebih kelakar,
perkataan yang digunakan adalah 'kehilangan'.

seolah ia suatu barang yang boleh kita hilang dan kemudian jumpa.

*senyum pahit*

tuhan, mesti kau ada plot lebih indah, kan?
aku sedang redha ini.
terima kasih kerana kau bisikkan semangatmu melalui sang suami yang tak berhenti menguatkan aku.

menatang aku.

ada masa aku rasa dia tak peduli ada atau tidak kandungan ini.
biasalah, hati wanita tolol seperti aku yang amat provokatif.

"apa tak kisah langsung kalau hilang dari kita?"
"bukan begitu"
"habis?"
"saya masih tak mampu bayar pada tuhan atas kamu yang dihadiah pada aku. takkan aku mahu minta2 lagi? mendapat kamu sahaja saya masih belum habis berterima kasih. sabar, sayang... tuhan ada cerita untuk kita... kan...?"

aku diam.

ada rezeki, ada.
kalau hilang,
harap2 jumpa semula, kan..?

*diam*


kun fa yakun.

sangka baik pada tuhan.
sememangnya dia maha baik.

maha.

Wednesday, October 1, 2008

pesan aidil fitri.

selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir dan batin.

kenal walau sekadar di sini,
andai terhenyak hati kerana tulisan puisitepijalan,
harap ampunkan.

hilang agak lama.
benar.

maaf lagi.

mau tau kenapa?

*senyum lebar, sepanjang horizon di pulau redang ini,
di tempat aku dan suami berada hingga sabtu nanti*

kenapa ya?
aku hilang perkataan pula.

apa ya.

*diam*

*senyum*

bunting pelamin.
*mendepang tangan*

siapa mau peluk aku dan bergelak bersama aku sekarang?
aku perlu teman.

:)

tri,
kamu memang terindah.