Tuesday, April 29, 2008

cinta itu gula getah

aku ketemu bulatan kawan baru: the hoppers.
atas faktor kerja, yang mana secara berjayanya membuat aku rasa semakin rendah diri kerana kehebatan setiap manusia itu dengan profesion mereka sendiri, dengan ilmu seni melangit.

kalaulah aku satu per seribu kriteria mereka itu.

melihat diri semakin hanyut dgn harapan untuk memanusiakan fantasi. oh betapa aku ini bodoh. tidak apalah. semakin matang untuk menerima mimpi ini sekadar gula2 getah: dan manisnya sudah mula kurang, yang tinggal cuma fizik liat yang terpaksa dikunyah2 selagi tidak terjumpa tong sampah yang terdekat. sebab aku benci melekatkan sisa di bawah meja atau pun di pondok2 telefon, apa lagi di jalanraya.

bertemu penulis muzik di kalangan itu, dan terpana. menjadi begitu penuh kimia kerana setiap bait denting gitar kecilnya melagu suara hati. dan seperti biasa, tanpa malu aku memberi dunia melihat titis jiwa aku di mata.

satu kelegaan, mungkin.

kerana aku sudah mahu bersedia untuk menutup tingkap rumah. matahari sudah lama terbenam. selak kunci tingkap masih ditangan, aku cuma belum reti untuk menggagah tulang belakang menyendalnya.

tapi sudah dekat, aku kira. matahari hilang sejak senja itu, dan sudah lama aku dihirup nyamuk. berapa lama lagi aku perlu berdiri di sini, kan?

*senyum rm50*

kejap2 lagi aku tutuplah...

hidup sekadar menhentak diri, menyalahkan diri untuk setiap keranapan. pada satu2 kejahanam yang terjadi. sudah2lah...

kan...?

*senyum rm70*

kadang2 aku rasa aku sekadar menyebarkan harapan sampah untuk kalian2. yang mencari kekuatan di puisitepijalan. "kerana kamu kuat, fynn. dan aku mahu sekuat itu"

berita terkini: kegagahan ini bohong2.

hebat benar, matahari, engkau itu. berjaya membikin aku sebegitu sebegini. dan tak termarah apalagi disinggungkan. kerana inilah aku, sentiasanya memberi senyum dan berkata "tidak apa".

apa ada lagi mahu untuk aku hidup? bangkit ke kerja yang sudah selalu aku abai2kan. bangun untuk semata melihat didi bangkit ke kerja yang sudah selalu dia abai2kan.

yang penting, aku sudah tidak mahu mati.
tapi tuhan, tolong jemput aku sebelum hilang agama aku.

8 comments:

Shaira Amira said...

kak fynn jumpa the hoppers nk pg road trip jugak ke?

marhaen vintaj said...

dalam hidup ini,
sepanjang perjalanannya,
akan ketemu banyak perkara yang kita ingini dn juga tidak ingini,

Tuhan selalu mahu memberi kejutan, suprise untuk kita ini...

perlu terima kasih pada Tuhan walau bagaimana pun hidup.

perlu tabah dan sabar, walau jelik dan muak sudah dengar perkataan sebegitu.

*nangis.
*mari sayangi diri

Amira Zafirah said...

kak fynn, you are satu per seribu okay.
siapa sja yg dpt mengrang puisi sprti kak fynn,
siapa sja yg dpt menulis isi hati dgn pnoh puitis tp org masih lg memahami.

kak fynn sorang shja
:))

Anonymous said...

"yang penting, aku sudah tidak mahu mati." - ini juga satu kekuatan.

memang sukar nak melalui ujian sebegini. bila terlalu lama bersabar, terasa penat, tak mahu berbuat apa-apa, hinggakan ingin mati. saya juga merasakan benda yg sama.

tp, berdoalah, Tuhan sentiasa ada meneman kita. mintalah padaNya kekuatan dan semangat. percayalah, satu hari nanti akan tiba hari yg kita mampu tersenyum riang.

:)

--izza

y u z said...

"hidup hanya menunda kekalahan
tambah terasing dari cinta sekolah rendah
dan tahu, ada yang tetap tidak terucapkan
sebelum pada akhirnya kita menyerah."

ini kata almarhum chairil anwar.

fynn,
Tuhan menguji kerana Dia tahu kita mampu.

=)

tri said...

fynn!!!!!
aku senyum sampai bibir bertemu kembali di belakang kepala lalu terbelah kepala aku! RM priceless!

sebelum kamu mengatakan aku memuji kamu terlalu tinggi lagi. nah, fynn bodoh, hina, bangang! dan dgn ini kamu tidak lagi bole menepis pujian aku sbb aku kutuk kau.

.......

tak tergambar dimana, cahaya yang bagaimana, kesedaran yang apa, dan cuaca bila kamu dapat menulis entry ini dgn kata2 sebegitu.

sgt halus. (aku pulang kata2 kamu)

aku sumpah yang aku suka. aku tak kira walau penulis hebat yg mengaku pernah bermimpi tuhan berkata ia biasa saja.

bagi aku, bila sesuatu itu ikhlas dan jujur, ia akan tersikat rapi. ia wajib dimuliakan dan di puja.
ingat, itu kamu.

p/s: kamu tidak guna kata yang aku tak faham. dan aku suka kamu memaksimumkan tulisan dgn hanya satu benda. gula getah.

@++< (t r i)

Friendster Addict said...

tapi kan,
ketika detik kita nak tutup dan sendalkan tingkap supaya tak nak lagi lihat matahari,
esok2 pasti kita akan buka lagi kembali kerana rindu pada nya.

benar bukan?

p/s: gula² getah wpun liat di kunyah, tapi kita nampak kool dgn nya. ^^

Anonymous said...

TABAH kan HATIMU...
ALLAH menguji kamu kerana kamu mampu terima ujian itu...
" ALLAH tidak akan memberi ujian kepada hambanya yang tidak sanggup untuk merekan tanggung"
Usah ditutup rapat selak itu, kerana esok kamu perlu matahari itu...
Pasti satu hari ada org yang akan menutup selak untuk kamu, di mana matahari terbit akan membuka selak untuk kamu..
Yang akan merangkul tubuh kamu...melihat matahari itu...